Wednesday 25 March 2020

SAMBAL TUMIS BURGER AYAM

Mak aku cakap bila kita terdesak kita akan lebih kreatif
Kita kena lebih kreatif
Mak aku mula bercerita zaman dolu-dolu @ kampung nenek
Cerita tentang masakan nenek. Yang menggunakan hasil tanaman keliling rumah
Cerita tentang arwah atuk yang kreatif mencipta alat menangkapmikan disawah d parit
Cerita tentang makanan kampung yang menjadi rebutan kanak-kanak zaman dolu yang sekarang sudah tiada lagi
Macam-macam la yang mak aku cerita

 Ni mak aku masak Sambal Tumis Burger Ayam
Haaa.. Sebelum ni suka-suka jer sesapa nak goreng burger ayam ni untuk makan bila lapar.
Malam-malam sebelum tidur pun boleh goreng sosej, nugget, burger bagai
Now, mak aku cakap kena makan berjadual
Kena jimat & berhemah
Kerana kita x tau Perintah Kawalan pergerakan ni sampai bila
Mak aku kata kalau ikut pengalaman negara lain memang lebih sebulan..
الله....musnahkanlah virus corona & virus2 yang bahaya kepada manusia ini & lindungilah kami semua

 Sambal Tumis Burger Ayam

 Abang ngan kakak memang x tau ni sambal tumis burger ayam
Abang ingat Sambal Tempe
Kakak plak mesti dah seronok ingat ada tempe
Hahahaha... Semua terkena
Tapi lagi sedap tau

 Burger Ayam Ramly
Lepas dah goreng tanpa minyak
Kerat 2 & gunting melintang jadi jejari
Ni mak aku guna 4 keping kot
Kalau x salah la


SAMBAL TUMIS BURGER AYAM
4 keping daging burger ayam
4 sudu minyak
1/2 asam keping
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula perang
1/2 kiub pati ayam
1/2 baaang besar - hiris

Bahan Blend:
10 cili kering
1/2 bawang besar

1. Masak daging burger ttanpa minyak hingga masak. Kerat 2 & gunting melintang menjadi jejari
2. Pnaskan minyak & tumis bahan blend & asam mepinghingga naik minyak
3. Tambah garam, gula & baaang besar hiris
4.Masukan daging burger & gaul rata
5. Sesuaikan rasanya


Actually mak aku juga ada masak sup selain sambal ni untuk makan ngan BUBUR NASI RECYCLE NASI SEMALAM...


No comments:

Post a Comment