Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Sunday, 22 March 2020
AYAM MASAK TAUCU SEDAP - PERITAH KAWALAN PERGERAKAN DAY 4
Ayam Masak Taucu..
Lauk sebelum Perintah Kawalan Pergerakan lagi ni
Tapi mak aku cakap lauk ni sesuai juga musim Perintah Kawalan Pergerakan ni sebab masak 1 lauk ni jer pun dah sedap..
Minggu lepas mak aku ada masak AYAM KUKUS TAUCU... kat sini...
Eh, bukan mak aku masak tau
Aku yang masak tu..
Heeeeee.... Vangga sekejapan tau..!
Walaupun mak aku yang ajar
Tapi dari basuh ayam & masak memang aku buat
Dah la sedap
Haaaaaa.. Riak sekejap
Ayam Masak Taucu Sedap
Memang sedap sangat
Masa ni pun memang mak aku masak 1 lauk ni jer..
Takde lauk lain
Makan ngan masi putih yang baru tanak
Pergh... Sedap baq hang
Tapi dalam peti ais dah xde ayam..
Mak aku cakap hanya isi dengan bekalan makanan yang basic & penting jer
Sebab tak tau Perintah Kawalan Pergerakan tu sampai bila
Walaupun kerajaan kata 18-31 Mac jer
Tapi mak aku nyer teori kata perintah tu mungkin akan dilanjutkan
Kata mak aku bekalan makanan yang mak aku dah beli boleh jer bertahan sampai 2 bulan.
Itupun jika semua patuh kepada perintah yang mak aku buat..
Hahaha... Mak aku pun ada perintah sendiri
Kalau x paruh perintah & x berdisiplin untuk makan 2 minggu pun dah boleh habis bekalan makanan tu
So, mak aku x benarkan sesapa masak makanan sendiri kecuali maggi & telur
Itupun jika mak aku buka offer boleh masak maggi @ telur baru boleh masak maggi @ telur
Kalau xde offer xboleh masak
Diulangi...
Tak boleh masak..!
Kalau lapar selain waktu breakfast, lunch d dinner masih boleh makan
Tapi hanya roti @ biskut creak creaket sahaja..
Nak masak bagai.. TAK BOLEH!!!
Sampai bila??
Mak aku cakap selagi Perintah Kawalan Pergerakan masih valid selagi itu juga Perintah Kawalan Pemakanan akan berjalan
Haaaaa.......
Sib baik masih boleh layan handphone + masih dibenar guna wifiðŸ¤
Kalau x.....pishang arrr
Abang dah siap tunjukkan perut aba g yang dah mula flat🤣🤣🤣
Tapi aku tahu abang curi2 makan roti cream waktu malam..
😆😆
Minggu lepas versi kukus
Ni versi tumis lak
Tengok lauk ni time gini
Rasa nikmatnya kalau dapat makan ayam
Ni dah hampir seminggu Perintah Kawalan pergerakan..
Mak aku dah mula berjimat
Mak aku kata hanya masak 1 lauk
Makan pun berjadual
Breakfast hanya roti..
Selagi ada stok
Lunch nasi & 1 lauk jer
Lauk ni rasa dia macam AYAM PONGTEH... kat sini
Tapi xde la cendawan kering macam dalam sizling mee tu
Lauk ni memang sedap
Lepas makan bau dia melekat kat tangan
Hahaha
AYAM MASAK TAUCU
1/2 ekor ayam- potong & garam kunyitkan
1 bungkus taucu (2 sudu)- lenyek
1 sudu cili belnd siap+ bawang
1 sudu pes asam jawa + 1cawan air
1 pokok daun bawang
1 sudu gula melaka
Minyak
Bahan Tumis:
1 bawang besar
2 bawang putih
5 cili kering - gunting
10 cili padi hijau - belah
1 ketul halia - racik jejari halus
1. Goreng ayam bergaram kunyit sampai masak. Tak perlu garing
2. Tinggalkan minyak dalam 3 sudu
3. Tumis bahan tumis hingga harum
4. Masukkan taucu & cili blend.Masak hingga naik minyak
5. Masukkan ayam goreng & gaul rata
6.Masukkan air asam jawa & gula melaka.
7. Bila mendidih & pekat sesuailan rasa & tabir daun bawang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment