1 Mac 2020
Malaysia mencatat sejarah pelantikan Perdana Menteri Malaysia ke-8
Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menggantikan Tun Mahathir..
Yang meletakkan jawatan sejak seminggu lalu(ayat copy2 & paste sana sikit sini sikit nak kasi sedap dibaca)
Minggu lepas hari Sabtu kita dikejutkan dengan perletakkan jawatan PM oleh Tun Minggu ni hari Sabtu 1 Mac PM baru dilantik
Actually sejak semalam 29 Feb 2020 lagi dah riuh kat twitter kat media sosial semua tentang pelantikan PM ke-8
Hari ni live kat TV Majlis Istiada KurniaSuratcara Pelantikan & Angkat Sumpah Jawatan PM
Heee..jangan ingat aku hafal semua tu
Tu haaaa copy dr TV tu..
Tan Sri Muhyiddin sedang melafazkan angkat sumpah.
Aku macam dah familiar dengan apacara ni
Coz 2018 tengok Tun M anfkat sumpah jadi PM ke-7
Ada post pasal PM ke- angkat sumpah dalam entri PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7.... kat sini
Baca balik baru perasan masa tu angkat sumpah pukul 9. 30 malam & YDPA masa tu Sultan Kelantan
2019 tengok upacara angkat sumpah YDPA jadi agung
Majlis bersejarah tu pun ada aku simpan dalam blog ni dalam post CUTI HARI PERYABALAN YANG DIPERTUAN AGUNG... kat sini
Ni tahun 2020 pun simpan juga 1 lagi sejarah Malaysia dalam ni
Angkat sumpah Perdana Menteri Malaysia ke-8
Pukul 10.32 pagi..
PM baharu menandatangani angkat
Wajah PM Malaysia ke-8
Majlis penuh debaran
Berdebar tengok..
Macam berdebar nak kahwin plak
Oitttt Cella... minggu depan result keluar
Hadoiiiiii..... rasa mak terkucil rasa nak terberry wei...
Haaaa.. Yang pic ni aku xde info
Tak tahu wanita ni sebagai apa
Banyak juga surat2 yang ditandatanganinya selepas PM dah sign tu
YDPA & Raja Permaisuri bersemayam di atas singgahsana di balairung seri
Haaa... tu bahasa istana yang popular masa sekolah
Bersemayam= duduk
Takhta = Kerusi diraja
Balairung = Dewan Mengadap
Iram-iram = payung diraja
Beradu =tidur/berehat
PM & isterinya
Mufti Wilayah Persekutuan sedang mengadap
Doa dibaca mohon rahmat & berkat dari Allah swt
Semoga Malaysia dilindungi dari segala kejadian & keadaan yang tidak diingini
Semua menadah tangan
Beberapa kali juga YDPA mengesat matanya..
Aku perasan beberapa kali baginda meraba poket baju.
Mungkin mencari sapu tangan tangan tapi tiada..
Mesti baginda tidak cukup beradu kerana memikirkan masalah negara..
Semua yang lain juga mengaminkan doa
Keberangkatan YDPA & permaisuri meninggalkan majlis
Nampak wajah baginda keletihan
Semua yang lain juga meninggalkan majlis selepas majlis selesai
Begitulah Sejarahnya pada hari ini 1 Mac 2020...
**semua pic dari TV1....
No comments:
Post a Comment