Tuesday, 10 March 2020

SAYUR LEMAK TENNE KELANTANESE STYLE


Sayo Lemak Tenne
Makke ngae ikke konge
不不Bahasa apa tu...??
Mak aku cakap tu bahasa Kelantan
Tenne tu petola
Ikken Konge tu Ikan Cencaru
Hahahha

Actually Sayur Lemak Petola + Isi Ikan
Style Kelantan
Sayur Lemak Petola +Isi Ikan ni biasanya mak aku akan masak setiap lali bulan puasa


SAYUR LEMAK TENNE + ISI IKAN
1 biji petola
1 cili merah
1/2 kotak santan
1 1/2 cawan air
1/2 sudu teh garam
Bahan Tumbuk:
1 ekor ikan kembung mentah( yang belum dimasak) ambil isinya
1/2 biji bawang besar
1 susu teh lada hitam biji
2 ulas bawang putih

1. Buang gerigi pada petola dan kikis kulitnya
2. Basuh dan potong petola
3. Tumbuk isi ikan mentah bersama bawang,lada hitam dan bawang putih
4. Masukkan  petola,bahan tumbuk ,cilinpotong dan air kedalam periuk dan masak hingga mendidih
5. Tambah garam dan santan pekat 1/2 kotak..
6. Biar mendidih sekejap dan sesuaikan rasa.
7. Siap..

Nak tengok step by step cara sediakan isi ikan tu boleh temgok kat post MASAK LEMAK PUTIH PETOLA ISI IKAN... kat sini

Resipi kat atas tu c&p dari post KAT SINI......

Ikan Goreng
Tapi ni bukan ikke konge la
Ni mak aku kata ikan selayang
Yang berketul- ketul pada ikan tu mak aku kata sebab guna kunyit fresh yang ditumbuk bersama garam

Cicah lak ngan budu
Aummm
Aku makan ikan cicah budu
Mak aku makan petola tu cicah ngan budu
Kakak x makan
Abang la yang x boleh blah
Siap tuang budu buat kuah 不
Sebab abang xnak kuah lemak putih
Sama macam aku
Heee

Ikan cicah budu memang A++ la
So.. hari Ahad rumah aku dah macam rumah Kelantanese
Makan lauk ala Kelantan


Actually  aelain Sayur Lemak Putih Petola tu
Hari Ahad juga kan mak aku masak Pepahat ni


Dah makan banyak ikan.. Budu & pepahat
Molot rasa macam x selesa plak
Mak aku hiris buah ni + garam, gula & kicap
Layannnnm

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Aunty baru nak komen ada sambal belacan sedapnya, hahaha, terliur tengok sambai belacan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. 不Kalau masa sekolah kena marah ngan cikgu BM & cikgu BI ni sebab baca petikan x habis dah jawab pemahaman不不不

      Delete
  3. ok, baca balik, budu rupanya. lain kali aunty nak trylah buat budu macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heee... Sedap tau budu ni cicah gan ikan goreng @ ikan bakar..
      Tapi kitwr hanya suka budu yang botol dia kecik tu.. Sebab budu dia sedap & cantik

      Delete
  4. perghhh meleleh ayaq liur kami aih. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeee.. Kiter x minat zayur lwmak putih.. Kalau kuning onz... Hee

      Delete