Dah masuk hari ke 8 Perintah Kawalan Pergerakan - Covid 19
Dah genap seminggu..
Bermula Rabu minggu lepas
Ni dah Rabu.. Genap 8 hari
Bubur Nasi Recycle Nasi Semalam
Menu untuk seharian semalam
Skip breakfast..
Lunch & dinner makan Bubur Nasi Recycle ni.
Bubur Nasi Recycle Nasi Semalam..
Puncanya menu ni mak aku cakap sebab hari Isnin nyer menu KARI IKAN LENGAT & SOSEJ GORENG TELUR....hanya abang yang makan. Itupun mak aku cakap abang hanya habiskan sosej jer
Kari & nasi putih x luak
Sebab xnak membazir
Lebih-lebih lagi musim kena Perintah Kawalan Pergerakan ni makanan kena jimat berhemah
Mak aku cakap sebab tu masak Bubur Nasi Recycle ni
BUBUR NASI RECYCLE NASI SEMALAM
2 cawan nasi semalam
2 cawan air
( sambil tu jerang air panas mendidih untuk ditambah)
3 hiria halia
1. Lenyek-lenyekkan nasi semalam.Asingkan kerak jika ada yang berkerak. Guna yang putih je
2. Masuk nasi dalam rice cooker bersama 2 cawan air & tekan button cook seperti masak nasi biasa
3. Masukkan halia hiris & bila mendidih kacau-kacaukan
4. Bila air mula kering, tambahkan air panas, sambil kacau-kacau supaya nasi hancur
5. Bila cukup lembut menjadi bubur bolehlah tambah bahan lain seperti carrot, garam, ayam atau lain-lain yang disukai.
6. Jika untuk bubur berlauk, boleh terus hidang bersama lauk pauk
**Update...nenek cakap, cara nenek, nasi tu nenek blend dulu sebelum masak semula.
Bubur dia xde beza pun ngam bubur nasi masak guna beras
Mak aku masak Bubur Kosong
Tapi makan dengan sup, bilis & zambal tumis
Makan Bubur Recycle ni untuk lunch d dinner
Boleh makan ngan bilis kacang & lauk lain
No comments:
Post a Comment