Thursday, 26 March 2020

NASI GORENG TELUR vs SUP BEBOLA DAGING - COVID 19-DAY 8

Hari ni untuk lunch hari ke-8
Perintah Kawalan Pergerakan-Covid 19
Mak aku masak nasi goreng
& sup

 Lunch makan Nasi Goreng Telur
Juga mak aku masak Sup Bebola Daging
Air kopi tu mak aku nyer
Aku kakak d abang minum air kosong jer
Takkan tengahari nak minum kopi
Lain la mak aku boleh minum kopi anytime
Tapi now aku dah perasan mak aku hanya akan bancuh kopi dalam cawan
Kalau sebelum ni memang penuh mug besar tu
Mak aku cakap kena jimat
Bukan sahaja sebab Perintah Kawalan Pergerakan ni sahaja
Tetapi juga sebab bekalan Serbuk Kopi Cap Gantang fav mak aku tu
Plan asal kan konon nak balik Kedah 3 hari
Tapi dah Perintah Kawalan Pergerakan ni
Memang x balik la
Tak dapat la nak beli kopi mak aku untuk tambah stok
Bukan itu jer
Plan asal nak balik Kedah juga sebab mak aku cakap nak cari baju baru kat Pesar Kemboja untuk nak gi konvo kakak kat UiTM Shah Alam pada 29 Mac 2020
Pun belum sempat balik  Kedah.. kakak kata dah dat surat bagitau konvo tu batal sebab wabak covid19 ni


 Nasi Goreng Telur vs Sup Bebola Daging
Tapi mak aku dah pesan bebola daging tu habya sorang 3 biji
Kuah & bahan lain boleh amik sebefapa banyak
Haaaaa... bajet giler ooo sekarang
Mak aku cakap kena syukur
Kita masih dapat makan hingga kenyang dan masih banyak stok makanan
Kata mak aku baca kat goup whatsApp lain sudah ada yang terputus bekalan makanan kerana tidak dapat bekerja & tiada dujt belanja
Kata mak aku baru malam semalam sudah ada kes pecah kedai runcit kat perumahan sebelah stesen LRT tu...
Kata mak aku mungkin sebab mereka mencuri makanan
Huhuhu


 Sup Bebola Daging
Untuk makan mgan Nasi Goreng Telur

 NASI GORENG TELUR
2 cawan beras - tanak nasi =4 cawan nasi
4 biji telur
2 bawang merah
1 bawang putih
5 cili kering - gunting
3 sudu minyak + 1 sudu teh butter
1 sudu teh garam halus

1. Panaskan minyak & tumis bawang merah & bawang putih
2. Tambah cili kering gunting & cepat- cepat masukkan telur kerana cili kwring mudah hangus
3. Gaul hingga telur hancur dan garing baru masukkan nasi & taburkan garam
4. Masak sambil kacau & balik-balikkan hingga naik wap berasap

 SUP BEBOLA DAGING
15 biji bebola daging Ramly
2 biji kentang - potong dadu
1 batang carrot- hiris
1pelepah daun bawang + daun sup
1/2 bawang holland - cincang
3 hiris halia
1 sudu garam
1 sudu serbuk lada sulah
2 sudu minyak

1. Panaskan minyak & tumis bawang cincang & halis hiris
2. Masukkan bebola daging & masak sekejap baru tambah 5 cawan air.
3. Masukkan kentang & carrot & masak hingga mendidih & semua bahan empuk
4. Tambah garam & serbuk lada sulah
5. Sesuailan rasa & tabur daun sup daun bawang

 Makannnnn.....

Sebab baki sup masih ada
Malam pun mak aku masak nasi goreng lagi makan ngan sup ni
Tapi ada tambahan menu cucur kembong vs kuah kari frozen
Tapi sebab seminggu ni semua pun dah melatih diri kurangkan makan
Makanya selepas makan nasi goreng & sup
Cucur Kembung kesihannya tidak disentuh..
Mak aku cakap kalau x makan nanti esok pagi kena panaskan & jadikan sarapan pagi pula...
Mmmm... Memang aku pun dah mula x selera nak makan banyak
Makan hanga sedikit sahaja walaupun sedap
Abang yang memang kuat makan kun hanya makan sikit juga
Kalau dulu abang selalu makan banyak & ulang- ulang makan
Now.. abang akan makan sikit & banyak main game jer dalam bilik dia
Kakak lagi la...
Kadang sampai mak aku marah sebab kakak xnak makan
Semua orang dalam rumah ni dah berubah 180 °...
Tell me why..?
Why..??

2 comments:

  1. Setiap suapan makcik ingat org yg tersayang...macm.mana nak lalu makan.satu Hari satu lauk baleh jd dua Hari satu lauk 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu..
      Everyday nampak mak. Kiter call nenek cakap berjam.. Bsrgayut macam orang bercinta🤣
      Rindu lauk ayammmm😭😭😭

      Delete