Saturday, 28 March 2020

MEE SUP BEBOLA DAGING


Mee Sup Bebola Daging
Ni cerita sebelum Perintah Kawalan Pergerakan lagi ni
Beberapa hari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan..

Mak aku masak Mee Sup ni untuk dinner


Mee Sup Bebola Daging ni mak aku masak ada sebabnya
Apa sebabnya?
Haaa sebabnya mak aku kata kerana  dah beli mee kuning Gardenia tu
Mee Gardenia mak aku cakap agak keras kalau buat mee goreng dia kureng skit
Tapi nak beli mee kuning lain semua brand & product yang mak aku xnak
Sebab aku memang sensitif dengan rasa kalur dalam mee
Kirorang kan jarang beli mee kuning kecuali kalau mak Ismail bagi mee Pok Lan  dari Trengganu tu
Selalunya kalau nak makan mee kuning mak aku akan replace guna spaghetti jer
Tak pun guna mee kering

Sorang sekuali mee
Makan sampai lebam
Masa ni makanan masih mewah
Sebab tiada apa yang berlaku
Sekarang makanan kena jimat sebab Pwrintah Kawalan Pergerakan - covid 19 ni x tahu bila akan berakhir

Spaghetti & bebola daging ada jer stok
Macam-macam jer pasta dalam kabinet dapur tu
Rasanya lebih 10 pack aneka pasta mak aku beli buat stok
Tapi mak aku cakap stok sayur plak xde
Tapi kan.... Semalam aku kemas peti ais
Jumpa je seketul broccoli, carrot, kobis kimci & tomato dalam laci sayur tu
Bila tanya mak aku, mak aku kata tak rahu sebab mak aku kata malas nak morek pwti ais yang penuh sesak tu
Sebab tu lah sampai ada timun yang dah jadi ais tu
Hahahaha


MEE SUP BEBOLA DAGING
1 bungkus Nu Mee Gardenia
20 biji bebola daging Ramly
1pokok sawi
1 bata g carrot
1 biji tomato merah- potong
1 pokok daun bawang
1 cili merah
1/2 bawang besar- cincang
1 bawang putih cincang
2 sudu minyak
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh gula perang
1 sudu lada sulah
1/2 sudu makan serbuk rempah sup/renpah soto

1. Panaskan minyak & tumis bawang besar & bawang putih cincang
2. Bila nampak perang masukanserbuk rempah sup/renph soto & +5 cawan air(kalau guna mee Gardenia memang air kena lebih sebab mee keras)
3. Masukkan bebola daging, carrot d batang sawi & masak hingga bebola timbul
4. Tambah, garam, gula & lada sulah
5. Masukkan mee & masak hingga mee lembut
6. Tambah daun sawi, tomato, cili hiris& sesuaikan rasa. Tabur daun sup/daun bawang
7. Hidang bersama sambal kicap & limau nipis

*** Pesanan mak aku :
       Boleh ganti befishball, chickenball etc.
       Boleh ganti kue teow, pastas etc.
       Boleh serve dengan sambal kicap.

No comments:

Post a Comment