Thursday 12 March 2020

MIHUN ANAK DARA


Mihun Anak Dara
Sebungkus RM3
Kalau beli 2 bubgkus RM5
Hahahaha...
Mana ada
Ni bukan beli
Bukan juga untuk jual
Ni bekal la
Bekal Mihun Bungkus hari Isnin
Juga breakfast aku hari Isnin

Ni la isi dia dalam bungkusan tu..
Mihun rencah isi ayam
Whitout sayur-sayuran
Hanya ayam & carrot
Tapi sedap tau

Bihun ni walaupun nampak budus-budus jer..
Tapi rasa dia sedap tau
Licinnnnnn
Hahaha.. Puji la kakak skit..
Sebab kakak yang masak pagi-pagi buta lagi
Sebab tu namanya BIHUN ANAK DARA...
Sebab kakak yang masak bihun ni


BIHUN GORENG ANAK DARA
1 bungkus bihun - rendam air biasa 15 minit
1 mangkuk isi ayam- hiris nipis
1 batang carrot- hiris jejari halus
4 sudu minyak
1 kiub pati ayam
1 sudu teh garam
1/4 cawan kicap manis
2 sudu besar cili blend + bawang
1. Gaul isi ayam dengan 1 sudu teh garam(supaya tidak lekat masak goreng)
2. Panaskan minyak & tumis isi ayam bergaram hingga masak
3. Tambah cili blend & masak hingga naik minyak
4. Tambah carrot  gaul hingga carrot lembut & + 1 cawan air & biar hingga mendidih & + kiub pati ayam
5. Buangkan air rendaman bihun( tak perlu tapis)
6. Masukkan bihum dalam kuah mendidih & biar 1/2 minit sebelum dibalik2kan & digaul rata.
7. Sambil gaul, sambil renjis kicap manis hingga bihun lembut & bersalut sekata.
8. Jika bihun belum cukup lembut masukkan sikit lagi air sambil dikacau-kacau
9. Masukkan daun bawang & gaul rata(supaya lebih warna-warni)
10. Sesuaikan rasa & tabur daun sup
       (bihun anak dara ni kosong jer🤭) 

**Actually kakak guna kiub ayam sebab nak cover rasa takut x sesedap bihun yang mak aku masak🤣🤣


Nak kasi nampak  bihun tu "ANAK DARA" kena la tutup & kena malu-malu skit tau
Hahahaha...
Tapi bab bungkus ni kakak & aku belum pro
So... Mak aku yang bungkuskan...
Syyyyyy.....
Ala... nanti aku belajar la ...
Heeee

4 comments:

  1. terperanjat jugak mula2 baca tadi, tak pernah2 beli bungkus, selalu rajin masak, hehehe.

    ini terbaik punya anak dara

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha...
      Tapi hari Selasa bekal & breakfast kiter beli (Roti)
      Tapi bukan bihun ni la.. Heeee

      Delete
  2. wah calon menantu lah ni si anak dara ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan lupa kakak kkter juga ada adik yamg juga pandai masak megi tau.. Sesuai x jadi calon adik ipar🤣🤣

      Delete