Roti Jala Kuah Durian
Net Crepe With Durian's Sweet Gravy
Hahaha...ada ke omputih makan durian ni
Roti Jala ni mak aku masak hari Ahad
Untuk amik hati abang
Sebang abang dah blanja durian
Hahaha
Kalau Roti Jala Kuah Manis memang dah tau mak aku akan masak Roti Jala warna hijau
Kalau KUah kari dah tahu la roti jalanya warna kuning
Tapi mak aku juga pernah masak Roti Jala warna pink tau
Roti Jala ni warna apapun rasa dia sama jer
Mak aku cakap cuma rasa kuah jer berbeza
Tapi warna pun kadang untuk mempengaruhi juga aper...
Sama juga macam pulut
Kalau Pulut Kuning orang biasanya makan ngan kari @ rendang
Kalau nak makan ngan inti kelapa manis @ makan ngan durian atau ngan mangga biasanya pulut tu warna putih atau hijau
ROTI JALA PANDAN
2 cawan tepung gandum
2 cawan air pandan
2 cawan air pandan
(4 helai pandan blend dgn 2 cawan air)
2 sudu minyak
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
pewarna merah hijau
** minyak untuk sapu kuali
2 sudu minyak
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
pewarna merah hijau
** minyak untuk sapu kuali
1. Blendkan tepung,air,telur,garam dan 2 sudu minyak hingga berkrim & +pewarna hijau
2. Masukkan adunan dalam botol muncung.
3. Panaskan kuali dan sapu dengan minyak menggunakan tissu atau daun pandan
4. Picitkan adunan tepung membentuk bulatan dan berselirat
5. Bila permukaan kuih telah mengering
6. Lipat atau gulungkan roti jala
2. Masukkan adunan dalam botol muncung.
3. Panaskan kuali dan sapu dengan minyak menggunakan tissu atau daun pandan
4. Picitkan adunan tepung membentuk bulatan dan berselirat
5. Bila permukaan kuih telah mengering
6. Lipat atau gulungkan roti jala
Step by step boleh refer ROTI JALA PINKISH... kat sini
Haa roti jala pink pun mak aku dah pernah. buat.. Yang warna purple belum la lagi..
KUAH DURIAN
10 ulas durian
1 helai pandan
1 kotak santan+ 3 cawan air
1/2 sudu teh garam
1 gula melaka
1. Kikis isi durian dan ambil isi sahaja
2. Campur isi durian dengan santan + air
3. Masak hingga mendidih dan masukkan pa
dan,garam dan gula.
4. Masak dengan api perlahan hingga mendidih
semula dan sesuaikan rasa Biar sejuk
Roti Jala PAndan vs Kuah Durian
Ni mak aku nyer
Roti Wholemeal vs Kuah Durian
Aku pelik ngan mak aku
Tak suka Roti Jala
Kalau ngan kuah kari pun sama
Mak aku akan makan kari ngan roti slice
Mmmm rugi3....
Aku..??
Haaaaa...wajib la makan Rati Jala Kuah Durian ni
Anything with durian.. sedap. Very typical mak mak.. benda yg sedikit dia buat macam macam.
ReplyDeleteAbang nyer wajib kena kuah durian baru dia makan
Delete