Friday 20 March 2020

NASI DAGANG BERAS PULUT + BERAS BIASA - HARI KE-2 PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN

Khamis masuk hari ke-2 Perintah  Kawalan Pergerakan
Memang kitorang patuh arahan
Just Stay @ Home
Hanya abang jer keluar sekejap pergi kedai cari dettol tapi xde stok
Balik guna jerlah liquid hand wash

Nasi Dagang Beras Pulut + Beras Biasa
Mak aku masak untuk semalam nyer men

Ni mak aku nyer plate
Nasi Dagang Beras Pulut + Beras Biasa
vs Gulai Ikan Tongkol
Aku nyer ngan abang & kakak lauk ayam
Actually aku puasa semalam hari Khamis
Iftar pun ngan Nasi Dagang Beras Pulut + Beras Biasa ni

Nasi Dagang kan ada 2 jenis kan
1 jenis yang guna beras merah versi Kelantan..
Pernah post pasal NASI DAGANG BERAS MERAH... kat sini....
Haaa... Kalau yang versi Beras Merah tu juga mak aku pernah jer masak banyak untuk hidangan tetamu  masa Raya Haji kat kampung...
Ada cerita dah pasal masak nasi dagang tu dalam post MASAK UNTUK RAYA HAJI..... kay sini


Mak aku masak banyak juga semalam
Sebab untuk lunch & juga untuk iftar aku



NASI DAGANG BERAS PULUT + BERAS BIASA
3 cawan beras biasa+1 cawan beras pulut
Rendam beras tersebut semalaman)
1 cawan air panas
1 ketul halia- mayang halus
5 bawang merah - hiris
1 sudu halba - rendam 15 minit
2 cawan santan pekat + 1 sudu teh garam & 1 sudu besar gula
2 helai pandan

1. Kukus beras pulut+beras biasa yang sudah direndam semalaman
2. Bila naik wap (lebih kurang 20 minit dikukus) tuang nasi yang 1/2 masak tadi dalam bekas besar & tuangkan air panas & gaul rata.
3.Kukus semula nasi tersebut hingga betul-betul masak. Letak juga pandan.
4. Tuangkan nasi dalam bekas besar semula & gaul dengan santan pekat yang sudah dicampur garam & gula
5. Gaul rata sambil ditabur bawang hiris, halia mayang & halba yang direndam.
6. Biar 10 minit sebelum hidang supaya semua bahan sebati dengan nasi.
** Nasi lebih sedap & lemak jika terus hidang selepas digaul santan. Tapi kelemahannya cepat basi selepas beberapa jam kerana santannya mentah
7. Untuk tahan lama.. Kukus semula nasi tersebut tetapi JANGAN tutup pengukus. Biar dikukus hingga naik wap  tanpa tutup supaya nasi tidak lembik

*Boleh makan dengan gulai ikan tongkol @ gulai ayam + telur rebus... & Acar Timun + Carrot




1 comment: