Wednesday 4 March 2020

BIHUN GORENG RENCAH ISI AYAM


Bihun Goreng Rencah Isi Ayam
Sarapan & bekal hari Isnin

BIHUN GORENG RENCAH ISI AYAM
1 bungku bihun - rendam air biasa 15 minit
1 mangkuk isi ayam- hiris nipis
1 batang carrot- hiris jejari halus
1 rumpun daun bawang
1 pokok daun sup
4 sudu minyak
2 sudu teh garam
1/4 cawan kicap manis
2 sudu besar cili blend + bawang

1. Gaul isi atam dengan 1 sudu teh garam(supaya tidak lwkat masak goreng)
2. Panaskan minyak & tumis isi ayam bergaram hingga masak
3. Tambah cili blend & masak hingga naik minyak
4. Tambah carrot  gaul hingga carrot lembut & + 1 cawan air & biar hingga mendidih
5. Buangkan air rendaman bihun( tak perlu tapis)
6. Masukkan bihum dalam kuah mendidih & biar 1/2 minit swbelum dibalik2kan & digaul rata.
7. Sambil gaul, sambil rennis kicap manis hingga bihun lembut & bersalut sekata.
8. Jika bihun belum cukup lembut masukkan sikit lagi air sambil dikacau-kacau
9. Masukkan daun bawang & gaul rata
10. Sesuaikan rasa & tabur daun sup

Bekal mak aku
Bekal abang
Bekal kakak

Ok.. Semua dah gi kerja
Aku nak sambung membuter jap
Nanti pukul 10 mak aku msti update


Kan dah cakap
Pukul 10 mak aku update tengah makan bekal

Cerita Bihun Goreng Rencah Isi Ayam

No comments:

Post a Comment