Monday, 30 March 2020

CINNAMON ROLL VERSI GORENG - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19

Hari ni masuk hari ke 12 Perintah Kawalan Pergerakan..
Nampak jalan & hiway memang jarang dilalui kereta
Heee.. Kerja ngadap tingkap jer lah..
Konon pantau pergerakan lalulintas
Hahahaa...

Cinnamon Roll Versi Goreng
Ni projek aku isi masa hari Jumaat petang
Hari ke 10 Perintah Kawalan Pergerakan
Sebab bosan & tengok TV nampak cinnamon roll
Waaaaa.. tetiba lak tingat cinnamon roll yang Achik pernah beli kat Petronas
Achik cakap sedap makan masa panas
Achik kata siap boleh minta dorang panaskan dalam microvawe
Bestnya siap voleh request soh panaskan
Selalu makan beli kat bakery dah sejuk


Terbayang makan cinnamon roll yang meleleh manis rangup lembut & harum
Tapi yang ni xde topping pun
Makan gitew jer
Ayak icing sugar & feeling kunun makan sambil tengok salji turun la
Hahahhaha


 Ni aku buat tau
Haaaa... Jangan x caya
Dari uli tepung
Roll
Goreng
Ayak gula ising
Semua i buat sendiri tau..!
Uli pakai tangan jerk sebab malas baknkuar mixer



Pastu sebab nak tak sabar nak makan
Malas nak hangkat toaster & segala roti jem bagai atas oven tu
Aku just goreng jew..
Mula cuak juga
Boleh ke cinnamon roll nak goreng
Google Cinnamon roll goreng tapi xde
Tanya mak aku..
Mak aku cakap try & error lah
Kalau roti pun boleh masak dengan cara bakar, kukus & goreng
Maybe cinnamon roll pun boleh goreng
Coz sama macam roti jugak kan..
Tapi aku guna resipi donut jer
Sebab mak aku selalu masak donut d roti sama adunannya..
Kalau buat roti, itu juga mak aku buat donut.
Haaaa... Resipi pun pun guna resipi
DONUT....KAT SINI...jer...

CINNAMON ROLL GORENG
1/2 kg tepung gandum
1/2 pkt mauripan
sikit garam
2 sudu gula
2 sudu butter
2 sudu susu tepung
1 cawan air suam

Filling :
1 sudu makan  serbuk kayu manis(cinnamon) 
4 sudu dark brown sugar
1 sudu kecil butter

Hiasan:
Gula icing


1. Campur semua bahan untuk dough iaitu tepung,mauripan,susu,gula,garam,margerine & gaul rata.
2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil diuli.Air kena ikut sesuai..Jika dah cukup lembut  tak perlu habiskan.Jika x cukup lembut,tambah sedikit lagi air. Bahagikan 5 bebola & biar 10 minit supaya lembut. 
3. Campur semua bahan filling hingga sebati
4. Canai sebiji bebola dough & jadikan bentuk 4 segi 
5. Tabur 1 sudu filling & ratakan nipis
Tinggalkan agak2 2 cm hujung dough  & sapu  air supaya smtidak terbuka gulungan. Gulung kemas-kemas. 
** inti jangan terlalu banyak sebab nanti bila goreng gula mencair
6. Potong anggaran 1cm tebal. Potong guna benang supaya lebih kemas
7. Goreng dalam minyak panas yang banyak sambil dibalikan supaya garing kedua belah
8. Biar sejuk sedikit & ayak gula icing atasnya


Cinnamon powder + brown sugar & sikit butter sekadar untuk lembabkan
Gunakan dark brown sugar supaya warna lebih gelap & menarik
Ciinamon powder ni jarang pun nak guna
Selalu mak aku guna untuk campur dalam  apple pei filling jer
Kadang mak aku guna untuk masuk dalam teh O
Tapi aku x suka kalau minuman yang letak cinnamon
Kalau macam apple pie & cinnomon roll ni aku ok.. Aku suka



Ni roll pertama
Nampak sememeh sebab excited letak filling banyak- banyak
Bila goreng gula dia air & jadi hitam terapung dalam minyak
Tapi basib baik hitam-hitam yang timbul tu boleh buang guna tissu dapur. Ambil tissu dapur & lalukan atas permukaan minyak & ciran gula hitam tu akan melekat..
Macam orang bersihkan tumpahan minyak kat laut plak rupa dia.. Hahaha

Ni dah pandai skit dah nak adjust
Mak aku suruh potong guna pisau.
Pastu mak aku gi mandi..
Tapi aku derhaka arahan ibu
Sepeninggalan mak aku...
Sel-sel otak aku berhubung
Aku cakap pernah tengok Anna Alson potong dough guna benang
& yesss guna benang lagi cantik walaupun mula-mula aku x tau nak mula macamana..
Tapi akhirnya aku dah boleh tune..
(syyyyyy actually 1 roll dah rosak masa mula potong ngan benang sebab masa tu belum boleh tune lagi)
Hihihihi.... Yang x menjadi jangan ditunjukkan

Pilih yang rasa cantik skit jer untuk interframe🤣


Rasanya nanti 2nd time buat lagi mestinaku dah pandai adjust dah filling dia & cara potong


 Ni plak aku tiru James Oliver
Ayak gula icing guna penapis teh
Kalau Anna alson dia guna bekas khas dia mac botol bedak  baby powder tu
Hahahha
Sedap baq hang...
Abang suka
Mak aku pun cakap sedap
Kakak..?
Kakak x suka
Kakak kata dia suka spices..
Ok... X suka x per..
Kakak makan keropok
Kitorang makan cinnamon roll

No comments:

Post a Comment