Sunday, 8 December 2019

PULUT KUNING RENDANG AYAM- KESYUKURAN

Pulut Kuning vs Rendang Ayam
Mak aku masak pagi Sabtu
Banyak mak  aku masak
Pulut pun banyak
Rendang pun banyak...
Mak aku cakap sempena kesyukuran


RENDANG AYAM REMPAH ADABI
2  ekor ayam-potong besar
2 sudu kerisik
1 daun kunyit
2 daun limau purut
2 asam keping
2 keping gula nisse( boleh ganti 3 sudu gula melaka)
2 bungkus rempah rendang ADABI
1cawan minyak
2 cawan pati santan
3 cawan air @ santan cair
Bahan Blend:
30cili kering-gunting & rebus hingga lembut
2 bawang besar
5 bawang putih
3 hiris lengkuas
1 ketul kecil kunyit segar
2 serai
Bahan Tumis:
1 kulit kayu manis
2bunga lawang
5 buah pelaga

CARA BUAT :
1. Gunting cili kering dan buang bijinya.Basih cili dan rebus hingga lembut..& blend halus
2..Lengkuas..Serai..halia..Bawang...Kunyit
diblend berasingan(bahan herba)
3. Panaskan minyak dan tumis bahan tumis serta bahan blend..
4. Masukkan bahan  herba blend & tumis hingga harum.
5. Masukkan  cili blend & masak hingga naik minyak
6. Masukkan ayam &.masak hingga nampak berkuah kerana air ayam keluar.
7. Tambah santan cair @ air, asam keping, gula melaka & kerisik serta daun limau purut
8. Bila ayam empuk & kuah pekat & naik minyak, sesuaikan rasa & tabur daun kunyit


 Dari malam mak aku dah tumis rendang
Tapi mak aku cakap belum boleh makan sebab hanya tumis 1/2 masak.


 Pagi Sabtu baru mak aku masukkan santan & masak hingga selesai

 Rendang dah tambah santan

 Masak hingga naik minyak


 Tabur daun kunyit..
Ni mak aku dah isikan dalam bekas besar
Mak aku cakap nak bawa untuk jamuan kesyukuran

 Pulut Kuning

 Mak aku cakap masak 2kg
Tinggalkan sikit kat rumah untuk aku, ababg & kakak breakfast

 Rendang pun sama
Banyak mak aku bawa
Tinggal sikit kat rumah


 Ni pic by mak aku...


Rendang Ayam untuk makan kat rumah

2 comments:

  1. perghhhhh menggoda betoi pulut kuning dan rendang ayam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeee....
      Mesti hantu ayam macam abang..
      Kalau nampak ayam semua sedap..
      Heee🍗🍗

      Delete