Antara pokok ubi kayu belakang dapur..
Catatan diary ni masih about kat Kedah
Minggu lepas nyer story
Ada banyak lagi pokok ubi nenek tanam sspanjang pagar belakang dapur..
Ada ubi kayu putih
Ada ubi kayu kuning
Kalau balik Kedah
Mak aku la suka sangat ubi kayu
Tapi tukang gali ubi
Mmm.. Nenek la..
Pernah tengok mak aku cuba gali ubi
Tapi nenek kata entah tahun bila nak dapat ubinya
Makanya nenek yang gali
Jom tengok nenek gali ubi
Cangkul mana.. cangkul..??
Nenek guna parang bodoh jer untuk gali ubi
Haaa.. Steady jer nenek kais-kais sikit jer tanah tu dah nampak ubinya
Haaa nenek kata dulu-dulu nenek gali ubi memang kena gali guna cangkul.
Sebab nenek kata dulu-dulu nenek tanam.batang ubi dalam-dalam
But ... since nenek dah tau tips tanam batang ubi x boleh dalam-dalam, nanti ubinya jauh ke dalam tanah.
Kena tanam batang ubi kayu tu sikit jer dalam tanah supaya ubinya dekat permukaan tanah & senang nak gali..
Boleh nampak ubi tu kat permukaan tanah
Mana nenek dapat tips tu..??????
Mak aku yang bgtau nenek
Mak aku kata tengok kat youtube..
Share dari orang Indon tanam singkong..
Haaa... now aku pun dah tau ubi kayu kat Indon dipanggil singkong
Mak aku cakap teknologi pertanian Indon lebih maju macam Thailand juga kerana pertanian yang meluas di negara mereka
Kata mak aku dulu-dulu Malaysia juga negara pertanian.
Sekarang?
Sekarang Malaysia dah berubah jadi negara industri
Bukan lagi negara pertanian seperti dulu..
Ooo..
Mak aku tanya kat sekolah xde subject Goegrafi ke?
Mmm... mana ada
Last belajar Geo masa form 3
Pastu xde dah
Itupun xde sebut pun pasal dulu Malaysia negara pertanian..
Ke aku yang x baca..?
Sebab aku x suka Geo
Hahahaha
Coz tengok nenek gali sikit jer tanah tu dah jumpa ubi...
Tapi pesan mak aku...
Kalau ada bela ayam kampung,janganmarah plak kat ayam tu kalau ayam tu makan coz ubi tu memang menarik perhatian ayam untuk patuk & makan
Yang seketul besar tu nenek kata ubi kayu warna putih
Yang lain tu nenke kata isinya warna kuning
Macamana tahu?
Nenek kata warna daun pokoknya agak berbeza & warna kulit ubi tu juga ada per bezaan..
Mmmm aku nampak macam sama jer..
Heeee
Mak aku cakap
Ubi-ubi ni nak buat kuih...
Kuih apa..?
Ntah
wahhh… baru tau juga tips ni
ReplyDeleteHaaaa..pasni jangan tanam dalam-dalam..
DeleteTapi manjadi la tips ni..coz tengok nenek gali sikit jer dah jumpa ubi
Lama tak Makan ubi
ReplyDeleteJom pi Kedah.. Banyak lagi ubi😄
Delete