Sunday, 22 July 2018

ACAR RAMPAI KACANG PANJANG

 Acar Rampai Kacang Panjang..
Mak aku masak pagi tadi
Kata mak aku untuk lunch
Tapi masak pagi2 lagi...
Sebab hari ni aku ngan Haikal Hassan...Danial akan berkumpul kat umah Auni untuk siapkan Kerja Kursus Seni..
Memang kena  buat berkumpulan.
Hari Khmis cikgu bagi kerja  dan kumpulan
Hari Jumaat lepas open day aku ngan Haikal Hassan & Danial gi beli barang
Mmm...hari ni janji buat kat umah Auni di BTHO..
Tapi sudahnya Danial x datang sebab dia balik kampung kat Melaka ada kenduri
Ni pun aku baru balik dari rumaah Auni lah ni
Buat dari pukul 11 pagi sampai 6.30 petang x siap lagi
Esok kena sambung lagi..

 Acar Rampai Kacang Panjang dalam periuk
Aku x sempat makan pun
Pagi tadi rushing nak gi umah Auni
Makan Nasi Goreng ngam sosej jer
Nak makan acar ni ngan nasi goreng cam x kena lak...
Ni dah balik malam..
Perut lak dah penuh..
Sebabnya balik dai rumah Auni mak aku amik..
Haikal Hassan pun tumpang juga sebab rumah dia pun one way jalan aku nak balik.
Asalnya Haikal Hassan nak naik Grab Car jer
Tapi masa aku call mak aku suruh amik aku kat umah Auni
Aku minta mak aku hantarkan Haikal Hassan sekali
Masa dah masuk kereta aku cakap kitorang lapar sebab belum makan.
Hanya sarapan kat rumah jer..
Mak Auni ada ajak makan tapi segan la sebab family dia kan ramai..
Aku ngan Haikal cakap la kitorang dah kenyang
Haaa...sib baik aku ada bawa junkfood & air..
So..memang lapar lah
Mak aku bawa aku ngan Haikal Hassan singgah kat Mamak Corner kat Damai Perdana
Haikal Hassan cakao dia just nak minum..xnaj makan
Tapi aku tahu dia pun lapar macam aku..
So aku order Teh O Limau PanasMaggi Goreng untuk aku ngan dia.
Tak la dia segan sebab order makanan dan minuman yang sama..
Mak aku makan Nasi Kandaq..
Haaa...


 So...masukkan dalam mangkuk untuk snao pic jer lah...
Mak aku cakap Acar Rampai Kacang Panjang ni akan lebih sedao makan esok sebab nanti rasa dia lagi sebati..
Tak basi ker..?
Mak aku cakap kena la panaskan sampai mendidih dan akan tahan sebab acar kan ada pengawet semulajadi..
Oooo...camtu ker



Mmm....not my plate ar
Ni mak aku nyer



 Kata mak aku
Acar Rampai Kacang Panjang ni doluw nenek selalu masak untuk jadikan lauk
Mak aku cerita...beberapa minggu sebelum puasa biasanya kebanyakan orang kampung termasuk nenek akan tanam beberapa jenia sayur- sayuran khas untuk  bulan puasa..
Antaranya Sayur Kacang Panjang
Selain dijadikan ulam kacang panjang dijadikan bahan untuk masak sayur dan untuk dicampur dalam kari ikan atau udang...dan termasuk juga Acar Rampai Kacang Panjang ni
Kata mak aku itulah yang selalu nenek masak
Mak aku cakap dolu2 nenek xdelah campur carrot pun walaupun nama dia Acar Rampai
Tapi hanya menggunakan Kacang Panjang sahaja
Kalu untuk kenduri kahwin barulah akan dicampur carrot..
Kata mak aku lagi...
Nenek xdelah ajar pun mak aku masak Acar Rampai Kacang Panjanv ni
Tapi mak aku cakap sebab selalu tengok nenek masak...

ACAR RAMPAI KACANG PANJANG
1 5 batang kacang panjang
2 batang carrot
1 bawang holland
5 bawang putih
10 cili padi hijau/ merah
2 sudu cuka
1/4 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu besar gula
1/2 sudubteh serbuk kunyit
2 sudu besar minyak
1 sudu teh biji sawi

1. Kacang panjang dikerat anggaran 2 cm
2. Carrot dioofong jejari
3. Bawang hollan dihiris dan bawang putih dibelah2
4. Oanaskan minyak dan tumis biji sawi
5. Masukkan air,cuka, gula,garam dan serbuk.kunyit
6. Bila mendidih masukkan carrot dan Kacang Panjang
7. Biar mendidih sekejap sahaja supaya sayur kekal rangup.. dan tambah cili padi dan bawang holland serta bawang putih..
8. Sesuaikan rasa dan matikan api





 Kacang Panjang...Carrot..Bawang Holland..Bawang Putih dan Cili Padi


Bawang Holland dihiris



 Cuka wajib ada dalam masakan acar..
Mak aku kata...cuka ni la pengawet  acar



 Acar Rampai Kacang Panjang


Mak aku pesan..
Kalau acar mesti kena seimbang rasa...
Masam...masin..manis kena ada..
Pastu mak aku hata Cheff Wan pernah berpesan kalau masak apa- apa acar biarcada texture
So bila gigit kena ada yang lambut..keras..liat dan paling penting acar kena ada juga texture rangup..
Haaa....tapi jangan lah jadi macam omputih..
Orang Malaysia masak rendang dia comment not chrispy..
Memang cheff Wan idola mak aku tu marah ar...
Hahahaha...Ok..bye

2 comments:

  1. acar ni makan dengan kurma atau kari daging sedap la..

    eeeh orang jemput makan tak makan.. mereka tahu awak student tak payah la segan segan.Dah awak baya anak anak mereka.
    kalau masuk dah bersalam. Di ajak makan, pergi ajalah. Selesai makan basuh pinggan dan ucap terima kasih dan teruskan.

    adalak camtu....tak makan seharian. Mereka tahu awak student dan budak budak lagi.
    cuci tangan makan selesai cuci pinggan dan sambung semula..
    kalau tak makan sure nanti dia kata kenapa pulak?



    On other note,
    Lain kali kalau tak nak rasa segan, saya kalau pergi rumah kawan untuk tumpang buat something, saya bawa buah tangan.
    Tengok la apa yang perlu. Arwah mak selalu bercucuk tanam, so kalau nak pergi rumah kawan yang tak de benda pokok yg mak dia tanam, saya beri la daun limau purut sedahan. tak pun anak pokok belimbing la.. daun limau purut la.. dahan pokok bebuas, beluntas etc untuk di tanam/ utk dimakan.Itu yang suka bergardening..

    yang suka masak etc.. saya bawa daun daun ada, tak pun beli kuih atau apa apa yang jual kat kedai biskut ke apa apa .. cookies.. quantity tak penting janji tangan tak kosong.

    masa zaman student nak pergi tumpang jalan jalan, just incase la tak nak menyusah kan, saya bawa mi maggi sendiri juga. saya juga offer la pada tuan rumah hahaha...maklum di rantau orang..


    anyway good thinking you all...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...segan sebab family dia ramai...
      Tapi esok tu dah x segan dah sebab lapar...
      1st day bawa junkfood jer bg adij Auni..
      Bawa Pringles Potato Chip & Air Oren untuk adik Auni..
      2nd day kiter bawa 1 pack Fuji Apple untuk mak Auni..untuk buah tangan

      Haaa...mak kiter ada suggest bawa maggi cup tapi kiter segan nak minta air panas..
      hmm...lain kali kena bawa la maggi tu...heeee

      Delete