Thursday, 26 July 2018

SAMBAL SOSEJ UNTUK ABANG


Sambal Sosej Untuk Abang
Tapi bukan "aBangla" yer..
Hahaha...
Sebab Sambal Sosej Untuk Abang ni
Sambungan  dari post  SAMBAL PETAI BANGLA ...kat sini
Kitorang makan nasi lauk Sambal Petai & Ikan Goreng
Tapi untuk abang mak aku masak Sambal Sosej
Sebabnya abang x makan petai..
Tak makan ikan...
So abang makan sambal sosej
Sebab tu namanya Sambal Sosej Untuk Abang..!


Walaupun namanya Sambal Sosej Untuk Abang
Tapi aku pun makan juga..
Sebab memang sedddddddaaaaapppp baq ang..!
Rupa x menarik sangat
Tapi rasanya sedap banget..!
Betulll....x tipu nyer...
Mak aku cakap sedap sebab mak aku cakap sambalnya ada campuran ikan bilis
Tapi abang x tahu ada bilis sebab mak aku kata dah blend halus..
So...abang makan abang mesti ingat sambal tu sedap sebab sosej..
Ibaratnya bilis tu sebagai Wira Yang Tal Didendang la...
Haaaaa.....sebenarnya baru dapat peribahasa tu
Sebab tu kaitkan juga tu
Nak gambarkan maksud
Maksudnya lebih kurang macam Lembu Punya Susu, Sapi Punya Nama la...
Haaaaa.....x faham juga....
Esok sila tanya Jarjit Singh dalam Upin & Ipin tu..
Mesti dia pantun...

Pokok cemara,pokok cempaka...
Apppaaa raa..itupun tatau kaaaa...

Haaaa...kan dah kena ngan Jarjit


SAMBAL SOSEJ SEDAP

10 batang sosej ayam
5 cili padi
1 asam keping
3 sudu minyak
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula

Bahan Blend:
10 cili kering - rebus
1/2 bawang besar
2 bawang putih
1 sudu ikan bilis - buang tulang

1. Sosej dipotong serong tebal- tebal
2. Panaskan minyak.Goreng sosej sekejap sahaja.Bila nampak sosej kembang sikitvterua angkat
3. Dalam minyak yang sama tumis bahan blend.
4. Tambah asam,garam dan gula .Masak hingga naik minyak
5. Masukkan sosej dan kacau rata..
6. Masukkan cili padi yang dipatab2kan dan sesuaikan rasa

Ok..bye

2 comments: