Weekend breakfast
Pagi tadi nyer sarapan
Ketupat Kelantan
Karipap Sabah
Makan di KL
haaa.....sarapan dari 2 negeri berbeza
Kelantan dan Sabah
Ketupat ni memang ori dari Kelantan
Mak aku cakap mak Nik yang bagi
Alhamdulillah setiap hari ada sahaja rezeki
Ada sahaja yang memanjangkan rezeki kepada kami
Asalnya ada 8 biji
Tapi ni dah tinggal 4
Mak aku yang makan lagi 4 tu
Yang nampak hitam-hitam tu isinya pulut hitam
Yang plan tu isinya pulut biasa
Haaa.....ni la bezanya
Pulut putih dan pulut hitam
Vs Serunding Ikan
Hanya mak aku yang makan
Abang xnak
Kakak pun xnak
Aku bukan xnak
Tapi aku x boleh go
Sebab ketupat tu MANIS..!
Aku lum pernah makan ketupat palas yang rasa dia manis..!
Yang biasa nenek buat rasanya lemak masin
Yang ni rasanya memang manis..!
Aku memang suka maknan Kealantan
Tapi yang satu ini memang aku x boleh go...!
Hanya mak aku yang suka
Dan mak aku lah yang habiskan
Kata mak aku Ketupat Kelantan memang ada banayk versi
KAlau versi macam nenek selalu buat tu dipanggil KETUPAT LEMAK
Kalau yang manis macam ni dipanggil KETUPAT MANIH
Ada lagi satu versi mak aku cakap ada inti serunding daging dalamnya dipanggil KETUPAT INTI
Lagi satu mak aku cakap bentuk ketupat versi Kelantan dan versi Kedah ada perbezaan
Ni versi Kedah
Mak aku cakap lebih panjang dan tirus
Ketupat Kelantan lain sikit
Tapi mak aku cakap Ketupat Trengganu juga bungkus macam ketupat Kelantan
Mak aku cakap kalau di Trengganu cara bungkus macam Ketupat Kedah tu digunakan untuk bungkus Ketupat Ubi Kayu
Eh...ada ke Ketupat Ubi Kayu..?
AKu x tahu pun...!!
Lagi satu mak aku cakap kalau kat Kedah ada KETUPAT PALS VERSI JANTUNG
Ada mak aku pernah buat KETUPAT PALAS VERSI JANTUNG kat sini....
Kalau di Kelantan ada Ketupat Inti yang dimasukkan inti dalam ketupat tu
Mak aku pun pernah buat ketupat ang ada kacang
Namanya KETUPAT KACANG
Kata mak aku sebenarnya Ketupat Pulut ada bermacam versi
Kalau di Sabah ketupat Pulut dimasukkan dalam sarung Daun Kelapa dan derebus dengan santan
Kalau kat sarawak memang Umi ada cerita ada ketupat pulut dibungkus sejenis daun khad dipanggil Kelupis
Mmmmm...banyak lagi yang aku tak tahu nih...!!!
Stok Ketupat Daun buluh pun masih ada beberapa biji dalam peti ais
Kalau nak makan mak aku akan ambil ketupat tu dan kukus semula
Aku dah pernah carita juga pasal KETUPAT DAUN BULUH kat sini...
Ok..
Untuk aku
Aku minta mak aku gorengkan Karipap Sabah ni
Cerita pasal Karipap Sabah boleh tengok CARA BUAT KARIPAP SABAH kat sini...
Ok...begitulah ceritanya pasal sarapan hari ni
Bye..
salam,
ReplyDeletewah kemain banyak jenis ketupat pulut.
colourful. The only thing is makan banyak pulut angin pada saya dan sesetengah orang. ketupat sabah tu tak pernah nampak ... masa kat sabah atau labuan.tapi rupanya seakan akan udang satak which is famous di sabah dan labuan.
Kiter suka pulut...
DeleteCuma ketupat pulut yang manis tu cannot go..
Haa...ahh kan....karipap tu cam rupa udang & lobster la....baru kiter perasan...