Kelmarin punya lauk lunch
Haaa....hari Isnin nyer lunch
Isnin memang lunch
Makan nasibpukul 3.30 kira lunch la kan..
Sebab selakunya klu weekday pukul 3.30 belum sampai rumah..
Ni dah siap lunch lagik..
Haaaa....sebab hari Isnin mak aku cuti...
Sebab tu ada lunch
I LIKE it...!!!
Walaupun weekday...
Aku x kira .
Belasah juga makan petai
Sebab x boleh tahan tengok Tempoyak Petai ni..!
Just Nasi Putih lauk Tempoyak Bilis & Ayam Goreng jer
Tapi dia nyer sedapppp..
Mmmm....macam xnak benti makan dowh..!
Mak aku cakap masak 2 lauk tu jer
Sebab mak aku cakap nk buat Biskut Raya tempahan lepas raya..
Haaa....lepas amik aku kat sekolah
Sampai rumah sambil makan sambul mak aku baking cookies
Haaaa....kebetulan la plk....sebelum balik tadi ustazah Mariam juga nak selit order cookies & sampret...
Pastu Cikgu Samihah pun order Sampret...
Mulanya ustazah Mariam ingatkan mak aku house wife sebab amik order biskut raya
Bila aku cakap mak aku kerja...weekend or mlm baru buat biskut...
Ustazah terkejut...
Ustazah kata mana mak aku dapat masa untuk buat kuih...haaaaa
Apapun Alhamdulillah...
Mak aku cakap walaupun cuti tapi tetap buat biskut..
Mak aku cakap mak Nik nak Mazola pun x sempat buat lagi..
Aku lagi suka kalau cikgu sekolah aku or kawan2 aku order biskut sebab makin banyak dorang order makin banyak la aku dapat komisyen..
1 balang aku akan dapat rm2 dari mak aku..
Sejak puasa sampai raya..lepas la untuk aku gi My Town & makan kat Kyochon minggu lepas..
Tu sebab sekarang kena start cari order baru..
Hihihihihi..
TEMPOYAK BILIS PETAI ..mak aku
1 mangkuk ikan bilis
1 cawan tempoyak baru
1/2 cawan minyak
1 helai daun kunyit
1 sudu teh garam
1 asam keping
3 papan petai- ambil bijinya sahaja
Bahan blend:
1 mangkuk cili padi
1 bawang besar
1 serai
1. Blend cili padi,bawang dan serai
2. Ikan bilis boleh dibiar seekor- seekor arau diblend kasar
3. Panaskan minyam dan tumis bahan blend
4. Masukkan tempoyak,ikan bilis,asam keping dan garam.Jika tempoyak sudah masam masukkan sedikit gula untuk seimbang rasa
5. Masak sampai naik minyak dan taburkan daun kunyit
7. Masukkan isi petai dan masak sekejap sahaja.
8. Sesuaikan rasan dan siap
Tempoyak Bilis Petai ni mak aku cakap sepatutnya ada daun kunyit baru bau dia lagi kick..!
Mana mak aku dapat tempoyak..?
Haaa..stok tempoyak memang ada dalam peti ais..
Isi durian frozen pun ada 1 tupperware dalam freezer.
Mak aku cakap sebab kitorang memang hanya akan makan tempoyak yang belum masam...sebab tu kena simpan dalam peti ais .
Kalau trdisional tempoyak memang kena femented dalam pasu or tempayan sampai masam.
Ni yang masak Tempoyak Bilis ni mak aku kata campur tempoyak dengan durian beku untuk dapat rasa yang sikit manis dan kurang masam
Syyy....tengok MS kata kat KL durian dah murah dah...!
Semalam tengok kat simpang tu dia tulis 2 biji rm25
Tapi Achik cakap kawan Achik post kat wasap bagitahu kat Seri Permaisuri boleh dapat 4 biji rm25..
Huh bapak murah dah...
Tahun lepas bapak mahal durian ..!
Aku pernah citer pasal durian mahal dalam entri DURIAN SEBIJI & LUAHAN PERASAAN kat sini....
Bila baca balik entri tu...aku plak yang touching sendiri..!!
Huhuhuhu.....
Iiissshhh...sedap nya sambal bilis tempoyak petai..tengok pic pun dah tahu sedapp...eehhemm...tersedak la tadi,macam ada orang SERU nama Aunty...muah..muah..Cayang..
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA aunty ogy....
DeleteNi mezti bz buat red velvet ke cheese hantu ni...semoga aunty sihat dan bahagia selalu
windu tau..!!
salam
ReplyDeletepasal gambar di atas, pergi kedai oriental, cari petai durian. jumpa durian takde petai.
beli durian monthong beku 4 butir rm 36.
buat spt diatas... cume takada daun kunyit dan petai.. so takpe la.. saya letak bawang ulas ... manis.. sedap.rasa pedas masam manis...
esok kalau ada petai baru tambah..
so makan nasi lauk tempoyak...
Wahhh....kat sana pun ada durian jugak...
ReplyDeleteDurian manthong tu apa sis...murah la dr Msia..
Tapi sambal ni memang sedapppppp kannn...mmmmm