Hari ni nyer citer...
Lemang Kukus Padat & Kenyal
Haaaa... Ada sebab cakap macam tu
Sebabnya hari tu beli lemang kat tapi Hero tu...
Lemang buluh la...
Lemangnya lembik & isinya langsung x padat..
Memang x habis la makan..
Sebab lembik & xde rasa lemang
Mak aku cakap dah macam makan pulut lembik
Now, mak aku cakap nak buat lemang sendiri...
Tapi mana ada buluh & nak bakar kat mana..
Kena la buat lemang versi kukus tanpa buluh
Tapi siyes jauh lebih sedap dari sesetengah lemang yang dibeli.. Sebab cukup rasa & yang penting padat.
Kata mak aku lemang kena padat baru sedap.
Aku lagi suka ketupat palas nak banding lemang...
Actually mak aku kata ssbab dah terlanjur mazak ketupaat palas ni
Maka mak aku buatkan juga lemang kukis tu.
Baru 2 minggu lepas buat KETUPAT PALAS VERSI KEDAH & KELANTAN...kat sini
Yang ni plak mak aku cakap nak rebus siap-siap & nak frozenkan untuk abang Raya Haji nanti
Sebabnya Raya Haji ni plan nak balik kampung..
Abang plak cakap Raya Haji Haji xnak balik sebab maybe x dapat cuti or kalau dapat sehari jer abang kata xnak balik
So, mak aku cakap ni ketupat palas ni
LEMANG KUKUS
1 kg pulut susu
1 kg santan pekat
3 cawan air
1 sudu makan(1 sudu rata) garam halus
1 sudu makan gula pasir
1 helai pandan
4pelepah daun pisang
(jika dapat, guna 2 pelepah pucuk pisang yang masih kuning & 2 pelepah daun pisang biasa)
1 gulung benang/tali

1. Basuh beras pulut & toskan dalam tapis
(untuk hasil lebih kenyal, rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam) Tetapi boleh sahaja masak tanpa rendam
2. Campur santan & 3 cawan air & masak hingga mendidih. Sebaiknya guna kuali supaya mudah nak kacau
3. Tambah pandan, garam & gula
4. Masak sambil kacau supaya tidak meruap. Masak anggaran 1/2 jam hingga nampak santan agak pekat & nampak berminyak
5. Masukkan beras pulut yang sudah ditoskan.
6. Kacau tanpa henti hingga santan semakin kering & pulut bersalut santan dan sedikit melekit
7.Terus kacau supaya tidak berkerak
8. Matikan api dan biar sejuk agak-agak 15-20 minit sebelum dibungkus. Supaya pulut dan santan sebati & mudah dibungkus
9. Pakai sarung tangan plastik(kalau xde, sarungkan tangan dengan plastik bersih)supaya bila pagang pulut akan licin & x melekat
10.Ambil pulut anggaran 1 cawan & kepal2kan dalam bentuk selider hingga padat.Agak2 saiz lemang
11. Jika ada pucuk pisang, bungkus selinder pulut tadi atas sekeping pucuk pisang.
Letak pulut secara melintang urat daun (supaya bila potong lemang nanti cantik
12. Kemudian, bungkusan tersebut dibungkus lagi sskali menggunakan daun pisang biasa yang hijau. Kali ini letakkan pula secara membujur ikut urat daun pisang supaya tidak koyak & mudah mengikat hujungnya.
13.Buat hingga habis semuanya
14. Kukus selama 1 jam
15. Biar betul2 sejuk. Buka ikatan tali & buangkan lapisan daun pisang luarnya. Daun pisang dalam (pucuk pisang/daun pisang melintang akan melekat pada pulut & mudah dipotong bersama pulit kerana potingan mengikut urat daun)
16. Hidang bersama rendang
**Lemang lebih harum jika lapisan dalam menggunakan pucuk pisang

Ni la step nombor 11
Mak aku kata pulut yang dah dikepal bentuk selinder tu kana bungkus melintang urat daun pisang. Barulah bila potong lemang yang dah masak nanti daun akan jdi cantik melekat keliling selinder lemang
Kalau guna pucuk pisang, mak aku kata lagi harum & sedap
Kemudian dibungkus selapis lagi diluarnya menggunakan daun pisang biasa
Kali ni kena bungkus secara lurus membujur ikut urat daun pisang pula
Ini untuk memudahkan hujungnya diikat
Kalau melintang nanti xbokeh nak ikat sebab daun pisang akan koyak
So, semuanya 2 lapis daun pisang & berlainan uratnya
Kemudian baru dikukus selama 1 jam
**Takde tutorial video sebab masa mak aku buat aku ngan kakak keluar hantar barang.. Nanti citer pasal hantar barang
Biar sejuk, baru buang lapisan daun pisang yang luarnya & baru potong lemang
Isi lemang akan padat & daun pisang juga akan cantik melekat membalut lemang yang dipotong
No comments:
Post a Comment