Bulan Jun 6kali
Bulan Julai ni x tahu la berapa kali lagi
Hari ni gerak lagi awal dari selalu
Sebabnya gi ngan kakak
Mak aku cakap dah segan nak excuse sebab baru jer amik cuti balik tengok nenek
Kakak offer nak temankan aku
Sebab tu kena gerak awal
Kereta ada satu jer
Hantar mak aku dulu gi kerja dulu
Pastu baru gerak gi HUKM berdua ngan kakak
Pukul 7.45 dah sampai HUKM
Kakak ajak tunggu jer dulu dalam kereta
Nnti pukul 8 baru naik lobby sebab appointment pukul 9.00 pagi
Tapi aku xnak, aku ajak kakak terus naik sebab banyak SOP nak kena lalu kat main enterance tu
Kakak mesti tak tahu tu sebab x pernah datang.
Sebelum ni aku datang ngan mak aku jer
Cam biasa. la..
Kalau appointment ni aku akan jadi 1st patient sebab datang awal.
Actually kat Unit Aftalmologi dah penuh ngan patient walaupun baru pukul 8.00 pagi
Penuh kat ruang menunggu sampai kena berdiri
Kakak pun kena tunggu kat 2nd lobby
Tapi mostly dorang akan dipanggil ke bilik 2 hingga bilik 9.
Paling ramai nombor dipanggil ke Bilik 9
Aku tak tahu Bilik 9 tu ada apa
Sebab 7x datang semua urusan aku di Bilik 1 yang ditulis Bilik Kecemasan Mata...
Pernah sekali masuk Bilik 5 masa doctor call suruh datang kali ke-2 hari tu
Muka barai keluar dari Bilik Surgery
Mata kanan yang sakit
Tapi mata kiri pun kena ikut x boleh buka luas.
Kalau mata kiri buka luas nanti mata kanan juga akan ikut & kalau dah ikut terbuka luas memang sakit la sebab doc baru jer toreh
Hari ni bettuah kerana bertembung ngam Dr Anis.
Masa nampak aku tetiba Dr Anis datang tanya pasal mata aku
(Dr Anis ni la aku jumpa masa 2nd time datang sebab HUKM call tu
Dr Anis kata sepatutnya mata aku dah baik sebab sudah terlalu lama.
Terus Dr Anis replace patient dia dengam doc lain & bawa aku masuk Bilik Surgery.
Aku sangat bersyukur dapat Dr Anis
Cos doc sebelum ni Indian & Chinese tapi ada juga sorang lagi Malay doc & mostly nurse dia Malay.
Cuma aku lebih suka Dr Anis sebab setiap kali nak check mata aku & nak buat apa-apa Dr Anis akan mulakan dengan
Bismillahirrohmanirrohim..
Rasa confident & tenang sebab Dr Anis akanulakan dengan bismillah & semua tutur katanya lembut dan sopan
Dr Anis cakap aku ada 2 pilihan
1. Doc akan toreh atas kelopak mata untuk buang nanah.
Pro = Nanah akan senang nak buang smp habis
Kon = Akan ada parut kekal
2. Doc akan toreh sikit dekat tempat bulu mata untuk picit nanah tu keluar
Pro = tak nampak parut
Kon = akan sakit 2 kali @ lebih sebab sekali kena buat banyak kali
Setelah berfikir, aku pilih no 2..
Tapi aku cakap nak keluar dulu jumpa kakak kat lobby & nak call mak aku dulu.
Doc benarkan semantara doc siapkan yellow form & kena tandatangan.
Kena gi cop untuk excuse bayaran
Sib baik bawa GL mak aku
Dah whatsApp mak aku & dag bagitahu kakak, aku masuk semula Bilik Surgery
Bermulalah.....
Kena buka tudung semua
Baring atas katil
Kena selimut
Tutup dengan kain kat mata
Hanya ada lubang kat bahagian mata kanan yang sakit ni
Bila doc mula sapu ubat kat mata aku dah berdebar macam 1/2 nyawa
Doc cakap memang akan sakit tapi kena tahan sebab kena juga buang sebahagian nanah tu supaya bengkak mengecut
Lepas bengkak mengecut nanti baru boleh kelepet kelopak mata & baru buat surgery lagi sekali untuk buang semua nanah tu
Kata Dr Anis selagi x toreh sikit kat bahagian hujung kelopak mata tu selagi tu bengkak xkan surut walaupun berlori makan ubat
Mmmm...aku percaya
Pedih & ngilu masa doc toreh tu sampai merengkot kaki aku
Nurse siap tekan kaki aku x kasi merengkot.
Sib baik sebelum gi hospital aku dah siap-siap potong kuku kaki.
Kalau x malu jer kalau kuku panjang sebab lupa nak pakai stoking
Lepas dah siap
Dr Anis pesan
Jangan pergi mana-mana
Kena terus balik rumah & rehat sebab nanti akan ada rasa loya & dalam pukul 4 kena buka penutup mata tu
Lama kena tunggu kat Farmacy atas tu nak. Amik ubat.
Patient memang ramai
Kena makan ubat lagi
Hahhaa dah 3 bulan makan ubat dah macam makan kacang
Kalau ubat-ubat ni mampu mencantikkan aku
Kiranya 3 bulan makan ubat setiap hari ni dah cantik macam Laudya Cynthia Bella tau
(Actually masa tulis ni terbaca online yang Laudya & Engku Emran dah bercerai)
Sedis tau, sebab aku suka Laudya 😭
Pastu kena lak gi Farmacy kat main lobby di bawah
Amik nombor lagi..
Kena beli sebab kena beli lagi 1 ubat sebab xde stok kat farmacy atas
Ubat ni la kena beli kat farmacy bawah
Sib baik bawa GL mak aku.
So, semua kos rawatan & ubat xyah bayar
Kalau xde GL kena bayar dekat 100 jugak la sebab register rm20..
(1st datang HUKM x bw GL kena bayar rm20 untuk setiap kali register)
Tengok kat yellow form masa gi cop nak excuse bayaran tu rm45
Ubat kat farmacy atas x ingat berapa kena bayar.
Kat Farmacy bawah rm20.
Total dalm rm100 jugak la
Ini 1 kali datang..
Kalau dah 7x macam aku ni
+ parking
+ petrol
Haaaa.... Tak mo lah aku kira
So... Betul la kata mak aku
Sila JANGAN SAKIT kalau xde duit.
Haahaa.. mana ada orang yang nak sakit kan..
Apapun syukur x kerana الله sentiasa menurunkan rezeki untuk kita semua
Patutnya plan asal lepas balik HUKM nak gi Bank Islam kat Permaisuri ngan kakak
Nak buka acc SSPN untuk PTPTN nanti
Pastu nak gi buka acc Maybank untuk persediaan sambung belajar bulan Ogos ni
Tapi semua terpaksa postpon sebab mata dah bertutup sebelah & doc dah pesan suruh terus balik takut muntah nanti
Kang muntah dalam bank malu seumit hidup wei..!!!
Tapi pastu gi minum ngan kakak sebab lapar
update status.. Ramai la reply tanya pasal mata aku
Masa gi minum kat BRJ.. bff aku Daniel whatsApp..
Bila dia tahu aku kat BRJ, Daniel datang
Panjang la citer ngan Daniel
Biasa la Daniel kalau jumpa aku semua dia nk ngadu kat aku
Pasal GF dia merajuk lah
Pasal GF dia dapat offer UiTM la
Nak beli hadiah untuk GF dia pun nak tanya aku..!
Tapi aku soh dia hold dulu sebab kitorang plan nanti nk lepas mata aku baik nak keluar makan & nk story panjang-panjang
Daniel bayarkan minuman aku ngan kakak
Daniel terus gi kerja & aku ngan kakak gi tunggu mak aku habis kerja.
Sebab nak balik alang-alang
Bukan dekat
Pukul 6 petang baru buka tutup mata
See... barai giler mata & muka aku
Putih tu bukan tahi mata
Tapi nanah dia tau
Tempat surgery tu
Kapas tutup mata tu
Darah + nanah
Doc cakap bulu mata aku panjang sangat sebab tu senang perangkap habuk
Tengok la now melekat lekat
Tapi aku bersyukur ada bulu mata.
Sebab tu masa ada doc tanya sama ada aku pernah pakai contact lens atau fake eyelashes.. aku cakap memang aku tak pernah pakai sebab bulu mata aku dah lebih dari cukup
Doc pun tergelak sama.. 🤣🤣🤣
Pastu amai-ramai doc ajak membawang pasal remaja sekarang yang nka cantik sampai sanggup sanggup ambil risiko pakai braces, fake eyelashes & contact lens yang beli by online yang xde jaminan keselamatan.
Tapi itu bhkan aku la sebab aku bukan jenuh sangat duit nak beli semua tu..
Banyak lagi kegunaan lain yang aku kena fikir sebelum belanja
Panjang la borak-borak ngan doc & nurse sambil doc check mata aku
Doc & nurse dah macam kawan aku dah sebab kerap sangat appointment😁
Kadang ada jer patient lain menjeling tengok aku borak dengan doc & nurse
Doc cakap pemikiran aku lebih baik dari sesetengah remaja lain
(aku tahu dorang sajer nk amik hati aku jer tu.. 🤭🤭)
Actually mata aku ni baru buang sikit jer nanahnya..
Dr Anis cakap lepas buka penutup mata kena sentiasa bersihkan & lepas masukkan cream dalam mata kena tidur d rehat sebab nanti rasa loya..
Ok.. Cuci mata
Makan ubat...
Next appointment lagi 3 hari
Isnin ni..
Kalau bengkak susut baru buat surgeri lagi sekali..
Siannya. Sama2 kita berdoa semoga mata cella cepat sembuh n dimudahkan segala urusan...Insha Allah....Aamiin...Aamiin
ReplyDeleteامين....
DeleteTerima kasih atas doa...
Semoga beransur sembuh cella. Akk setuju dgn doc..pemikiran cella lebih baik n matang.
ReplyDeleteKehidupan cella mematangkn cella
TQ sis Zawiah...
Delete🙈🙈🙈..
Sentiada doakan kiter tau
Mereka bukan cakap ambil hati tapi memang kenyataan, Cella berfikiran matang. Aunty doakan mata tu cepat baik. Teringat masa aunty remaja dulu, selalu sakit mata tapi tak smpi surgery
ReplyDeleteTQ aunty SKDTJ..
DeleteAgaknya sebab tu kot masa sekolah kawan2 selalu cakap kiter ni macam mak-mak🤣🤣
Suka bagi nasihat kat dorang(macam la diri baik sangat🤭)
Ops ada gang sakit mata😅
Esok appointment lagi..
Doakan yg terbaik untuk kiter tau