Sunday, 12 July 2020

BUAT KETUPAT PALAS VERSI KELANTAN, KEDAH & JANTUNG (PKPP-COVID 19)

Malam tadi mak aku buat Ketupat Palas
Bukan sebab nak raya
Tapi kata mak aku sebab dah ada daun palas
Balik kampung 2 minggu lepas mak aku amik daun palas kat kampung
Nenek la suruh bawa balik daun palas tu
Kalau ikutkan nenek nak buat ketupat
Kata nenek sebab raya hari tu tak dapat raya sama-sama
Tapi nenek kan accident tu
Takkan nak buat ketupat plak
So, nenek soh bawa balik daun palas
Buat ketupat kat KL
(macam la masa raya hari tu mak aku x buat ketupat🀭🀭)


 So, pagi ni sarapan ketupat palas la
Dah sebulan lebih pantang xnak makan pulut
Masa Achik belanja durian pun sanggup x makan pulut
Tapi hari ni dah makan ketupat palas
PULUT
😁😁😁😁
Padahal esok nak appointment mata lagi mi kat HUKM

Ketupat Palas vs KARI DAGING +REBUNG
Mesti sedap makan ketupat palas ngan kari daging
Tapi aku hanya mampu tengok la
Pulut aku dah berani la nak makan
Tapi daging aku x berani la
Punca mata makin bengkak lepas raya hari tu sebab banyak makan daging la
Lagi mau makan ka
Heeeee

 So.. Pandang jer lah kari daging tu


Untuk aku.....
Ketupat palas cicah susu pekat
Mmmm... Jujurnya sedap
Tapi sebab x boleh makan daging
Makanya mestilah aku rasa kari tu lagi sedap dari susu pekat kannn


 Dalam banyak-banyak Ketupat Kelantan terselit sebiji ketupat Versi Kedah
Mak aku cakap orang Kedah cakap Ketupat Jantan
Haaaa....kata mak aku hanya ada ketupan jantan & ketupat betina
Transgander xdek la plak dalam masyarakat ketupat
hehehehe
Ketupat yang siap direbus malam tadi
Dah 1 rumah bau ketupat + kari daging dipanaskan
Macam raya plak
Seperuh mak aku rebus
Separuh lagi frozenkan

 KETUPAT PALAS
1 kg pulut susu
1 kg santan pekat
3 cawan air
1 sudu makan(1 sudu rata) garam halus
1 sudu makan gula pasir
1 helai pandan
5 pelepah pucuk palas

1. Basuh beras pulut & toskan dalam tapis
(untuk hasil lebih kenyal, rendam pulut sekurang-kurangnya 4 jam) Tetapi boleh sahaja masak tanpa rendam
2. Campur santan & 3 cawan air & masak hingga mendidih. Sebaiknya guna kuali supaya mudah nak kacau
3. Tambah pandan, garam & gula
4. Masak sambil kacau supaya tidak meruap. Masak anggaran 1/2 jam hingga nampak santan agak pekat & nampak berminyak
5. Masukkan beras pulut yang sudah ditoskan.
6. Kacau tanpa henti hingga santan semakin kering & pulut bersalut santan dan sedikit melekit
7.Terus kacau supaya tidak berkerak
8. Matikan api dan biar agak-agak 15-20 minit sebelum dibungkus. Supaya pulut d santan sebati & mudah dibungkus
9. Bungkus dengam daun palas hingga sslesai. Kerat tangkai ketupat supaya kemas
10. Masukkan ketupat yang sudah siap kedalam rice cooker. Isi air sama paras dengan ketupat. Rebus hingga leribg airnya & toskan dalam tapis apabila sudah masak


 Pulut yang sudah dibasuh & ditoskan
Mak aku cakap yang ni dah rendam beberapa jam sebelum ditoskan
Tapi kata mak aku, nenek masak ketupat x pernah rendam pun pulut. Just basuh & toskan dalam tapis.

Masak santan + garam +gula +daun pandan hingga mendidih. Perlahankan api d biar mendidih perlahan 1/2 jam supaya santan pekat & sedikit berminyak

Masukkan pulut yang ditoskan


 Pulut hampir tenggelam dalam santan yang mula pekat

Kacau tanpa henti sehingga santan kering d bersalut pada pulut. Api perlahan supaya tidak hangus dan tidak berkerak


 Bungkuskan dalam daun palas
Sebelum bungkus pucuk daun palas perlu dibuat sarung kosong dahulu supaya senang nak isi pulut
Ini kerana daun palas yang masih pucuk daunnya masih kuncup

 Mak aku cakap ni semua mak aku bungkus ketupat palas ni cara Kelantan

 Ada beza ke?

 Ada bezanya
Ketupat versi Kedah lebih panjang
Panjang macamana?

Ok ni dua versi yang mak aku buat
Yang atas versi Kedah
Yang bawah versi Kelantan

Tapi malam ni mak aku buat semua versi Lelantan kecuali beberapa biji versi Kedah
& beberapa biji versi jantung
Jap lagi citer versi jantung tu

Ni versi Kelantan saiznya comel-comel

Tangkai yang panjang kena potong supaya kemas

Ketupat palas versi jantung
Tapi ni pic oldpost
Sebab semalam mak aku buat hanya 2 biji untuk aku snap tutorial video jer


 Ni la tutorial Ketupat Palas Versi Jantung
Actually buat ni sebab ada reader yang request nak tengok tutorial ketupat palas versi jantung..
Pernah post pasal KETUPAT PALAS VERSI JANTUNG..... kat sini.. 









5 comments:

  1. Leceh juga proses membuatnya ye
    Sedapnya dimakan bersama kari kambing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn...
      Kiter selalu juga terfikir kenapa maknan tradisional banyak banyak proses & lama nak masak..
      Heeeee

      Delete
  2. wah, aunty suka ketupat palas yang direbus, barulah mantap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeee.... Aunty kena suka ketupat palas sebab sedap..
      Heee memang ketupat palas direbus kann.. Ke ada juga ker masak cara lain?

      Delete