Monday, 6 July 2020

DURIAN KAMPUNG @ HOMETOWN(PKPP-COVID 19)

Cerita minggu lepas
Sudah seminggu berlalu
Masa balik kampung ziarah nenek accident tu..
Achik & Pakcik belanjer durian
Hari Ahad is weekday @ Kedah
Tapi kerana nak penuhi hajat aku nak makan durian kampung
Petang Ahad tu lepas balik kerja Achik danPakcik gi cari durian kampung @ Kubur Panjang
Kubur Panjang tu nama salah satu pekan kecil @ Kedah..
Nak tahu naper namanya Kubur Panjang boleh refer my old post MAKAN KENDURI & MISTERI KUBUR PANJANG...kat sini


Pic by Family whatsApp..
Achik & Pakcik sedang pilih durian fresh yang dijual sepanjang jalan @ Kubur Panjang..
Mak aku ikut sekali tapi aku  x ikut coz aku nak temankan nenek kat rumah.
Mak aku cakap mak aku hanya ikut tapi yang beli, belanja & pilih durian adalah Axhik & Pakcik
Kata mak aku hanya Achik d Pakcik yang boleh bezakan penjual & pekebun durian itu sama ada Melayu Muslim @ Siam
Kalau yang perempuan boleh dibezakan,
Perempuan Melayu mostly pakai tudung
Mak aku cakap mak akupun x boleh nak bezakan kerana dari jauh rupa mereka adalah sama seperti orang Melayu.
Terutamanya yang lelaki kerana rupa dan pakaian memang serupa
Tetapi bila berbual loghat mereka berbeza
Kata mak aku xde salah pun membeli durian dari kebun masyarakat Siam
Malahan kadangkala durian mereka lebih berkualiti & sedap.. (bukan aku yang cakap, mak aku yang bagitau)
Tetapi memandangkan nenek memang  tidak akan makan jika tahu durian dari kebun  Siam kerana pada pandangan nenek,
Nenek was-was takut dalam kebun durian ada dipelihara🐷
Kata nenek, nenek juga risau takut pisau atau peralatan lain yang digunakan untuk mengangkut & membelah durian telah tersentuh 🐽@🐶.
Jika kita pasti tiada unsur-unsur itu & memang yakin untuk beli & makan buah durian itu, boleh jer & memang ramai pun orang Melayu muslim membeli dari mereka
Cuma sebab jika nenek tahu,memang nenek tidak akan menjamah,
Makanya baiklah Pakcik & Achik akan pastikan durian itu dibeli dari sumber yang nenek akan makan😅😅😅
Kalau nenek tak tahu itu lain cerita🤭🤭

Hasil belian Achik d Pakcik
Achik & Pakcik hantar kat rumah baru
Yang dalam plastik hitam tu Pakcik Cakap Durian Kubur Panjang @ Kedah
Yang dalam plastik kuning tu Durian Grik, Perak


Malam lepas maghrib, Pakcik dan Achik datang untuk kopek durian(sebenarnya bahasa yang betul "mencekah durian")
Untuk makn ramai-ramai

Mak aku dah siap masakkan pulut



Sebab nak makan durian dengan pulut & santan..
Hanya mak aku, Achik & Haikal jer pun yang makan pulut & santan tu
Aku lum berani makan pulut masa ni coz mata aku (chalazion) masih dalam rawatan
Aqil lak nenek x kasi makan pulut juga sebab baru bersunat belum sembuh
Nenek pun sama masih pantang makan pulut sebab baru accident takut luka bernanah.
So, kami bertiga yang dalam pantang memang x makan la pulut,
Just makan durian sahaja
Itupun, pakcik beberapa kali ingatkan agar aku, nenek & Aqil kena skip makan ubat sebab dah makan durian takut bahaya.
Pakcik langsung x makan pulut d durian sebab dah termakan ubat dulu
Hahahha.. Sib baik aku x termakan ubat dulu
Kalau x memang menangis aku x dapat makan durian.
Pakcik pun xnak makan pulut


Ni durian Grik, Perak..
Isinya cantik
Harganya 2x ganda dari durian Kubur Panjang


Perbezaan Durian Grik & Durjan Kubur Panjang (yang Achik & Pakcik beli la)
Maybe durian Kubur Panjang yang lain isinya lebih elok atau sebaliknya..
Tapi yang ni yang we all makan la
Berbeza rupa
Berlainan rasa

Kena jujur, yang durian Grik memang sedap & setanding harganya yang lebih mahal
Tapi durian kampung tu juga sangat sedap
Cuma rupanya fizikalnya tidak sekemas durian Grik.
Kata Pakcik... tempat durian ditanam mempengaruhi rasa durian.
Sebab tu kat walaupun namanya durian tali rasa berbeza
Mungkin faktor tanah tanih, cuaca, saliran d bentuk mukabuminya yang mempengaruhi..
Hehhehe...sebut semua tu.. tetiba tingat subject Geografi plak.
Masa PT3 aku amik subject Goe..
Part tanah tanih, bentuk muka bumi & iklim aku suka jer..
Masuk bab peta topo aku paling x suka
🤣🤣🤣🤣Ada sebabnya aku x suka
😁😁😁😁
Ok.. nanti sambung lagi

4 comments:

  1. Alhadulillah dapat makan durian dengan pulut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh...
      Seronoknya baca blog wak WO
      Banyak info tumbuhan
      👍👍👍

      Delete
  2. Nikmatnya durian pulut nyumnyum👌

    ReplyDelete
    Replies
    1. الحدالله.....
      Durian is my favourite

      Delete