Monday, 13 June 2022

MAKAN BUAH STEY

Kecur liur bila taip sambil tengok pic buah stey ni..


Pernah makan buah stey?

Ni la buah stey(pic dari oldpost).Buah stey ni dah masuk kategori buah nadir iaitu buah yang dah makin jarang ditemui.


Buah stey ni spesis buah daripada pokok liar dan pohonnya besar tinggi bagai pokok balak.Tapi kebelakangan ni sudah ada yang mengambil inisiatif menanam dan hybridkan.
Sekali pandang macam buah sentul kan...
Tapi ada sedikit perbezaan dari segi warna kulit,bentuk buah dan tekstur isi.Perbezaan tak banyak tapi ada beza.


Sekarang memang tengah musim buah sentul dan buah stey kat kampung.Tapi belum begitu matang,baru mula menguning dan masih banyak yang hijau.Kalau betul-betul matang buahnya kuning terang.


Pokok kat rumah mak di kampung(pic dari oldpost)
Balik minggu lepas,saya tak sempat nak balik kampung pun.Hanya balik rumah kat pekan tu saja sebab kesuntukan masa.
Masa nak balik KL beberapa hari lepas,mak ada ambil sekantung buah stey ni kat kampung dan auruh saya bawa balik KL.Tapi saya hanya ambil 10 biji sahaja sebab rasa macam dah penuh beg dah dalam bonet.Bila balik KL menyesal tak ambil banyak🤭


Buah stey ni banyak dimakan bahagian kulit dalamnya sahaja.Lepas kupas kulit luar tu isinya dicincang supaya mudah nak siat dan cicah colek atau kuah rojak.Cicah kicap+gula dan cili padi pun dah sedap.Kalau rajin,kupas banyak-banyak,kelarkan dan jadikan jeruk..Mmmmm boleh buat duit kalau rajin.5 biji buah dibelah dua, dijeruk dan dibotolkan biasa dijual rm10-rm12.Buah segar ni pun kalau open order,ada sahaja peminatnya..Tapi saya ni tak rajin ..🙈
 

9 comments:

  1. Replies
    1. Kite pun samaaaa..hahaaaha. padahal xpernah rasa pun.

      Delete
    2. Jarang orang pompuan tak suka asam asaman ni kan..😁

      Delete
  2. tak pernah makan...apatah lagi dengar namanya. TQ tambah info untuk saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin kat tempat lain,lain panggilannya..
      Cer gi Sentul KL tengok ada tak pokok sentul kat sana🤭

      Delete
  3. Ingatkan buah sentul tadi
    Rupanya buah lain , macam tak pernah makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seakan kan...rupa dan rasa memang mirip tapi ada sedikit perbezaan

      Delete
  4. Teringat ,masa zaman kecik- kecik dulu suka balik kampung dan baling kayu nak amik buah sentul ni...pokok dah la tinggi...susah plak tu nak dapat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...itu memang salah satu cara nak dapatkan buah selain daripada kait dengan galah..

      Delete