Monday 2 August 2021

MASAK MEE TELUR GORENG

 Selamat datang bulan Ogos.Kalau sebelum 2020,bulan Ogos ni semua premis dah meriah mula pasang Jalur Gemilang macam nak raya layaknya.Teringat masa masih tinggal kat kuaters dulu,setiap blok akan berlumba menghias blok masing-masing dengan Jalur Gemilang,Bendera Wilayah Persekutuan & logo merdeka.Sejak 2020 semua tu beransur sepi.Tahun ni tak tahu lah keadaannya.Dengarnya yang kibar bendera putih pun dah makin ramai.Semoga Allah memudahkan urusan mereka yang terkesan, melindungi diri kita,keluarga,agama Islam & tanah air kita yang tercinta daripada segala musibah & mnggantikan dengan takdir yang lebih baik.


Kalut - kalut masak pagi ni ..Masak mee telur goreng.ntuk sarapan & bekal juga.


Minggu lepas ada masak mee telur ni.Tapi tak tau pasai apa tak update & takdak snap pic.Rasa sedap sangat.Asalnya masa tu nak beli mee kering yang sesalu saya beli brand Vits tu,tapi takdak stok.Disebabkan anak bujang request nak makan mee,saya pun beli mee telur ni sebab dah takdak pilihan lain.Beli mee ni ,masa tu saya masak rencah isi ayam panggang & sayur.Buat basah-basah & makan panas-panas.Masya Allah sedapnya teringat sampai hari ni.Tapi hari ni buat ala mee goreng budus sahaja.


Mee telur cap 3 ayam.Product of Indonesia.Ada halal Indonesia.Setiap 1  bungkus ni beratnya 200 gm.Saya guna 2 bungkus untuk kami 4 beranak yang selera besar.Hihihi.Kalau jenis kantung perut suku suku separuh,masak 1 pack pun dah cukup kot..Hihihi...Selalu nampak mayarakat Indonesia masak mee ni nampak sedap sangat.Saya selalu nampak mereka masak dengan cara celur mee ni macam celur indomei tu.Pastu dorang gaul mee yang dicelur tu dengan minyak baaang putih supaya mee tak melekat.Kemudian mee ni dimakan bersama ayam yang dimasak macam ayam masak kicap tu.Kemudian masakan macam ayam masak kicap tu diletakkan atas mee bersama sikit sayur sawi.Sekali imbas macam mee kolok pun ya.Macam mee kicap pun ya juga.Nampak menarik untuk dicuba.Tapi sebab masak ni waktu pagi dalam kalut-kalut,saya hanya masak ala mee goreng sahaja.Rencah pun hanya sosej & daun bawang sahaja.Nanti lain kali nak cuba masak style orang Indonesia masak tu.Nampak sedap betul.Tambahan pula mee telur ni memang kenyal & mee nya panjang-panjang.


MEE TELUR GORENG
2 paket mee telur 
5 batang sosej- hiris
1 pokok daun bawang
2 sudu culi blend + bawang blend
2 bawang putih
1 kiub bilis
4 sudu minyak
kicap lemak manis.

1. Jerang air dalam periuk untuk celur mee.
2. Sesambil tu panaskan minyak dalam kuali & tumis bawang putih cincang.
3. Masukkan sosej hiris & goreng hingga harum.
4. Tambah cili + bawang blend & masak hingga naik minyak.Tambah kiub bilis.Garam hanya masuk jika perlu.
5. Celur mee dalam air mendidih lebih kurang 2 minit & bila nampak sudah lerai,terus cedok & masukkan dalam tumisan.
6. Gaul rata sambil renjis kicap supaya merata.
7. Masukkan daun bawang hiris & sesuaikan rasa.

Bekal..



Bekal kami dua beranak.Ajak Cella  temankan ke tempat kerja.

12 comments:

  1. Aduhai.. smlm mkn pulut serawa durian bertambah2.. hrini plan nk diet sikit.. menu mak cella hrini plk menggugat iman.. mcm nk nangis jadinya.. 😪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi...Nasib baik bukan bulan puasa.Tapi mee telur ni sedap la tekstur dia

      Delete
  2. Aduhai! Menggoda selera betul.
    Rajin Cella teman ibu ke tempat kerja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sanggup temankan tu sebab dah jemu sangat dah terkurung.Dapat ikut berkurung kat tempat kerja pun dah lain sikit dah rasa.Happy dah walaupun kat tempat kerja pun berkurung dalam bilik sahaja

      Delete
  3. nice! sangat menggoda! bak kata kak amie!

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap kejadiannya
    Selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  5. Tak nampak lagi kemeriahan orang pasang bendera sebab masih tak keluar rumah. Baru tahu namanya mi telur. Nampak menyelerakan sungguh akak masak mi ni.

    ReplyDelete
  6. Oh.. mee telur.. kami panggil mee pok atau mee lee fah sbb jenama lee fah 😂😂

    ReplyDelete