Wednesday 25 August 2021

BUBUR ASYIURA 2021

 Setiap tahun ..terutama dalam bulan Muharam..in sha Allah saya memasak bubur asyura.Bubur asyura ada banyak versi mengikut negeri & mengikut resipi warisan keluarga masing-masing.

Macam @ Kedah,biasanya bubur asyura dimasak menggunakan campuran tepung beras + santan,gula,sedikit garam.Selain itu di  + ubi-ubian,kekacang & buah-buahan yang sesuai.

Namun ada kampung yang ada resipi mereka sendiri.Masa form5 saya pernah makan bubur asyura yang dihantar oleh mak kak Shimah dari Kampung Kolam.Buburnya dimasak menggunakan beras,santan & rasa herba serai,lengkuas bagai.Tapi buburnya boleh dipotong macam nasi impit & kiub lemak berserai itu dicicah bersama gula pasir.Sampai sekarang saya masih ingat rasanya yang sedap & harum serai.Menurut mak saya kampung sebelah Kampung Kolam tu pula masak bubur asyura ni versi manis tapi ditambah serai,lengkuas,bawang & pandan.Kalau dikampung mak saya,seingat saya sejak kanak-kanak lagi setiap tahun gotong royong mengacau bubur asyura menjadi acara tahunan.Cuma tahun 2021 ni tak tahu lah kerana wabak Covid yang semakin mengganas seperti tidak memungkinkan acara yang melibatkan ramai orang berkumpul.


Rindu sangat dengan kemeriahan orang kampung mengacau bubur seperti tahun 80-an & sebelumnya.Setiap orang akan melapangkan masa pada hari yang telah dipersetujui untuk memasak bubur asyura di surau berhampiran kubur.Ada yang membawa tepung beras,kelapa,gula,ubi-ubian,buah-buahan,besen besar,kawah & segala macam peralatan.Sambil orang dewasa mengupas & mengukur kelapa serta persiapan lain,kanak-kanak akan berpesta kejar-kejar sambil sesekali berebut tombong kelapa,air kelapa hatta kerak baki isi kelapa pada tempurung kelapa yang dikukur tidak habis,Semua itu menjadi rebutan sebagai kudapan.

Bila bubur hampir masak,ketika masih cair,berebut pula kanak-kanak menadah tempurung kelapa yang dialas daun pisang sebagai pengganti mangkuk bubur.Sudunya dibuat daripada pelepah daun nanas yang diraut kemas.Sudu tu cantik macam sudu ice cream kat  Yau Yau tau...!Hihihi.

.Makan sambil bermain adalah satu keseronokan.Bila semua bubur sudah siap dicedok & diagihkan dalam talam masing-masing,nikmat berebut kerak bubur pada dasar kawah pula.Meriah dari pagi membawa ke petang.Dalam tempoh sehari dua tu,datanglah kerumah siapapun,memang bubur asyura itulah menjadi hidangan bersama kopi yang ditumbuk sendiri.

Oh,seronoknya dikala itu..



Balik semula ke tahun 2021.Inilah bubur asyura yang saya masak malam semalam sebelum tidur.


Tersidai di atas meja sebanyak 13 bekas.Chopstic tu bukan ada apa pun.Itu sebab nak tutup bubur tu yang masih panas.Tudung saji tak cukup besar.Silangkan chopstic tu sebagai syarat menutup & melindungi makanan dari dijamah syayaton...hihihihi.


Kawah tiada.Yang ada hanya cicit kawah ni sahaja yang hanya mampu menampung sekilo tepung beras & bahan-bahan lain.Berpeluh Adah tolong take over kacaukan bila sudah separuh masak..Katanya macamana la sebelum ni saya masak sorang-sorang setiap tahun.Hihihi...
Hendak seribu daya ....
Tiada siapa yang paksa pun.Saya yang suka nak buat setiap tahun walaupun tiada seorang pun anak-anak saya yang suka.Saya tak tahu kenapa mereka tiga beradik tu langsung tak suka walaupun saya masak saban tahun.Maka pastinya jiran @ kawan-kawan terpaksa jadi tukang perabis....hihihi.

Tak sempat nak snap pic semua bahan sebab awalnya mengerjakan sorang-sorang di dapur.

Gula Melaka.Selalu saya guna gula nissey Kelantan.Tapi sekarang tiada stok.Ni saya guna 1 kg gula Melaka yang selinder tu. Ketuk pecah-pecah & masak dengan air  dulu sampai cair.

Kacang hijau & kacang ketupat pun saya bantai rebus sekali harung.Kacang tanah dah masuk air fryer tapi saya terlupa nak masukkan...hihihi faktor umur...

Pisang raja.Cari pisang abu @ pisang awak  tak ada.Kalau pisang abu lagi elok sebab tak mudah hancur bila dimasak. 
Segala ubian ..Ubi kayu,keledek oren,keledek kuning,keledek purple tak snap pic la pulak.Nak tulis bahan & cara masak panjang sangat...hihihi
Resipi yang lebih baik boleh rujuk

Cara masak yang lengkap boleh rujuk BUBUR ASYURA 2019

Inilah hasil bubur asyura 2021.Asalnya memang dah malas sangat rasa sekrang ni.Tapi beberapa hari lepas Juliana & Hasuzana ada whatsApp minta sangat-sangat saya masakkan bubur asyura mereka nak beli.
Hihihi...tak pernah saya berniaga bubur asyura aih..Kata mereka sangat teringin kerana tahun lepas & tahun ini tiada lagi acara masak bubur asyura kat tempat kerja.
In sha Allah saya akan buatkan.Tak jual pun.

Benar,2018 adalah tahun terakhir gotong royong masak BUBUR ASYURA SUKATAN KAWAH ..kat sini.

Hasilnya malam semalam selepas berjaya mengalahkan rasa malas.
Dapatlah 13 bekas.Kalau isi dalam bekas bulat macam isi taufu fa tu boleh dapat dalam 20++ tapi ini sahaja bekas yang ready stok kat rumah.Bekas untuk bekal anak bujang.Hihihi


1 bekas saya tinggalkan kat rumah( yang akhirnya hanya saya sorang makan)Semalam pagi.....12 bekas,saya bawa ke tempat kerja agihkan kepada sesiapa yang saya saya jumpa,selain Juliana & Hasuzana yang memang dalam list.Jika ada kebaikan pahala dalamnya,saya sedekahkan kepada mak yang tak pernah lupa mendoakan saya & juga untuk arwah ayah saya.

Kat jiran saya tak hantar pun kali ni.Nanti lain kali kalau saya rajin,saya masak lagi.
Tak puas hatinsebab lupa masukkan kacang tanah.Hihihi

Sekian


10 comments:

  1. Saya Pon sbb pernah termakan yg tak sedap. Tapi kalu bubur lambuk Johor n ganu mmg faberet.tahniah la masih semangat mengekalkan tradisi asyura semuga sentiasa dimurahkan rezeki oleh Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiinn...
      Ya,ada yang lebih minat bubur asyura versi bubur lambuk.Bubur asyura versi utara yang lemak manis ni lebih kepada dessert @ kuih peneman kopi O..
      Kalau jenis bubur lambuk tu di kampung saya dipanggil "kanji".

      Delete
  2. Betul betul muat kuali tu. Macamana lah mengacau tu kak. Memang kena gigih dalam memasak ni. Semoga akak mendapat ganjaran pahala kebaikan berkongsi rezeki. Aaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang muat-muat kuali tu.Mula masak tepung & santan sampai dah surut.Dah nak masak baru masuk semua bahan lain yang dah rebus.Mula risau juga tak muat.Alhamdulillah tak melimpah.Punyala tamak..hihihi

      Delete
  3. Mak cella.. jom la pindah putrajaya.. dpt la kak lin merasa mcm2 menu dr mak cella.. 👉👈

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom..jom...
      L.Lin adjust la bagi saya dapat kiaters kerajaan...Hihihihi

      Delete
  4. Tahun ni PH tak buat bubur asyura. Tahun2 sudah buat sebab arwah mak request.

    Kat tempat sy pun dulu2 masak bubur asyura style cicah dgn gula tu. Favorite arwah ayah. Tapi, itulah lupa nak minta resepi dgn arwah mak pula :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti risik2 la tanya resipi bubur yang cicah gula.Sedap sangat dengan haruman serai lengkuas dia macam berserat skit tu..Kalau dapat resipi share tau...😍

      Delete