Sunday 22 August 2021

LAKSA KUAH SARDIN TIN

 

Laksa Kuah Sardin Tin.


Masak semalam sebab dah lama nak makan laksa tapi malas nak masak.Nak siang ikan..Nak rebus ikan..Nak asingkan isi dan tulang ikan bagai..


Tapi kalau dah selera nak juga makan,biasanya saya akan shortcut ..guna sardin tin...Hihihi
Bila tengok old post rupanya dah ada..

Tapi semua versi kuah lemak Kedah la.Saya tak pandai nak masak kuah jenis asam laksa tu.Kalau nak makan biasanya tunggu Achik buat @ kalau balik Kedah,Achik akan bawa makan LAKSA ARANG @ GURUN...Kat situ lagi la feel sebab kuah laksa dimasak cara tradisional menggunakan dapur arang..

Tapi laksa lemak Kedah macam yang selalu saya share boleh dinikmati oleh mereka yang alergy dengan belacan sebabemang langsung tak guna belacan & otak udang.Nak buat pun senang.


Tak perlu dah siang ikan,rebus ikan,asing tulang bagai.Just can open...lenyek isi ikan..tumis lembih kurang.Campak tu sikit ni sikit...glup..glup..glup mendidih...siap...
Express kan....Hihihi

Kalau nak buat kuah laksa ni elok pilih mackerel sebab isi ikan lebih banyak & bertekstur ikan..


LAKSA KUAH LEMAK SARDIN

1 bungkus laksa kering( saya guna laksa siam yang lebih halus)
1 tin sardin macerel(tin sederhana)
1 paket kecil rwmpah kari ikan
1/2 kotak santan kara
4 cawan air
3  asam keping
1 bunga kantan/1 pokok daun kesum
1 sudu teh garam
½ bawang besar -blend
3 sudu minyak

Bahan Ulam
2biji telur rebus
1/4 batang timun - hiris
1/4 bawang besar - hiris
1 pokok daun selom - hiris
1 limau nipis
Cili padi potong - jika nak pedas

**Rebus laksa & basuh bersiah ,& toskan.

Buat Kuah:
1. Panaskan minyak & tumis bawang merah hiris.

2. Masukkan rempah kari yng dibancuh dengan 1 cawan air. Masak hingga naik minyak/hingga kering

3. Masukan sardin macerel yang dilenyek bersama sosnya. Tambah 4- 5 cawan air, garam, asam keping & masak hingga mendidih.

4. Bila mendidih masukkan santan & kacau rata & masukkan bunga kantan/daun kesum

5. Sesuaikan rasa

6. Masuklan laksa ke dalam mangkuk dan siram kuah hingga banjir. Tambah ulaman

Siap kuah laksa sardin tin versi kuah lemak Kedah.

Masak beberapa jam awal untuk kuah lebih mesra sebati,pekat & sedap.

Kalau makan laksa,saya mesti nak juga makan dalam pinggan .Feel makan kat gerai dulu-dulu.Seingat saya dulu- dulu di tempat saya...kalau kat kedai makan laksa akan dihidangkan dalam pinggan.Bukan pinggan leper macam dinner plate tu tapi pinggan yang jenis  dalam yang omputih panggil soup plate tu.Mungkin untuk ilusi portion lebih banyak kot.Hanya kalau mihun sup sahaja akan dihidangkan dalam mangkuk.
Ulang-ulang lah makan sampai habis....Hihihi
Ni kalau ada sate daging ka secucuk dua campur dengan kuah sate tu dalam laksa ni ...Aduh,sedapnya ..!
Jangan pelik sebab LAKSA MAKAN DENGAN SATE memang popular disesetengah tempat @ Kedah.


***
Untuk k.Lin yang tanya laksa halus tu brand apa..
Ini saya kongsikan..
Laksa halus brand Eka





12 comments:

  1. Tengok rupa kuah, macam kuah LJ, cer makan ngan apsghetti, mesti sedap bebeno

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...Dulu pernah hantar laksa ni kat jiran di kuaters.Dia punya syok kata laksa Johor.Saya kata dak..🤭

      Delete
  2. Cantiknya warna kuah!
    Isi mackerel lebih kasar berbanding sardin. Kalau guna sardin memang hancuuusss tak nampak apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cikgu...
      Saya pernah guna sardin memang tak nampak apa...Yang timbul macam bintik2 hitam kat permukaan kuah...

      Delete
  3. Betul la.. mcm kuah laksa johor.. guna rempah & santan.. bole try nti guna mackerel instead of sardin.. ķak lin pun sejenis mak cella.. malas nk uruskan ikan segar.. 🤭
    Tp.. nak tau mak cella guna laksa kering jenama apa? Biasanya kak lin guna laksa basah je.. kdg2 sgt guna laksa kering nurey's.. 🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya guna laksa halus jenama Eka...Saya dah kongsikan pack laksa tu kat post di atas...Semoga membantu

      Delete
    2. Tak pernah nmpk brand tu kat alamanda.. myb ada kat shopee kot.. apapun, tq mak cella.. 😍

      Delete
  4. Mengancam juga kemenjadian dia tu.. yumss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi yang suka laksa lemak versi Kedah la...
      Ala-ala laksa Johor tapi light sikit berbanding kuah laksa Johor yang lebih berempah & herba..sebab hanya rempah kari ikan semata.

      Delete
  5. Macam sedap je laksa lemak kedah ni. Sekali pandang kuah dia macam kuah laksa johor pulak. Macam senang je nak buatnya tu guna sardin mackarel. Boleh cuba kalau rajin. Buat pun kena makan sorang sorang je lah. Husband bukan peminat laksa pulak. Tq share resipinya

    ReplyDelete