Tuesday, 24 August 2021

REZEKI TANGKAP PAGEVIEW

 7 Julai 2021,masa bertandang ke bungalow Alam Sari di Tanah Jauhar,depa baru lepas sarapan roti canai kari kambing.Pastu dia kata dia nak cari pengunjung bertuah .Sapa dapat tangkap pageview  ke 20 juta akan mambawa pulang RM50.Ada la sikit term & condition yang yang perlu dipatuhi.Bukan sorang,tapi dia tawarkan untuk 4 orang...RM200 keseluruhannya tu..!

Congak punya congak,rasanya 20 juta akaj dicapai dalam tempoh sebulan setengah dari tarikh tu .Tapi saya bukan pandai nak menangkap angka.Hanya Adah saja yang suka jenis-jenis macam ni.

Sejak seminggu dok usya juga sambil congak angka.Malam semalam nampak angka dah tak jauh.



Nasib baiknya sebab Adah  si mata $  tu,cuti semalam.Dalam rumah  ni hanya dia sorang sahaja yang suka Math & suka bermain dengan angka.Lepas subuh tu cakap dengan dia pageview tu dah nak dekat.

Adah kata ada syarat lain iaitu kena follow blog tu dulu..Laaaa,saya tak pernah follow sesapa pun.Cella pun tak bgtau pun.Dia tak ajar pun folow memolow ni...hihihi...Makanya

semalam baru saya tau follow just klick je pun..Hihihi.

Makanya kalau perasan,semalam baru saya start follow blog kawan-kawan..hihihi


Bab angka & duit..Uiiii,Adah sanggup tunggu depan skrin..Mencuba nasib memasang jala...Dia dah mula seronok sebab hari tu MENANG TANGKAP PAGEVIEW BLOG AMIEI'S LITTLE KITCHEN ...kat sini.20%dia punya& selebihnya buat beli pizza makan sekeluarga.Alhdulillah.



Dalam pukul 7.42 dia cakap boleh tangkap 20,000,007.Katanya mula dah dapat 19,999,999 tapi dah baca dalam syarat kalau angka tu tak dikira pemenang.Mana saya tau..Bila refresh ,angka dah melompat 7 angka dah.Tak pa la .kalau ada rezeki Alhamdulillah.Kalau bukan rezeki pun,kita tumpang seronok,meraikan kawan-kawan serta berkongsi kegembiraan di alam maya.


Alhamdulillah,memang rezeki Adah.Bila SK minta no acc saya bagi no acc Adah.Bila SK reply beserta resit ni,saya foward kepada Adah.Uish,suka dia.Kalau 1st dapat dari Cikgu Amie,20% Adah punya & selebihnya beli pizza.Kali ni saya cakap RM20 Adah punya,RM20 tuan tanah asal blog ni punya & baki tu J&T punya.Hihihi..
Sebab pagi tadi Adah pi kerja pakai baju Cella.Dia kata cantik.Cella kata dia beli kat Shopee tak sampai RM20 pun.Haaa,pasni guna la duit tu beli sorang selai.Baki tu untuk postage.Pilih la lain-lain warna.Nanti boleh tukar-tukar depa dua beradik tu.Nanti tengok baju tu akan ingat la SK...Hihihihi...
Terima kasih SK,semoga Allah limpahkan lagi rezeki yang halal lagi barokah.
Doa yang sama juga untuk semua rakan-rakan sahabat pena( sekarang dah tak guna pena kot,sahabat online) di alam maya.Seronok dapat kenal dengan kalian semua sama ada melalui komen atau juga yang hanya saling berbual dalam hati sahaja(silent reader la tu)..hihihi.

14 comments:

  1. Aslmkm dan tahniah pada yg menang dan yg memberi hadiah semuga Allah murahkan rezeki. Terimakasih jugak kerana benarkan Saya yg tak de blog ni tumpang baca dan komen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..
      Terima kasih.Aamiinn...
      Saya juga seronok bersama sahabat bloger & berinteraksi dengan rakan baru-reader di alam maya ini.

      Delete
  2. Alhamdulillah.. syukur3.. ingatlah bonda bila pakai baju tu ya anaknda 😍

    Terima kasih sahabat online cheqqqq

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤭Nanti baju sampai kita update yer...🤣

      Delete
  3. alhamdulillah, rezeki tak salah alamat!

    ReplyDelete
  4. Cekapnya tangkap pageview. Saya sendiri tak pandai tangkap di blog sendiri hihihiii. Ni kena ada ilmu tangkap-menangkap nombor ni. Tahniah! Moga terus murah rezeki, yang memberi hadiah dan yang menerima hadiah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adah ja rajin bab2 macam ni.Saya pun tak pandai..
      Terima kasih cikgu..
      Amiinn..Semoga kebaikan yang sama juga untuk cikgu

      Delete
  5. Wah.. rezki.. tahniah mak cella.. tahniah Adah.. kak lin tumpang hapy.. 🧥👚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      TQ k.Lin..
      Eh,macam kena pula warna baju tu🤭

      Delete
  6. Alhamdulillah..tahniah. Rezeki dapat menangkap nombor PV Kak SK. Dapat juga rezeki masing masing. Semoga murah rezeki kak SK suka berkongsi rezeki. Aaaminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Terima kasih Azhafizah sihati merah jambu..
      😍

      Delete
  7. Saya suka baca blog Mama Cella. Ia mengingatkan saya pada nostalgia lalu.

    ReplyDelete