Wednesday 4 August 2021

NASI GORENG SARDIN PKP

Hidup ini umpama pusingan roda.Kadang di atas,kadang di bawah.Silih berganti berputar mengikut paksi

Mandang ke atas ,memberi motivasi untuk kita berusaha menggapai angan-angan & cita-cita.

Merunduk ke bawah mengajar kita erti bersyukur.


Melangkah ke dapur,mengajar kita untuk merajinkan diri memasak isi perut...Hahaha..

tibber!


Nasi Goreng Sardin PKP.Untuk dinner sebenarnya.Makan bersama petai jeruk.Hihi hi


Nasi Goreng  antara menu popular dalam PKP sejak tahun lepas.Menu simple yang lengkap & digemari sepanjang zaman.Sesuai untuk sarapan,lunch,dinner & jamuan kecil.

Saya masak nasi goreng sardin menggunakan sardin daripada  KOTAK MAKANAN PKP yang diterima beberapa hari lepas.Dah beberapa barang daripada kotak tersebut telah saya gunakan kerana dapat rezeki tersebut kena pada masa &keperluannya.
Semalam petang guna tepungya masak jejemput bawang.Malam sebelum tu guna sardin masak nasi goreng.Cuma roti tu hari ni expired.Tersama pula tarikh luput dengan roti yang dibeli sehari sebelum terima kotak makanan tu.Tak,expired date bukan maksud tak boleh makan.Selagu elok tak bercendawan,kami makan saja.Baki disimpan dalam dalam peti sejuk.Kurma juga menjadi kudapan malam & beras tu pula sehari dua lagi akan dibuka.Kebetulan stok beras dah hujung-hujung

Nasi goreng beras yang dapat Bakul Makanan Ramdhan beberapa bulan lepas.Alhamdulillah,
walaupun  sudah berkutu beras(kami panggil kutu beras tu sebagai "bubuk")tapi masih boleh dimakan.Masak bubur juga sesuai kerana berasnya 10% hancur.Tanak nasi kena kurangkan air la.Macam nak buat nasi goreng ni pun ,memamg tanak guna sukatan air yang cukup-cukup untuk mendidih sahaja.

NASI GORENG SARDIN PKP

3 cawan beras- tanak nasi

1 tin besar sardin

1/2 bawang besar cincang

3 bawang putih cincang

2 sudu cili blend/2 sudu chilly flakes

1 sudu teh garam

1 batang carrot - potong jejari

1 pokok daun sup+ daun bawang

4 sudu minyak


1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih


2. Tambah cili blend dan masak hingga naik minyak


3.Masukkan sardin bersama sosnya dan lenyek2 kasar dengan sudip


4. Tambah garam & masukkan nasi yang sudah dilerai.Kacau balikkan hingga naik wap berasap & nasi panas merata.


**sedap makan bersama telur rebus)




8 comments:

  1. Alhamdulillah. Kotak Makanan PKP dimanfaatkan. Saya dah habiskan mee hoon. Beras pun sudah dimasak. Tepung dengan gula pasir belum dibuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...Bila orang memberi rasa kita diingati.Bila kita memberi rasa mereka dekat dihati

      Delete
  2. Sy pun dapat lagi kotak makanan PKP baru-baru ni sumbangan dari sebuah hospital swasta. Mewah isinya, tapi tulah.. bila nak dapat kotak makanan yg ada kambing dan udang ek?? Hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...ingatkan dari TMJ ka...Kalau TMJ bagi boleh request kambing..Hahaha

      Delete
  3. Syukur.. kak lin pun dpt kotak makanan.. ptg ni ngopi la kami.. 🤲

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah....rezeki sama dikongsi.Saling meberi & menerima

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. sy jugak xdpt kotak mknn.. jkkk taman x aktif kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah..mungkin rezeki mim dalam bentuk lain,kesihatan yang baik,keluarga bahagia juga rezeki.In sha Allah

      Delete