Tuesday 31 August 2021

31 OGOS 2021

 

 Pagi Cuti Hari Merdeka 2021...   
Bunga  Sakura Malaysia kurang berseri diawal pagi.Bunga ini sukakan panas terik untuk tampil mekar & gebu.
Langit masih gelap,kesan hujan rahmat sejak pukul 3 pagi.Kereta penuh parkir.Siapa saja nak keluar cuti-cuti ni.
Eh,tapi saya seawal pukul 5 tadi dah meredah hujan hantar anak bujang tu.Hujan lebat kesian pula nak biar dia naik motor.Nak bagi dia bawa kereta,takut dia balik lambat.Pukul 7 pagi saya dah 2 kali dah meronda...hihihi

Seawal 7.30 dalam gerimis pagi kami dah menyusuri tengah bandaraya.

Tak pernah lagi merasai pengalaman naik double decker ni...Teringin nak naik tapi rasanya kali terakhir naik bas henti-henti ni rasanya zaman bas Intrakota lagi kot..Hihihi..Masa tu tambang wajib kena ada syiling $1 warna gold tu dalam tabung tepi tangga bas.Sekarang bila tanya anak-anak macamana nak bayar tambang bas,depa kata guna T&G.
Oh,jakun nya saya ..!
Hihihi..
Zaman belajar dulu memang la hari-hari bersesak dalam bas mini.Kadang-kadang bas Thong Fong & Fuh Hup Paling kerap bas mini la.Dari bas mini warnak coklat tambang 40 sen..hinggalah bas mini warna pink tambang 50sen & 60 sen.Kemudian perkhidmatan bas mini ditamatkan.Walaupun masa zaman bas mini tu bersesak sumbat macam sardin,tak ada disiplin beratur,main rebut naik tapi bagusnya masa tu  jarang dengan kes gangguan seksual bagai.Bau "bawang" pun tak ada dalam bas.Cuba kalau sekarang..?

Menyusuri Depan Bangunan Dayabumi menuju ke Dataran Merdeka.Sayangnya jalan ditutup.
Kalau dulu sejak 30 Ogos dah ramai berkumpul untuk coundown detik 12 malam 31 Ogos.Sinilah port anak muda termasuk yang tak muda pun untuk melihat bunga api.
Saya pengalaman malam merdeka @ Dataran ni rasanya pernah sekali kot zaman bujang.Itupun tak sampai la tengah malam sebab takut tak ada transpot nak balik hihihi.
Zaman anak-anak sekolah pernah depa minta nak celebrate merdeka nak coundown detik 12 malam@ Dataran Merdeka dengan kawan- kawan sekolah.Owh,memang saya tak bagi la..!
Malam memang TAK BOLEH!
Saya memang kolot...
Pagi takpa..Pagi depa nak gi tengok perarakan & sambutan Merdeka kat Dataran Merdeka tu takpa.Saya akan volunteer lagi hantar depa ke stesen LRT seawal 6.30 pagi. Tapi tolong la JANGAN ajak saya.Hihihihi... !
Saya lebih suka dok rumah ngadap TV tengok perarakan sambil mengadap ubi rebus & kopi 0.
Nak balik bagitau ja,saya boleh ambil kat LRT.

Pagi 31 Ogos 2021...
Hanya kelihatan wargakota beriadah & berbasikal..
Beberapa tahun kebelakangan sebelum Covid lagi lokasi sambutan merdeka sudah beralih ke Putrajaya.
Tapi biasanya kat Dataran ni masih juga orang berkumpul sekadar mengutip sisa-sisa kenangan yang tertinggal.

Masuk pusing-pusing Jalan TAR.Tapi dah awal pagi sunyi la.Apalagi sejak Covid melanda.Dulu hiruk pikuk 24 jam.Lalu deoan Globe,Kamdar,Jakel,sekadar nak recall memori sambil bercerita kat Cella.Malas dia nak layan saya cakap.Dia layan mata ja terlelap sambil tutup kepala dengan hoodi .Suruh snap pic & video pun tah apa-apa ja dia snap..Nampak naw tak ikhlas..!
Hihihi...


Dari arah Sogo,kami cuba meninjau kot jalan belah sini buka untuk masuk Dataran tu..Bukan nak turun pun,saja nak ronda ja...


Hihihi jalan  tutup juga la...


Melintas depan Kota Raya yang pernah megah & pastinya ramai yang seusia saya pernah berdating di sini sebelum ianya "ditawan" menjadi port dating warga asing ...hihihi..
Sebelum tu sempat melewati Pudu Raya yang sudah bertukar manjadi Pudu Central,sempat juga bayangan zaman 90an & awal melenium menerpa dalam ingatan.Di situlah tempat turun naik bas untuk balik kampung masa zaman study dulu.
Sebelum naik bas,wajib menyusur Petaling Street dulu beli anggur & lychee untuk buah tangan bawa balik kat mak & adik-adik.Beli mainan untuk adik bongsu saya yang masa tu masih sekolah rendah..

Tengok Cella pun dah lentok malas nak layan saya....Terus drive balik je lah....Singgah sarapan kat BTR jap isi perut .Setahun dua sebelum Covid sempat juga beberapa kali 31 0gos kami akan meronda Putrajaya melihat sisa-sisa pentas sambutan merdeka & makan-makan kat Taman Warisan atau kat Alamanda  foodcourt  tu.
Lama dah tak ronda Putrajaya yang tenang & damai itu..


Selamat Hari Merdeka.
#Malaysia Prihatin



7 comments:

  1. Sambut merdeka dengan norma baharu

    ReplyDelete
  2. Imbau kenangan zaman muda tmpt wajib puduraya dan Jalan pekeliling. Kenangan pahit manis bila transit antar kolej n kampung. Selamat hari merdeka semuga Allah angkat virus covid 19 dari duniaNya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Puduraya & Pekeliling memang banyak meninggalkan memori untuk warga 40++🤭

      Delete
  3. Dulu2 Globe mmg femes.. tiap kali dpt gaji msti kak lin masuk Globe mencari kain ela.. tiap kali raya pun ke situ la kak lin.. sejak ada Arked Mara baru la jarang ke globe.. skrg tak tau la apa yg ada kat globe lg..
    Waktu bulan puasa, sanggup datang ofis awal pagi semata2 nak merayau ke Jln Tar dgn ofismate..
    Semua tu tinggal kenangan.. sekali sekala g KL bole pening.. berbagai macam perubahan skrg..
    MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat K.Lin laung merdeka...🇲🇾🇲🇾🇲🇾

      Saya dulu Kamdar la tempat beli baju raya & baju sekolah.Aked,Lady First.tu ja taraf saya..hihihi.Pastu Mydin kat Cahaya Suria tu.Perkataan Globe tu ada lagi😁Tapi taktau la dalam dia apa..saya oun dah berzaman tak masuk bangunan2 situ..🤭

      Delete
  4. Dpt jugak tgk area yg familiar.. tq kak share gambar.. tmpt wajib pegi kalau trn kl.. jln tar & sogo

    ReplyDelete