Tuesday 17 August 2021

ROTI OMELETTE

 Dok tengok Indian Street Food nampak salah satu makanan tepi jalan yang popular untuk sarapan & juga all time favourite...iaitu omelette bersama roti.


Buat jugaklah ...
Untuk sarapan yang mengenyangkan

Bancuh juga teh rempah.Biasa mereka rebus serbuk teh bersama rempah masalah & guna susu lembu segar.Tapi ni saya hanya ketuk buah pelaga sahaja masukkan dalam teh susu panas.


Ramai yang tak suka bau & rasa buah pelaga ni.Tapi saya suka..Ketuk-ketuk dulu supaya biji dalamnya pecah untuk keluarkan bau & rasa.Lepas habis minum teh,saya akan kunyah biji-biji buah pelaga ni..Mulut rasa segar walaupun kebanyakan orang akan bantut selera jika terkunyah buah pelaga ni kan...Hihihi


Makan & minum  pun dalam bekas aluminium ni sebab nak feel makan kat sana...hihihi



2 biji telur+

secubit garam +

secubit serbuk lada hitam +

1 sudu daun bawang cicncang +

1 sudu buah tomato cincang ( saya tak ada tomato)

Pukul kembang.


Panaskan 1 sudu teh butter/marjerin.Butter/marjerin akan melembab & melemakkan omelette.

**Kalau guna minyak omelette akan garing kering.

Tuangkan campuran telur & ketika telur masih cair permukaannya letakkan 2 keping roti & balikkan roti supaya dua-dua permukaan roti bersakut telur.

**Sebaiknya guna pan supaya telur merata & lebar senang nak letak roti.


Balikkan supaya permukaan roti mengadap ke bawah & masak .Kemudian,balikkan semula supaya roti kembali di atas & telur dibawah seperti mula-mula tadi.



Lipat tepi omelette ke atas roti  supaya kemas & roti akan berada di dalam lipatan omelette.


Patutnya masa dadarkan telur biar lebar supaya bila dilipat  nanti seluruh permukaan roti tertutup dengan telur.
Takpa,ni 1st time.Lain kali kita baiki lagi supaya kemas & menarik.Belajar dari kesilapan...hihihi


Selalu kita makan roti celup telur & goreng.Kali ni kita ubah sikit,jadi roti omelette.Patut kalau ada tomato cincang lagi lembab & berperisa.Tengok kat India tu depa makan dengan sos & mayonis.Tapi saya hanya letak sos cili.Memang mengenyangkan.Mau tak kenyang,teloq 2 biji kot🤣


10 comments:

  1. SA sellu buat macam ni...adakala bancuhan omelet tu letak sardin...bagi ada rasa isi2 ikan skit....tapi apesal SA x share erk...hahahaha.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasni share SA...
      Boleh makan berjemaah...hihihi

      Delete
  2. Replies
    1. 😅...Kena tambH bunyi hon kenderaan batu real🤣

      Delete
  3. Popular roti omelette ni kak sana. Siap guna pinggan cawan aluminium tu nak amek feel. Terbaik presentationnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi..
      Syok rupanya minum dalam cawan aluminium.Kalau minuman sejuk boleh rasa sejuk dari tangan,bibir mulut & sampailah ke tekak..hihihi

      Delete
  4. Best tengok indian street fd..semua makanan mesti ada rempah...maggie .nasik goreng 😊.kacang rebus pun di adun rempah ratus...yg teringin tu pani puri hat celop sos sampai siku tu hahahh

    ReplyDelete
    Replies
    1. 🤭🤣
      Sama la saya pun teringin pani puri... La ni nampak ada yang dah moden dia pasang paip kecik kat bekas kuah dia tu.Gamak la sikit nak rasa😁

      Delete
  5. Zaman dulu saya cukup anti dengan buah pelaga sebab kalau makan masakan kurma selalu tergigit buah ni. Rasa getir! Sekarang buah pelaga jadi kawan baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan ..harum sebenarnya buah pelaga ni...Bila kunyah mampu menyegarkan mulut.Pernah baca bahawa Cloepatra menggunakan buah pelaga untuk dimasukkan dalam mandiannya untuk mengharumkan badan.

      Delete