Tuesday 3 August 2021

SUKATAN LEMPENG CAIR GUNA TEPUNG CAP BUNGA ROS


Ada sambal,boleh la buat lempeng.Boleh buat lauk lunch.Boleh juga gu dengan lempeng buat sarapan.2 in 1


Lempeng cair kosong 
Sebelum ni saya guna sukatan 2 cawan tepung +3½ cawan air untuk jadikan lempeng cair.Tapi tu untuk tepung Faiza & cap Cempaka.Kalau guna tepung cap bunga ros tu tepung dia lain sikit.Kena kurangkan air sebab tepung cap ros kurang gelutin.Bancuh sikit air pun dia dah cair .
So,saya guna sukatan 2 cawan tepung ,airnya hanya 1¾cawan sahaja + sebiji telur.


LEMPENG CAIR GUNA TEPUNG CAP BUNGA ROS

2 cawan tepung
1¾ cawan air
1 biji telur 
2 sudu minyak
½ sudu teh garam

1. Blend semua bahan hingga creamy.
2. Biar ½ jam supaya bancuhan kembang biji tepungnya & lempeng jafi lembut kenyal.
3. Sapu kuali dengan minyak guna tisu & tuang sesenduk bancuhan.Ratakan dengan belakang senduk.Masak hingga nampak kering & tiada lagi kesan tepung mentah 
4. Angkat & lipat @ gulung supaya kemas.

**Bancuhan lempeng ini juga menarik jika ditambah hirisan daun bawang @ daun kucai.Jadilah lempeng daun bawang & bau pun harum.

Sambal bebola ayam + kentang

Lempeng,makanan mengenyangkan.

Kena gu dengan kopi 0 baru ngam

14 comments:

  1. Sedapnya lempeng cicah sambal. Nampak ada sambal petai disitu. hihi..Memang ngam dengan kopi o kaw panas.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kak ajar saya buat lempeng..sblm ni klu nak mkn hanya tau oder je kat kedai, skrg klu xde idea nak masak apa saya bukak je blog akak..setel mslh saya..hiihihiih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah,,,jika ada ilmu yang boleh diguna pakai..
      Sekadar menu2 seharian cara orang kampung + bajet...hihihi

      Delete
  3. Lempeng cicah sambal.. aduhai, meleleh air liur kak lin..
    Esok nk melempeng la.. ada kari, kena pekatkan sikit.. baru sdp!! šŸ¤­

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betoi..kalau kari ulang panas sampai pekat sedap cicah ngan lempeng

      Delete
  4. sedapp akak. suka cicah susu pekat he hee
    mknan tradisi pg2 dulu dgn mak

    ReplyDelete
  5. Terus rasa terkecur plak pepetang ni haaaa... esok pagi ar buat lempeng..

    ReplyDelete
  6. Nampak lembut lempeng tu. Sedap cecah apa pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tak boleh lawan kekemasan lempeng cikgu la....hihihi

      Delete