Wednesday, 18 August 2021

PUASA TERBAIK SELEPAS RAMADHAN

 Panjang perkongsian Ustaz Kamarul Hafiz hari ni....


PUASA TERBAIK SELEPAS RAMADAN IALAH PUASA PADA BULAN MUHARAM


☘️ SILA SEBARKAN UNTUK UMMAH ☘️


Bulan Muharam ialah bulan yang pertama di dalam kalendar Hijrah. Ia merupakan antara bulan yang suci dan dimuliakan. 


Kita amat digalakkan untuk memperbanyakkan berpuasa sunat pada bulan ini kerana sebaik-sebaik puasa selepas puasa Ramadan ialah puasa pada bulan Muharam.


Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata:


سُئِلَ أَيُّ الصَّلَاةِ أَفْضَلُ بَعْدَ الْمَكْتُوبَةِ وَأَيُّ الصِّيَامِ أَفْضَلُ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَقَالَ أَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ الصَّلَاةُ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ وَأَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ صِيَامُ شَهْرِ اللَّهِ الْمُحَرَّمِ


Maksudnya: Rasulullah SAW pernah ditanya, solat apakah yang paling utama setelah solat maktubah (wajib)? Dan puasa apakah yang paling utama setelah puasa Ramadan? maka Baginda menjawab: Sebaik-baik solat setelah solat maktubah (wajib) adalah solat pada sepertiga akhir malam, dan sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadan adalah puasa di bulan Muharam.

[HR Muslim, Hadis Sahih]


Demikian juga terdapat sebuah hadis daripada Ali r.a., Rasulullah SAW bersabda:


إِنْ كُنْتَ صَائِمًا بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ فَصُمْ الْمُحَرَّمَ فَإِنَّهُ شَهْرُ اللَّهِ فِيهِ يَوْمٌ تَابَ فِيهِ عَلَى قَوْمٍ وَيَتُوبُ فِيهِ عَلَى قَوْمٍ آخَرِينَ


Maksudnya: “Jika kamu ingin berpuasa selain bulan Ramadan, maka berpuasalah pada bulan Muharam, kerana sesungguhnya ia bulan di mana Allah telah memberi taubat kepada kaumnya Musa dan memberikan taubat kepada kaum yang lain.”

[HR Tirmizi, Hadis Hasan Gharib]


Antara puasa sunat yang boleh dilakukan pada bulan Muharam ialah:


1. PUASA SUNAT ISNIN DAN KHAMIS


Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 


تُعْرَضُ الأَعْمَالُ يَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ، فَأُحِبُّ أَنْ يُعْرَضَ عَمَلِي وَأَنَا صَائِمٌ


Maksudnya: “Amalan dibentangkan pada hari Isnin dan Khamis, maka aku kebih suka amalanku dibentangkan ketika aku sedang berpuasa.”


(HR Tirmizi, hadis hasan gharib)


Dalam sebuah hadis yang lain, Saidatina Aisyah RA berkata:


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى صَوْمَ الِاثْنَيْنِ وَالخَمِيسِ


Maksudnya: “Adapun Nabi SAW sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.” 

(HR al-Tirmizi, hadis hasan)


2. PUASA SUNAT TASU’A 


• Puasa Tasu'a berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu تِسْعَة (tis'ah) yang bermaksud sembilan. 


• Puasa sunat ini dilakukan pada setiap 9 Muharam dalam kalendar hijrah Islam.


Diriwayatkan oleh Abdullah Ibnu Abbas r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:


 لَئِنْ بَقِيتُ إِلَى قَابِلٍ لأَصُومَنَّ التَّاسِعَ


Maksudnya: “Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan nescaya aku akan berpuasa pada hari yang ke sembilan (Muharam).”

[HR Muslim, Hadis Sahih]


Lafaz Niat Puasa Sunat Tasu’a


نَوَيْتُ صَوْمَ تَاسُعَاء سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى


Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari Tasu’a pada hari esok kerana Allah Ta’ala”.


3. PUASA SUNAT ‘ASYURA 


• 'Asyura berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu  عَشَرَة ('asyarah) yang bermaksud sepuluh. 


• Hari 'Asyura adalah hari yang ke sepuluh dalam kalendar Islam iaitu pada 10 Muharam.


• Pelbagai peristiwa yang telah berlaku pada hari tersebut. Disebabkan itu, umat Islam menghormati hari 'Asyura sepertimana yang diamalkan oleh Nabi Muhammad SAW.


• Terdapat nas khusus berkenaan puasa hari ‘Asyura. Daripada Abdullah Ibnu Abbas r.a: 


قَدِمَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم الْمَدِينَةَ، فَرَأَى الْيَهُودَ تَصُومُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ، فَقَالَ ‏"‏مَا هَذَا"‏‏.‏ قَالُوا هَذَا يَوْمٌ صَالِحٌ، هَذَا يَوْمٌ نَجَّى اللَّهُ بَنِي إِسْرَائِيلَ مِنْ عَدُوِّهِمْ، فَصَامَهُ مُوسَى‏.‏ قَالَ ‏"‏فَأَنَا أَحَقُّ بِمُوسَى مِنْكُمْ"‏‏.‏ فَصَامَهُ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ


Maksudnya: “Rasulullah SAW datang ke Madinah dan kemudian Baginda melihat golongan Yahudi berpuasa pada hari 'Asyura. Lalu Baginda berkata: “Apakah ini?”. Mereka pun menjawab: “Ini adalah hari yang baik. Inilah hari Allah menyelamatkan Bani Israel daripada musuh mereka maka Musa pun berpuasa pada hari tersebut. Lalu Baginda bersabda: “Aku lebih berhak ke atas Musa berbanding kamu”. Maka Baginda pun berpuasa pada hari tersebut dan memerintahkan supaya umatnya berpuasa pada hari itu.”

[HR al-Bukhari, Hadis Sahih]


Kata Ibnu Abbas r.a. apabila ditanyakan mengenai puasa ‘Asyura, beliau berkata:


مَا رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَتَحَرَّى صِيَامَ يَوْمٍ فَضَّلَهُ عَلَى غَيْرِهِ، إِلاَّ هَذَا الْيَوْمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ 

Maksudnya: Aku tidak pernah melihat Rasulullah SAW mengejar satu hari yang fadhilatnya lebih berbanding hari-hari yang lain melainkan hari ini iaitu hari ‘Asyura.

[HR al-Bukhari, Hadis Sahih]


Daripada Abu Qatadah, seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah SAW tentang puasa ‘Asyura, maka kata Baginda SAW:


 أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ 

Maksudnya: Aku berharap ke atas Allah agar ia dapat mengampunkan dosa setahun yang berlalu.

[HR Muslim, Hadis Sahih]


Lafaz Niat Puasa Asyura


نَوَيْتُ صَوْمَ عَشُرَ سُنَّةً لِلّٰهِ تَعَالَى


Maksudnya: “Sahaja aku puasa sunat hari 'Asyura pada besok hari kerana Allah Ta’ala”.


4. PUASA SUNAT HARI PUTIH (AYYAMUL BIDH)


Berdasarkan hadis, daripada Ibnu Milhan al-Qaisi daripada ayahnya, dia berkata; 


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْمُرُنَا أَنْ نَصُومَ الْبِيضَ: ثَلاَثَ عَشْرَةَ، وَأَرْبَعَ عَشْرَةَ، وَخَمْسَ عَشْرَةَ. وَقَالَ: هُنَّ كَهَيْئَةِ الدَّهْرِ


Maksudnya: "Rasulullah ﷺ memerintahkan kami agar berpuasa pada hari putih (bidh) iaitu pada tiga belas, empat belas, dan lima belas. Beliau berkata; hari-hari tersebut umpama setahun". 


(Hadis Sahih Riwayat Abu Daud)


LAFAZ PUASA SUNAT AYYAMUL BIDH


نَوَيْتُ صَوْمَ اَيَّامَ الْبَيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى


Maksudnya: Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.


AMBIL PELUANG INI UNTUK BERPUASA SUNAT


Sahabat, mari bersama ambil peluang ini untuk melazimi puasa sunat dalam bulan Muharam.


Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan orang yang dimasukkan ke dalam syurga melalui pintu ar-Rayyan sebagaimana yang tercatat di dalam hadis berikut:


Daripada Sahal bin Sa’d R.A, bahawa Nabi SAW bersabda:


إِنَّ في الجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانِ يَدخُلُ مِنهُ الصَّائِمُونَ يَومَ القِيَامَةِ، لَا يَدْخُلُ مِنهُ أَحَدٌ غَيْرُهُم


Maksudnya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama al-Rayyan khusus untuk ahli puasa memasuki syurga melaluinya pada hari kiamat kelak. Selain mereka tidak dibenarkan masuk.”


(HR Bukhari dan Muslim)


Rujukan:

1. Al-Quran

2. Laman Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan

3. Portal Rasmi Majlis Agama Islam Selangor


Semoga bermanfaat buat semua 🤲


SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA 😊🌹

6 comments:

  1. Sgt bermanfaat info ni.. Alhamdulillah.. best ada geng puasa sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah...
      Betul seronok ada geng walaupun geng maya...hihihi

      Delete
  2. Selamat menjalani ibadah puasa sunat di bulan Muharram

    ReplyDelete
  3. Terima kasih untuk perkongsian ni kak. Marilah kita. Selamat menunaikan ibadah puasa sunat.

    ReplyDelete