Thursday 19 August 2021

NASI LEMAK SAMBAL KELEMPONG


Nasi lemak sambal kelempong.Kelempong tu paru la..hihihi

Nasi Lemak Kopi O...
Untuk iftar semalam.
Nasi lemak panas.
Kopi O panas.
Nasib baik cukup  eksesori nasi lemak hari ni sebab ada telur rebus,kacang tanah,bilis goreng & timun.Kadang tak cukup pun makan sahaja.Licin juga..hihihi

Kebetulan semalam hujan sepanjang hari dengan sekejap-sekejap berhenti.


Sayup-sayup bangunan diselubungi kabus.Feeling-feeling macam kat Genting Higland sekejap...hihihi

Tengok video yang Achik share,ngeri temgok fenomena kepala air kat Titi Hayun,Yan...dah macam banjir besar yang selalu kita tengok berlaku di luar negara.Air lumpur deras menghanyutkan apa sahaja termasuk kenderaan.Semakin banyak bencana alam sekarang ni.Salam takziah.Semoga Allah mudahkan urusan mereka yang terlibat  &  lindungi kita semua dari segala malapetaka.


Dah lama nak masak nasi lemak sambal paru..Last masak sambal bulan lepas.


Sejak lepas Raya Puasa hari tu,hampir setiap hari ada gerai jual daging segar tepi kuatars tu.Kadang nampak kepala lembu warna perang,hitam,putih & coklat tertogok atas kaunter daging tu.Ekor & organ dalaman pun ada.

Kebetulan masa lalu nampak ada paru.Datang lah keinginan nak makan paru.Sekilo RM38.

Dah dua tiga hari dah rebus & frozenkan bersama air rebusannya

Memang plan nak masak rendang paru yang basah & ala rendang.Maka,lepas hiris,gaul garam kunyit,saya goreng sekejap sahaja sebab taknak bagi garing.Hari tu dah buat sambal paru garing.Kali ni nak paru yang ada kenyal-kenyal gitu...


SAMBAL PARU VERSI TAK GARING
1kg paru- 
1 cawan cili blend
½ cawan bawang besar + bawang putih blend
1 batang serai
1 asam keping
minyak,garam & gula

1. Paru dibersihkan & rebus empuk.

2. Hiris sederhana nipis & gaul garam kunyit.Goreng sekejap agak-agak berubah warna jadi gelap.Ketepikan

3. Dalam minyak sama,tumis  serai & bawang blend.

4. Bila harum,masukkan cili blend,asam keping & masak hingga naik minyak.

5. Masukkan paru,garam,gula & gaul masak hingga naik minyak sekali lagi.Sesuaikan rasa.


Lupa pula paru tu dah gaul garam kunyit.Pi tambah garam lagi.So,sambal agak masin la pulak...

Macam nak kena beli lagi la paru.Dalam peti ais ada hati lembu dalam ½kg.Macam teringin nak buat rendang nasib pula.Tapi tu la,dalam rumah ni hanya kita sorang makan hati lembu.Kalau rendang + paru sahaja,rasanya jalan sahaja..


11 comments:

  1. Harga lembu segar dari ekor ke kepala memang harga kayangan!
    Sedap sangat tu ratah sambal kelempong.
    Buat sajalah rendang nasib tu Mama Cella. Kalau orang dalam rumah tak makan, bawalah ke luar rumah. Kita makan berdua hihhhiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul,harga daging segar kemain mahal berbanding dulu.Kat sini RM40 sekilo.

      Hahaha...kalau saya jadi buat, mai la makan...hihihi

      Delete
  2. Kita suka versi tak garing, yg chewy2 tapi lembut nak kunyah.. tapi tu laaa jarang masak, rasanya pernah dua kali jer masak paru sendiri 🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..
      Yang chewy2 tu sedap kan...
      Kalau kat kampung saya biasanya direbus ,hiris cicah air asam tomato kerisik macam nasi daging tu.Sedap sungguh

      Delete
  3. Sedapnya sambal paru....nak buat jugak la nasi lemak complete macam ni..sellau x complete sebab xde kacang tanah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kacang pun kena beli kacang berkulit merah macam ni juga baru feel.
      Saya pernah guna kacang tanah putih besar tak berkulit tu..tapi kurang harum & kurang feel la

      Delete
  4. Dapat paru tempatan fresh macam ni memanglah sedap

    ReplyDelete
  5. First time dengar Kelempong tu. Paru rupanya. Boleh tahan mahal jugak harga paru ye. Tak pernah beli sebab tak makan. jadi tak tahu. Nasi lemak tak ada accesories pun habis. Asalkan nasi dan sambalnya sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang- orang lama belah Kedah depa panggil kelempong.Yang lapis muda ni ja baru panggil paru

      Delete
  6. Dulu masa kerja kat Jln Raja Chulan, ada makcik yg jual ns lemak sambal paru.. sdp yg amat.. bole kata hampir tiap hari kak lin beli utk bfst.. sambal parunya perfect utk selera kak lin.. 🤩

    ReplyDelete