Tuesday, 3 August 2021

SAMBAL BEBOLA AYAM + KENTANG


Sambal Bebola Ayam + Kentang


Lauk kesukaan anak-anak muda.Anak-anak tua,boleh sahaja makan tapi jika diberi pilihan,lebih memilih ikan masin.

Masak sambal nak kasi garing memang tak boleh berkira sangat dengan minyak..Hihihi

SAMBAL BEBOLA AYAM + KENTANG
1/2 paket (30 biji) bebola ayam Ramly
2 biji kentang-potong wedges & goreng garing
1 sudu  teh garam
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu teh gula perang
1 cawan cili blend + bawang blend.
1 batang serai - ketuk
1 bawang besar
1/2 cawan minyak

1. Panaskan minyak & goreng kentang.Masukkan  pula bebola & goreng  hingga nampak berubah warna.Tambah serai ketuk.
2. Terus masukkan bawang & cili blend.
3.Masukkan garam, gula dan masak hingga naik minyak.
4. Tambah bawang besar & cili padi. Sesuaikan rasa. 


Sayur kangkung goreng Sebab sambal dah pedas,kangkung hanya goreng kicap rencah ikan bilis.Nak makan nanti boleh goreng telur dadar.Saya akan goreng ikan bilis @ ikan masin.


8 comments:

  1. Betul, kesukaan anak anak muda. Sesekali tak ada idea masak lauk ni sedap jugak. sayur kangkung rangup rangup pedas sedap.

    ReplyDelete
  2. Kak lin pun sllu msk sambal bebola dgg ramly ni bila kering idea nk msk apa.. tp tak pernah plk tambah kentang.. bole try ni.. tq bg idea mak cella.. 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya lagi suka bebola daging.Buat masak kurma pun sedap..ala kofta

      Delete
  3. Bila nak cuba buat sambal bebola ni ek, sesekali ubah selera dalam rumah ni, hehe

    ReplyDelete
  4. Sedap sambal tu siap bubuh �� lagi.������

    ReplyDelete
  5. Agak kerap jugak akak masak mdnu ni ek.. mmg fav anak2 sgt la tu

    ReplyDelete