Friday 20 August 2021

SAMBAL BELIMBING CILI PADI

Semalam petang masak Sambal Belimbing Cili Padi ni..
 

Makan nasi lajak....
Hari ni panaskan semula.Dah semalaman lagi la sedap sambal ni.Semua rasa sudah bersatu .


Dapat belimbing dari rumah Ros

Nampak dalam whatsApp status Ros...

Terus angkat tangan nak jugaaaa...
Hari Isnin gi tempat kerja big bos nak jumpa.Lepas zohor  terus kemas-kemas nak balik  call Ros tanya dia ada rumah tak ..Nak gi ambil barang yang saya order + nak ambil belimbing

Pokok belimbing di luar pagar..
Dulu selalu tanya mak kenapa mak tak tanam belimbing buluh.Mak kata boleh tanam tapi jangan tanam dalam pagar rumah.Kena tanam kat luar pagar...Kenapa?

Sampai rumah Ros,hujan pula lebat.Ros berpayung kutipkan belimbing..
Semalam masak la sambal belimbing cili padi.Sambal simple tapi sangat menggamit selera 


SAMBAL BELIMBING CILI PADI
1 mangkuk belimbing (±30 biji)
1 kiub bilis
¼ cawan minyak
garam,gula 

Bahan Blend:
1 cawan cili padi
1 bawang besar
3 bawang putih
1 cawan bilis bersih

1. Blend bawang,cili padi & ikan bilis.Blend jangan terlalu halus.

2 Panaskan minyak & tumis bahan blend.

3.Tambah kiub bilis,garam & gula sesedap rasa.Biar mendidih

4.Bila sudah pekat,perlahankan api & biar mendidih perlahan hingga naik minyak.

5. Sesuaikan rasa.

Saya dalam 30 biji belimbing


Potong tangkai & bawahnya.Belah dua & setiap belah hiris 3..Sebiji belimbing jadinya belah 6


Bahan blend.

Dah tumis bahan blend,masuk belimbing & semua bahan lain.

Biar sahaja mendidih menggelegak..Kena masak agak lama barulah segala masam dari belimbing keluar dan sebati bersama sambal.

Bila dah pekat,kecikkan api & biar mendidih perlahan supaya naik minyak .


Sedap dimakan bersama nasi putih.

Panggang ayam untuk bebudak tu..Hanya sempat masak 4 ketul.Baki lagi 3 ketul masih belum masak...

Azan maghrib berkumandang sebaik sahaja matahari tenggelam diufuk barat 
Setelah 3 hari berturut-turut menghilangkan diri.
Hari ini awan kelabu kembali menutup pancaran cahaya.Sepanjang hari mendung.


6 comments:

  1. Masa stay KL dulu ada kwn yg rajin bagi belimbing buluh ni.. kat putrajaya ni kena la beli kat pasar tani.. time pandemik ni, tak jumpa langsung belimbing.. tgk lauk mak cella, hampir menitik air liur kak lin.. 😬

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun rezeki bila Roas open offer...hihihi
      Ni dah kata Pasar tani Pasar malam dah boleh operasi...tapi nak pi tu la kan...

      Delete
  2. Kecuuurrrr!
    Makan dengan nasi panas waktu tengahari, tambah sekor ikan goreng aduh enaknya! Jangan lupa sedia segelas air panas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari ni...balik tadi terua panaskan nasi....Pulun makan petang tadi...Dah semalaman lagi la sedap...Makan tanpa berebut.hihihi

      Delete
  3. Buah belimbing buluh banyak
    tapi jarang2 buat sambal
    Tak suka masam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronoknya banyak belimbing...
      Saya dulu tak suka juga sebab masam.Bila masak sendiri dah boleh tune.Rupanya kena masak lama baru sedap & hanya sikit sahaja masamnya macam makan asam pedas..

      Delete