Sunday 1 August 2021

DURIAN 2021 SUDAH MAMPU MILIK

Hari-hari mak saya akan call.Bertuah punya anak kan...hihihi.Kalau tak petang,maknya malam lepas isyak mak akan call.Tapi bila dengar call dari mak,saya akan decline & call back la.Ok,mak pula yang bertuah...hihihi.

Sebelum ni mak akan ajak bincang topik petai.Sejak 2 minggu mak asyik ajak bahaskan topik durian.Mak akan bentangkan harga  semasa durian.Kata mak minggu ni bursa saham  durian @ Kedah  ditutup bercampur-campur.Ada yang timbang sekilo RM30,20,12,10,8 &5 ringgit.Ada yang dijual borong 1 beg plastik RM18.Ada yang kira bakul,sebakul RM 50.Beberapa hari ni kata mak harga semakin rendah,sebakul RM30.Walau tiada dusun,tapi mak kata Achik dah buat stok tempoyak berbalang dah.Durian frozen lagi.Last sekali ayat mak akan tanya..."tak beli durian ka?"


Makanya supaya ada jawapan untuk mak call,dua hari lepas,hari Jumaat pi la meronda dengan Adah cari durian.Jumpa 3 gerai.Ada yang sebakul RM50,ada yang 1 beg plastik RM30 & ada yang sekilo RM5.Dua gerai gerai yang jual borong  sebakul & beg plastik tu susah nak parking.Kami berhenti di gerai yang sekilo RM5.Nampak ada seorang sahaja pelanggan.


Balik rumah terus kopek durian sebab nak buang kulit dia cepat-cepat.Kalau kulit berlama dalam rumah bau dia mengaum 1 KL..hihihi
Yang dalam bekas atas ni habis kami 2 beranak pulun.Adah & abangnya bukan peminat durian segar.Depa hanya suka kuah durian.Untuk depa,saya masakkan 20 ulas isi durian dapat seperiuk kuah.Buat depa cicah dengan roti.Eh,kuah cicah roti ka,roti cicah kuah?

Ni untuk frozen.Stok makan bila teringin.

Ni ,masa Adah gi buang kulit durian kat rumah sampah tu,suruh dia bawa isi durian ni 6 ulas untuk bagi kat security guard.Depa dua orang,cukup la sorang 3 ulas.Sama merasa.Lagi sebekas dah saya dah hantar dulu ntuk  jiran bujang sebelah rumah ni,pun 6 ulas juga sebab depa pun berdua juga.Jiran bujang sebelah kiri yang ramai tu,tak hantar pun sebab masa lalu,rumah depa pun bau durian.Anggaplah depa dah beli & tengah makan durian juga.Hihihi

Minggu lepas anak bujang tu dah belikan beberapa biji untuk adik kesayangan dia tu.Kalau untuk adik bongsu dia,sanggup apa saja,sampai kadang Adah terpaksa ingatkan abangnya bahawa dia  juga seorang adik ..Hihihihi

Yang ni sekilo RM 6
Cantik isinya.

Minggu lepas dah makan pulut durian.Kali ni tak masak pulut dah.Just buat kuah durian & buat juga 


Stok  tempoyak baru dapat½ balang.Kena pi cari lagi durian sebelum musim berakhir.
Tak lama lagi berakhirlah musim durian.Nampak macam stok cempedak dah mula mengambil tempat.Sekarang dah mahal cempedak dari durian.Kalau durian kampung dh jatih RM5/kg...Cempedak kampung masih mantain RM12/kg & cempedak madu nampak tulis kat gerai tepi jalan tu RM18/kg...Kita tunggu harga turun dulu la nak beli cempedak..Hihihi


9 comments:

  1. Kenduri durian sakan noo... kalaulah buah tarap tu boleh dibikin tempoyak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhdulillah,
      Sudah mampu makan dengan harga berpatutan setelah lama juga durian bertahan dengan harga tinggi.Semoga ada rezeki cikgu dapat juga merasa durian musim ini

      Delete
  2. Betul.. kat putrajaya ni pun sama.. diorg ofer durian murah2.. sampai kak lin frozenkan.. 1st time dpt frozenkan.. sllu nya manjang tak cukup mkn.. 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Dah lama kan,tak rasa nikmat makan durian harga macam ni.Rasanya dekat 10 tahun juga kot kalau tak salah

      Delete
  3. Kenduri durian betul ni. ya, sekarang ni harga durian turun naik. Bila dah turun macam harga saham tu memang kene rebutlah membeli. berbaloi. Yang murah sekilo pun isinya cantik. Alhamdulillah...
    Macam macam menu boleh dibuat kalau ada durian ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul la Azhafizah..Semalam petang merayau cari lagi...Dah lain dah harganya....dah naik..Harap-harap sbelum habis musim,bertemu lah lagi harga seronok beli..Hihihi

      Delete
  4. Selamat kendurian
    Harga durian dah tak yahudi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul...Tapi wak memang dah lama jual harga marhain kan.Semoga murah lagi rezeki Wak

      Delete
  5. Sy teringat arwah mak mertua sy masa sihat dulu, memang suka ikut perkembangan, bila kami balik macam2 dok tanya 🤣

    ReplyDelete