My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Tuesday, 3 August 2021

DAPAT KOTAK MAKANAN PKP..ALHAMDULILLAH

Jumaat malam,Cella cakap nak bayar yuran sebab result dah keluar..Sambil telan air liur,maklumlah dekat ½ bulan gaji maknya.Cakap kat dia nanti pagi la sebab saya memang tak ada online banking.Kena ke ATM..In sha Allah ada duitnya.Setiap bulan memang kena asingkan untuk perbelanjaan pelajaran,bil & komitmen lain.Selebihnya baru boleh fikir untuk makan.Sebab tu tak kira zaman PKP @ tak memang saya akan masak & sangat jarang makan kat luar.Sejujurnya kalau dicongak,memang ngeri antara pendapatan & perbelanjaan wajib.Tapi saya sangat yakin dengan rezeki Allah.Saya tak  akan berani mencongak sebab dah tahu pendapatan tak seiring perbelanjaan keperluan.Kena  berjimat & belanja ikut keperluan...Ukur baju di dan sendiri.Kena sedar diri la ayat mudahnya...hihihi

Alhamdulillah..Allah cukupkan walaupun rezeki kita tak sama.

Malamnya  dapat whatsApp dari Persatuan Penduduk & Surau perumahan.Makluman sumbangan kotak  makanan PKP 3.0 daripada Aminah Foundation , Surau At-Taqwa & Persatuan Penduduk.

Sila hadir pukul 10.00 pagi.


Alhamdulillah....
Banyaknya isi bakul makanan kali ini.Penerima pun ramai & dibuat serahan berperingkat @ surau.


Unboxing kotak makanan PKP
Biasa setiap makanan diberi serba satu.Tapi kali ini kebanyakan serba dua.


Sukanya....dapat 1 bekas berisi kurma &terus menjamah kurma yang sedap ini.

Alhamdulillah...






8 comments:

  1. Allah da tulis rzki mak cella.. syukur.. 🤲
    Kak lin tunggu mak cella olah menu dr kotak makanan ni.. 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.....Hahaha dah masak tepung & sardin

      Delete
  2. Alhamdullillah. Rezeki Allah.
    Kurma tu macam jenis kurma Medjool. Sedap tu.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..
    Semoga Allah permudahkan segala urusan..

    ReplyDelete