Monday, 23 December 2024

HOMEMADE MEE HIRIS

 Kerajinan dan kemalasan sering datang  bertukar ganti.

Kalau malas memang tiada ubatnya..Tapi kadang datang rajinnya mud memasak ...risau la pulak....asyik nak masak dan kalau dah masak pastilan endingnya makan...hihihi



Ni masa mud rajin datang...Saya sempat masal Mee Hiris Sup..


Punca masan mee hiris ni sebab bulan Oktober tu ada sekali anak jantan tu belanja makan masakan cina 

Makan mee hiris kat MEE HIRIS CHINA MUSLIM @  Mitsui,KLIA.Ada pilihan mee tarik dan mee hiris serta beberapa pilihan lain.Masa ti saya makan mee hiris..Sebab bukan saya yang bayar,jadi saya tak amik pot sangat.Tapi bila tengok semula buku menu tu..eh,boleh tahan harha dan dari segi rasa...saya rasa macam saya pun boleh masak la...hihihi



Tu yang saya cuba try test....buat sendiri...Hasilnya memang sedap kerana meenya fresh.Makan mee fresh homemade memang lain kesedapannya walaupun simple sahaja.Agaknya sebab tu chinese food sedap dan agak pricely walaupun makanan simple.unglin  kerana kesegaran bahannya..Cuma nak makan selalu selalu tu kita kena ukur poket sendiri la kan....hihihi..

Kalau tetiba datang angin rajin...jom lah kita cuba masak sendiri ..

Saya juga pernah sahaja beberapa kali membeli sup daging dan sup campur di kedai makan dan pasar malam..Kalau banyak,baki sup saya frozenkan...Bila rajin saya buat mee hiris ni dan masukkan dalam sup readymade tu..hihihi

 Videonya ada saya upload di youtube  channel 

Seroja Putih

👇👇👇👇👇

https://youtube.com/shorts/0asdcHEFEw4?si=AtFFByt7qHwT5PFZ




No comments:

Post a Comment