Hari Jumaat ..
Saya ada buat kerabu kacang panjang +mangga muda.
Puncanya masa meronda belakang bangunan tpat kerja nampak banyaknya buah mangga.Ada beberapa pohon mangga sedang berbhah lebat..
Patutlah beberapa hari sebelum tu tengok cleaner kait sampai seguni mangga.Tapi masa tu saya tak berminat nak amik barang sebiji.Saya bukan penggemar asam asaman...
Tapi masa ronda tu tangan ni gatal capai sebiji mangga muda yang bergayut dihujung ranting.Nak mencolek saya bukan peminat asam dan colek.Nak peram bagi masak,tak sesuai sebab buah masih muda...
Tetiba teringat nak buat merabu dengan ikan bilis goreng.Tapi masa balik kerja singga Bero nampak kacang panjang.Teringin pulak nak makan kerabu kacang panjang.Bi seikat kacang panjang.
Kat rumah ada stok ikan tuna.Hari minggu ada beli sekor tuna berat lebih 2kg...Selang beberapa hari sekali saya akan rebus 2 keping tuna danBUAT TUNA SPREAD..macam kat sini.Sekarang ni sejak dah dapat tune buat homemade tuna spread memang stok sentiasa ada kat rumah..Buat sapu pada roti.,.isian wrap dan juga ratah ratah ulam cicah tuna spread tu..sedap sangat...
Ni pun buat kerabu kacang panjang saya masukkan tuna juga...Kalau yang nak cuba boleh tengok resepi:
KERABU KACANG PANJANG +MANGGA MUDA
1 cekak kacang panjang fresh(pilih yang muda dan rangup)
1 biji mangga muda
1 keping ikan tuna rebus(boleh ikan lain juga)
1 labu bawang besar-hiris
5 cili padi- potong halus
2 biji tomato masak-hiris
2 biji limau nipis-ambil airnya
gula,garam,perisa
1. Kacang panjang dikerat kerat pendek.
2. Mangga muda disagat kasar
3. Ikan dibuang tulang dan lenyek kasar.
4. Dalam bekas besar masukkan semua bahan dan gaul rata dan sesuaikan rasa


No comments:
Post a Comment