Jumaat saya halfday....sebab nak balik kampung naik bas.Nasib baik big bos luluskan bila bagitau terpaksa keluar awal sebab tiket bas 10.45 pagi @ TBS.Plan asal nak balik Jumaat malam tapi lupa pulak long weekend sempena Deepavali,maka tiket banyak sold out.Yang tinggal tiket pagi .Itupun hanya tinggal tiket bas MARA ...Balik Jumaat pagi pun jalan dah mula sesak..Minggu lepas balik dari Kedah-TBS hanya 5jam ++..Gerak pukjl 10.15 malam...pukul 3.30 pagi dah sampai TBS.Kali ni ...tiket pukul 10.45pagi..Pukul 11.00 baru bas sampai sebab long Q @ TBS...Dalam bas saya bantai lenaaaaaaa sampai bas singgah Bukit Gantang untuk makan dan toilet..
Akhirnya perjalanan gang biasa 5-6 jam manjadi 9 jam dek musim perayaan Deepavali.Sampai Pendang pukul 8 malam.Sabtu hanya masak dan makan serta wajib lah petang memancingš¤.Masa memancing tu la Achik ajak pi Padang Besar esoknya tu..
Haaaa...kan dah cakap setiap bulan wajib pi Padang Besar...Mak dah sebulan tak pi Padang Besar dia dah tak boleh duduk.Sib baik Achik memang melayan ja...Makanya Ahad tu Hari Cuti Deepavali....pukul 8.30 pagi bergeraklah kami 5 beranak ke Padang Besar naik kereta baru Achik...hehehe..Cella excited dapat drive
Bukan nak shoping apapun..Lebih kepada nak makan kat tempat biasa tu ja kerana mak suka sangat makanan kat situ...
Kami sampai dalam pujul 10.00 pagi memang kedai kedai kat bazar tu baru dok buka pintu & susun barang...Restoran Border Kitchen pilihan tu pun baru je buka & kami 1st customer....
Kali ni kami ronda arked belah kiri bersebelahan arked lama...










No comments:
Post a Comment