My photo
Hai,Assalamualaikum pengunjung blog namakucella.Blog ini diasakan anak bongsu saya bagi mengisi masa dan berkongsi pengalamannya zaman sekolah.Kemudian,diambil alih saya selepas Cella habis sekolah.So,kalau namapak posting sebelum 2020,itu adalah dari Cella.Posting selepas 2020 adalah daripada saya,emak Cella.

Friday, 20 November 2026

BAKAR AYAM DALAM TONG DRUM

Ayam Bakar Dalam Tong Drum
Tapi bukan la sebarang tong drum..
Ini tong drum yang proper la sebagai oven.



Kisah hati Rabu...ada majlis Rewaang Mahabbah di tempat kerja..
Antaranya membakar ayam..
13 ekor ayam
Diperap dengan perapan BBQ
Pucat warnanya..


Ni Bayu dah kasi make up bagi seksi dan glowing...
Rahsianya hanya pewarna kuning emas..Kena guna yang serbuk yer!
Saya tengok Bayu bancuh dengan sikit air perapan tundan sapu bagi merata pada ayam..
Terus nampak seksi dan menyelerakan!
🤭


Bayu & Bakri uruskan ayam..Bakri susun dalam tong drum ....
200° C  biar bertutup dalam tu selama 2 jam...

Tapi ni bukan la tong drum kutip tepi jalan..heee
Tong drum ni Bayu beli masa nak buat lemang musim raya hari tu...Beli kat shopee..Harga dalam RM400+-
Banyak kali juga kami buat lemang.Asal ada even kecik kecik,kami akan order buluh dan. uat lemang...
Bakar ayam dalam oven tong drum ni bagusnya jimat tenaga..Lepas dah masukkan ayam dalam tu terus boleh tinggal....Ssjam kemudian,baru datang pusingkan ayam dan tutup biar lagi 1 jam...Pastu boleh buat kerja lain.Tak perlu tunggu ..Kerja clean...


A FEW MOMENTs  LATER!!


Dua jam kemudian...!!!!


Hasil Ayam Bakar Tong...
Ayam ni digandingkan dengan coleslaw,fries dan sos pencicahnya..
Selain ayam ni ada masak beberapa menu lain juga..
* Ada nasi putih juga.
-Bubur Ayam 2 periuk besar rumah kenduri tu
(bubur untuk diagihkan kepada ramai)
- Sayur Kangkung Belacan -hasil kebin
- Pucuk paku - hasil kebun
- Chilly Oil-homemade
- Telur masin
- Somtam
-Minuman kordial

Depa request saya buatkan chilly oil..
Buat penuh tray  lauk yang sedang sedang tu..
Selain makan dengan bubur ayam...depa pakat tapaw sorang sikit chilly oil tu..
Lagi pun semua bahan masakan termasuk chilly oil tu bukan saya punya.Tu memang guna peruntukan bajet tahunan...

Terpaksa mute kan ...Riuh rendah🤭🤣
Ayam panggang dan sewaktu dengannya yang laku keras.Awal lagi dah habis..Bubur Ayam memang dorang dah masukkan dalam bekas serta edarkan...

Untuk makluman juga ...ini bukan kes curi tulang waktu kerja ,tapi ini adalah sebagaian daripada skop kerja yang ada dalam takwim  kerja kami..

No comments:

Post a Comment