Wednesday, 29 April 2020

LEPAT PISANG TEPUNG BERAS AIR TANGAN AKU - PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN - COVID 19 (DAY 42) RAMADHAN 2020

Ramadhan ke-4
Mak aku ajar buat Lepat Pisang
Aku yang mengacau asalnya
Mak aku nak masak lauk
Aku nak tolong
Mak aku soh tolong buat Lepat Pisang
Tapi mak aku guide la
Kalau suruh buat sendiri-sendir
Aku x jamin namanya Lepat Pisang
Aku takut jadi Batu Pisang🤣
Boleh la hantar dalam Masak Apa Tak Jadi Hari Ini macam PM cakap hari tu
Wujud ker group tu?
Abang kata memang wujud la
Abang kata semua post about makanan yang x jadi
Mmm.. Aku tak pernah tengok sebab aku xde FB

Lepat Pisang Tepung Beras
Ada beza ke?
Mak aku cakapnada beza
Kalau guna tepung gandum pun boleh
Tapi mak aku cakap guna tepung beras lagi sedap
Mak aku cakap, guna tepung gandum kalau terlebih tepung akan liat & keras
Tapi kalau tepung beras kuih tetap sedap walaupun jika ter ter terlebih tepung pun



Lepat Pisang ni kuih fav kakak
Kuih untuk iftar hari Isnin
Hari ke-4 puasa

LEPAT PISANG TEPUNG BERAS
2 cawan pisang lenyek
2 cawan tepung beras
1/2 cawan kelapa parut putih
2 sudu gula (jika nak lebih manis)
1 sudu teh garam
Daun pisang (15 keping saiz tapak tangan)
(layur daun pisang supaya x mudah koyak)

1. Lenyek pisang
2. Tambah kelapa, garam & gula
3. Tambah tepung beras
4. Gaul sebati
5. Bentang sekeping daun pisang
6. Isikan 1 sudu adunan & bungkus kemas
7. Kukus 15 minit hingga kuh masak
8. Boleh makan panas atau sejuk




Pisang ready to lenyek
Pisang ni ada 2 colour kan
Yang putih tu mak aku kata pisang awak namanya( pisang AWAK namanya ok.. Bukan pisang aku) 🤭
Yang kuning tu pisang emas
Mak aku cakap boleh jer guna apa-apa pisang..
Tapi kalau pisang cavendish kena tambah tepung skit sebab pisang cavendish lebih berair.

Lenyek.. Lenyek.. Lenyek
Mak aku ajar guna bontot gelas jer
Yang kuning tunpisang emas
Yang putih tu?
PISANG AWAK

Campur semua baham & gaul rata
Jangan tanya naper aku pakai pyjama🤭🤭
Lepas mandi pukul 4
Terus je pakai baju tidur
Jimattt🤣


Daun pisang
Pun jangam tanya naper warnanya camtu
Tu namanya daun pisang Perintah lawalam Pergerakan..
Kering pun masih berharga..
Mak aku cakap dulu2 tengok orang Malaysia kat oversea jer guna daun pisang frozen
Now kat Malaysia punnnn

Haaa.. Aku bungkus semua tau
Tapi mak aku ajar la dulu
1st bungkus, isinya keluar
Pecah perutnya🤭
Sebab aku x pandai lipat daun pisang tu

Tutorial cara bungkis lepat pisang by mak aku


Ni dah terror dah
Setelah 2 biji pecah perutnya
Kena hati2
Kalau gelojoh nanti daun pisang koyak


Dah siap bungkus

Lulus tak???
Mak aku cakap dah lulus


Kukus dalam rice cooker jer

Dah masakkkkkk


Ready to eat
Ops tunggu la azan dulu


Simpan dulu bawah kelambu
Hahaha.. Tudung saji la

Tunggu azan dulu tau...

2 comments:

  1. Daun Pisang dah celur atau layur atas API? Kasi lembut Dan tak.pecah.

    Anyway..daun Pisang..now tgkmkat.freezer kat kedai...tak.pela

    Can make do...


    Bersedia.untuk.no.balik.raya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daun pisang ni mak kiter cakap x layur pun sebab dah lama simpan dalam peti ais dia hampir kering & memang dah layu xyah layur

      Delete