Catatan anak & emak.Cerita pasal masakan & peristiwa.Jika ada ilmu yang baik,gunakanlah. Segala yang tidak baik biar berakhir di sini sahaja....
Monday, 2 March 2020
KANGKUNG TUMIS BELACAN
Kangkung Tumis Belacan
Sayur yang sedap tapi jarang mak aku masak..
Tapi ni hari Rabu
Mak aku beli sayur kangkung & masak tumis belacan..
Actually masa petang tu dalam pukul 5 camtu., kakak call soh aku masak nasi
Kakak kata kakak nak masak Nasi Goreng Kampung..
Hari Rabu tu kakak ikut mak aku
Start minggu depan kakak akan mula kerja tempat mak aku..
Haaaa... betullah kita hanya merancang tapi Allah sebaik-baik perancang..
Tahun lepas aku selalu risau fikirkan mak aku akan drive sengsorang
Tapi hanya 2 bulan mak aku drive sorang
Start bulan Mac ni mak aku dah ada teman..
Bukan teman lelaki la
hahahaha
Kakak la teman
Coz kakak dapat kerja kat tempat mak aku
Sementara nak tunggu konvo..
Sebelum ni kakak kerja kat erea rumah ni jer
Naik motor x sempat tukar gear 4 dah sampai...
Pasni boleh la kakak drive gi kerja ngan mak aku..
Ok.. Ok.. Citer kangkung lak
Kangkung ni asalnya kakak kata nak masak Nasi Goreng Kampung + kangkung
Sebab tu kakak soh aku masak nasi sesiap
Tapi bila mak aku ngan kakak balik
Mak aku cakap nasi yang yang aku masak tu lembik..
Kata mak aku lagi kalau nak buat nasi goreng kena guna beras basmathi dalam tong beras tu.
Laaaaa.... Mana aku tahu
Aku dah termasak nasi guna beras wangi dalam balang tu. Patut la nasinya lembik d melekit
Aku ingatkan beras tu sama jer..
Mak aku cakap x sesuai nak buat nasi goreng
Sesuai dimakan sebagai nasi putih jer dengan lauk2
Makanya kangkung yang kakak kata nak.
masak nasi goreng kampung tu
Mak aku masak Kangkung Tumis Velachan
Sathu rumah vau velachan..
Tapi rasa sayur ni
Aummmmm... Habis sepinggan sayur makan bertiga..
Mak aku.. Kakak & aku
Abang memang xla sebab vau velachan tu..
Udang sotong bagai pun abang x makan
Apa lagi velachan...
Mender yang berbau "harum" ssmua abang x makan..
Petai, jering, velachan.. durian.. Semua abang x suka
Hahahahha...rugi3..
Lagi2 petaiiii...
Auhhh... Lama dah x makan petai
KANGKUNG TUMIS BELACAN
½kg kangkung
3 sudu minyak
1 sudu teh garam
Bahan Tumbuk:
10 cili padi merah
(yang ni guna cili padi hijau, so, warna kurang cantik)
½bawang besar
3 bawang putih
1 sudu belacan
1sudu ikan bilis bersih
1. Kangkung dibersihkan & dibiarkan sebatang-sebatang. Jika terlalu panjang hanya kerat 2 bahagian sahaja.
2. Jerang air ½ kuali hingga mendidih.Celur kangkung lebih kurang 1/2 minit & terua angkat & rendam dalam air sejuk
3. Panaskan 3 sudu minyak & tumis bahan tumbuk hingga harum.
4.Tambah garam,& terus masukkan kangkung yang direndam dalam air tadi
5. Balik-balikkan sekejap & sesuaikan rasa.
6. Angkat & susun dalam pinggan
Selain Kaangkung Tumis Belacan..
Mak aku juga masak kari ikan
Pun abang x makan kannnnnn
So.. Untuk abang makan lah lauk telur dadar jerk ngan kicap
Hahhaha.
Abg cella kalu kawin yg untung bini dia la,org makan sedap dia makan telor ja kannn😁
ReplyDelete🤭Gemuks la bininyer nanti
DeleteTakpun kuwus la asyik kena makan telur sama-sama😜