Tuesday 23 April 2024

ZIARAH KUBUR,TENGOK BENDANG & LEMBU

 Catatan minggu lepas tapi baru nak publish

Petang hari raya,saya bersama Achik & Cella ke kuburan arwah ayah.Hujan ringan beberapa hari terus menghijaukan rumput yang telah kering sekian lama akibat kemarau.Padahal baru beberapa hari sebelum tu kawasan kuburan kering kontang hanya nampak tanah.


Pic kubur tahun lepas.
Kuburan kampung kami ini agak luas tetapi penghuni alam barzah ini tidaklah ramai mana..Maklumlah kampung kecik saja.Tapi kebelakangan ini ada juga penduduk kampung lain dikebumikan dikuburan kampung ini.Mungkin kuburan kampung mereka sudah penuh.Dulu masa saya kanak kanak kampung kami hanya lebih kurang 40 buah rumah sahaja kalau tak salah.Tapi dulu walaupun rumah sikit tapi semua jenis anak ramaišŸ¤­..sebab tu dulu mriah riuh rendah.Sekarang pun ada la hampir 100 buah rumah.30 tahun sudah saya bermastautin @ KL iaitu bermula zaman study hingga kini membuatkan ramai warga kampung sudah tidak say kenali terutama yang muda-muda.Bila mereka bertamu pada pagi raya...itulah peluang saya berkenal-kenalan dengan mereka.
Kampung kami ni walau kecik tapi terbahagi 2 bahagian kerana ditengah- tengahnya dipisahlan oleh sawah bendang dan paya.
Bahagian belah pintu masuk kampung lebih cantik dan meriah kerana ada padang bola,kedai,rumah ketua kampung dan kebanyakan penghuninya orang muda dan ramai kanak-kanak.Seberang sini belah rumah mak..kebanyakan warga tua dan tiada lagi kanak-kanak.


Rasanya generasi kanak-kanak yang terakhir MAYAH & THE GANG.....
Nasib baik Cella Mayah & The Gang lahir hampir sebaya Cella.Dapatlah Cella merasa zaman kanak-kanak dikampung.Harus berterima kasih kepada Mayah & The Gang kerana mebawa Cella & Haikal merasai pengalaman jadi anak kampung beraya bersama keliling kampung.
Juga memberikan pengalaman berharga yang pasti akan menjadi kenangan manis MEMANCING IKAN DIPARIT untuk Cella dan Haikal.

Kini,Mayah juga sudah bekerja di KL...seorang lagi gang mereka( tak ingat nama)  juga sudah berpindah ke KL mengikut keluarga.Manakala Syasha pula sudah berkahwin tahun lepas  dan tidak lama lagi bakal menjadi ibu.

Selepas generasi Mayah & The Gang...rasanya dah tak ada lagi kelahiran di kampung bahagian seberang sini.Yang ada kanak-kanak hanya seberang pintu masuk kampung.Cuma nasib baiklah kami menumpang tuah perkuburan dan surau baharu yang dibina berhampiran rumah mak.Maka Hari Raya lebih meriah pada pagi nya di rumah mak kerana hampir seluruh penduduk kampung datang solat sunat hari raya dan jemaah surau akan berkunjung  ke rumah mak dan sekitar seusai solat atau yang berziarah ke kubur juga akan singgah beraya.Juga kerana mak merupakan salah seorang wsrga emas kampung yang masih ada.Memang menjadi kebiasaan di mana manak kan... raya,rumah yang masih ada warga emas akan menjadi rumah yang meriah kerana akan dikunjungi.Ya Allah,panjangkanlah usia barokah emak saya..šŸ¤²


Keluar dari pagar kubur...akan melalui jalan bawah  pokok setoi besar ni.Dulu masa saya masih kanak-kanak,rumah lama kami di kampung Tok Wan..memang kami kena lalu jalan bawah pokok keriang tepi kubur.
Ada peristiwa seram bercampur lucu di jalan tepi kubur ini..
Pernah saya ceritakan dalam posting  SYAWAL KE-3: ZIARAH KUBUR & MENJEJAK MASA LALU..kat sini

Pokok Setoi ni seingat saya masa zaman saya kanak-kanak pun pokoknya dah sebesar ini.Hingga sekarang masih macam tu..Awet muda betul pokok setoi ni kan..hihihi...

Tapi tu lah...dulu kawasan ni sangat meriah dengan riuh rendah suara kanak-kanak sebaya saya.Juga kerana ia menjadi jalan utama untuk penduduk kampung berhampiran untuk ke kebun dan sawah mereka di kampung kami.Kebun dan sawah di kampung kami luas tapi kebanyakan dipunyai oleh penduduk kampung lain.Mereka asalnya penduduk kampung ni tetapi kata mak ,zaman Bintang Tiga dulu( zaman keganasan komunis) ramai yang berpindah ke penempatan baru kerana kampung kami adalah kawasan hitam yang didiami komunis.Menurut cerita warga emas Pak Lang Sarik..belakang rumah kami yang kaya dengan pokok buluh manis( rebung manis) adalah kubu komunis.
Kata mak semua penduduk kampung diarahkan berpindah ke perkampungan kampung baru yang diawasi homeguard sepanjang komunis bermaharaja lela.
Kemudian,bila komunis sudah beredar dan dirasakan selamat  barulah penduduk dibenarkan kembali ke kampung.Itupun tidak ramai yang berani kembali.Hanya Tok Wan dan beberapa family lain yang kembali ke kampung dan yang lain memilih menetap di beberapa buah perkampungan lain,namun masih mengusahankan kebun dan sawah di kampung ini.Mungkin itu antara sebab penduduk kampung kami dulu tak ramai tetapi semua mempunyi pertalian persaudaraan.Cuma semakin lama pertalian saudara semakin jauh.Dari sepupu dah berkembang menjadi dua pupu..
tiga pupu..
Dan akhirnya menjadi saudara bau bau bacang sahaja.




Menjejak kampung lama kami disebelah barat perkuburan.Ini adalah sawah kepunyaan mak.Musim kemarau,yang tinggal hanya tunggul tunggul jerami padi selepas musim menuai.Mak dah tak usahakan sawah ni,sebaliknya mak pajak kepada salah seorang penduduk kampung.

Hanya Cella yang selalu berpeluang ikut dan  menjejak dan mendengar cerita masa lalu saya dan Achik


Ada penampakan rebung...Nasib baik hari raya...malas nak berkotor kotor peluh..Kalau bukan hari raya...dah selamat dah rebung ni hihihi


Rumpun buluh bersama beberapa pucuk rebung dipinggir sawah.



Masih di kawasan kampung lama..
Dulu tengah bendang ni adalah laluan utama menghubungkan seberang sini dan seberang sana kampung kami.Nampak dua bahagian kampung kami iaitu  seberang sana dan sini   yang dipisahkan  bendang ditengahnya.Bendang tu membentuk "U" dan tempat kami sedang berdiri ni hampir hujung "U" tidak nampak  rumah orang.Kalau berdiri di keluk tengah  "U" akan nampak kampung kami yabg seberang sana. Jalannya dulu  agak luas dan rata..dan boleh dilalui kenderaan.Kini landskapnya sudah 360*  berubah..
Jalan yang dulu sibuk sudah sepi dan  hampir hilang kesan sejarahnya.Ketika saya darjah 2 jalan baru dibina di keliling kampung menggantikan jalan kecil ditengah sawah tu.Semakin lama jalan lama itu semakin hilang kesannya dek ditarah untuk meluasakan dan mendalamkan sawah bendang.
Kawasan kampung lama juga semakin berkurangan jumlah rumah.Nasib baik juga masa saya  tingkatan satu,mak mengambil keputusan berpindah  dari tanah Tokwan di kampung lama & membina rumah baharu di tanah kepunyaan mak yang terletak dibahagian timur kampung.Walaupun awalnya hanya ada 2 rumah sahaja.Tapi beberapa tahun kemudian,jumlah rumah bertambah & pembinaan surau baharu berdekatan rumah mak sejak 20 tahun yang lalu sangat memberi impak yang baik terutama bulan Ramadhan dan hari raya menjadikan rumah mak menerima tempias kemeriahannya.
Namun sejak Achik berpindah balik dari KL  ke Kedah lebih 15 tahun yang lepas,mak juga turut berpindah lagi ke pekan pula tinggal bersama Achik.Beberapa tahun kemudian saya juga dikurniakan rezeki memiliki rumah tidak jauh dari rumah Achik..membolehkan mak bertukar angin jika mahukan privacy.
Namun,setiap hari mak tetap akan balik menjenguk kampung dengan menunggang motosikal lebih kurang 40km++ untuk perjalanan pergi dan balik.Begitu juga dengan kami.Setiap kali balik Kedah,maka tidak sah tanpa pulang menjenguk kampung.Kadang kami masak nasi dan lauk & balik makan kat rumah kampung.Hari Raya pula menjadi kewajipan kami untuk beraya dan menanti tetamu  di rumah kampung hingga menjelang maghrib.Walau masak memasak dilalukam dirumah kat pekan namun,hari raya pertama wajib lah di kampung seharian


Jom ..teruskan lagi menyusuri tepi bendang ..


Lembu dan bangau...


Kerana raya kali ini jatuhnya dalam musim panas kemarau,maka pemandangan sawah padi kering merekah.Banyak lembu-lembu dilepas bebas kerana musim menuai sudah selesai.Nanti bila hujan kembali turun dan sawah akan ditanam padi,tuan lembu harus menangkap semua lembu mereka dan tambat atau kandangkan agar tidak merosakkan tanaman padi.
Dulu kami juga ada bela lembu.Kini tiadak lagi kerana bela lembu kena komit setiap hari Nak nasi makan minum bagai..Lembu terakhir peliharaan kami adalah tahun 90-an..
Lepas tu dah tak bela lembu..
Ish jari ni banyak ja nak taip apa yg terlintas difikiran kerana kalau valik kampung tu kan...setiap yang dipandang disekeliling ada kisah dan kenangannya...
Lain kali lah sambung lagi...


9 comments:

  1. SA antara generasi yang tinggal di kampung masa kecik2...zaman kecik SA sangat best...SA sorang je cucu perempuan pertama, yang lain semua lelaki...semua SA merasa, berlari2 dia bendang, mandi parit tali air, panjat pokok, main nyorok2 dalam ladang getah...pergi kebun arwah atuk atas gunung...memang nostalgia sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman kanak kanak lah zaman paling seronok kan...Rasa nak jadinkanak kanak semula..hihihi

      Delete
  2. seronoknya baca cerita akak,ikut terbayang2 masuk dalam zaman akak di kampung..saya membesar di kuarters polis tak dapat merasa seronok jadi anak kampung..geng mayah tu saya masih ingat cella bercerita dulu,masing2 dah ada kehidupan di bandar ye skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Afzan ada pengalaman yang akak tak ada...Afzan mungkin ada pwngalaman sama dengan anak anak saya yang membesar dikuaters zaman kanak-kanak ..
      Kuaters juga banyak kenangan bagi saya tapi zaman dah kawin la...hihihi

      Delete
  3. Sy anak bandar, kagum baca kisah Mak Ngah ni. Jadi, memang mak tiap hari balik kampung ke tunggang motor? Semoga mak sihat² sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amiin..Ya SK...alhamdulillah Allah kurniakan mak kesihatan yang baik dan masih mampu menunggang motosikal berulang alik ke kampung hampir setiap hari

      Delete
  4. Saya tak sabar nak balik kampung selepas pencen nanti. Tapi terbayang pula segalanya sudah tidak seperti dulu!
    Nampaknya hanya mampu mengutip kenangan sajalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengutip kenangan zaman kanak kanak di kampung memang mengasyikkan Cikgu...
      Saya juga merancang sebelum pencen nak balik negeri sendiri tapi kadang hati berbolak balik...huhuhu

      Apapun saya doakan agar Allah mudahkan urudan cikgu untuk kembali ke Bukit Hijau tercintašŸ¤²

      Delete
  5. kesian budak sekarang...nak jalan raya dengan kawan-kawan pun kita tak bagi. Risau kan dengan persekitaran

    ReplyDelete