Saturday 6 April 2024

IFTAR 24 & 25 RAMADHAN

Salam Ramadhan 1445 memasuki hari ke 26..Dah hujung hujung Ramadhannya...



Iftar 24 Ramdhan...
Buah rock melon & anggur muscut..
Iftar berdua beranak sahaja dengan anak jantan tu..
Adah & Cella berbuka kat luar dengan rakan rakan depa


Ramadhan 24 tak sempat nak masak.Balik kerja dok kemaskan peti ais  bagai..eh,rupanya dah pukul 7
Anak jantan tu cakap tak payah masak..dia nak gi beli kat Bazar Ramadhan.Nak makan dua biji mulut ja..


Anak bujang tu beli Roti John Wrap untuk dia dan Roti John biasa untuk spare kot adik- adiknya balik nanti lapar nak makan..


Anak jantan tu masih setia dengan Roti John Unan( Putrajaya) sejak sekian lama..Rotinya moist & nampak inti dalamnya bukan telur dan kobis semata tapi memang  ada ketulan daging...


Saya tak minat Roti John...
Untuk mak dia...dia belikan Daging Salai Masak Lemak Ciki Api (MLCA) ni...siap dengan sebungkus nasi..RM 13
Kata anak jantan tu...sebelum ni dia selalu beli MLCA kat situ kalau saya tak masak lunch..
Tapi sebelum puasa RM12 free nasi putih..Bulan puasa kena add on nasi + RM1...

Tapi MLCA dia sedap la..daging oun memang bau harum salai.Gerai tu memang jual  aneka jenia lauk MLCA..Ada daging salai..ayam salai itik salai...



Lepas isyak Cella bawa balik moreh..Bukan dapat dari masjid tapi dapat kat Mytown,tapi kena tukar dengan RM la🤣🤣🤣



Sementara kami bermoreh..anak jantan tu ngan Adah ke airport.Suami Adah naik flight malam dari Tawau dijangka landing 12.40 am...



Ni pulak iftar semalam ..Jumaat Ramdhan ke 25..


Cella nak makan tomyam..
Tapi saya masak tomyam jadi pucat macam orang demam...hihihj



Telur dadar untuk gu dengan tomyam..
Cella dengan abangnya pulun hirup tomyam..
Tapi saya tak minat lauk berkuah macam sup atau tomyam...




Untuk saya...
Ikan masin goreng cili padi + petai..


Minuman ...
Air Tembikai..
Hanya 3 gelas....sebab iftar bertiga beranak sahaja..
Adah berbuka rumah mertuanya...

Seminggu. ni saya bz sangat takdan nak BW....actually ads juga sempat singgah sekejap sekejap baca sekali lalu tapi rakdan nak tinggal komen...
Maaf yer kawan kawan..nanti saya singgah lama sikit & komen ye..
Ada yang dah mula bercuti dan  balik kampung ke?


5 comments:

  1. Baik yg beli atau masak sendiri semua nampak sedap. Nt lepas raya tengok harga MLCA tu RM13 ke RM12.

    ReplyDelete
  2. Tengok rock melon Mama Cella, teringat pulak honeydew dalam peti sejuk. Sat lagi nak ke dapur, nak makan honeydew.

    ReplyDelete
  3. Bulan puasa ni macam-macam harga naik. Mujur sedap MLCA tu. Agaknya sedap tu yang dia selalu beli tu kan. Puas hati makan pun walau kena tambah RM1. Tomyam pucat pun nampak sedap tu mama cella.
    Saya pulak dah lama tak singgah sini. Maaf ye Mama Cella.

    ReplyDelete