Tuesday, 26 November 2024

KUIH LENGAT PISANG

 

Kuih Lengat Pisang..

Ni antara kuih nostalgia saya.Dulu dulu bulan puasa kalau nak pelbagaikan kuih,ni lah antara yang akan mak buat.Kemudian menjadi ikutan saya setelah kerja masak memasak diserahkan kepada saya.

Panggilan "lengat" tu sebenarnya membawa maksud "kukus" dan juga "rebus".Kalau ikan rebus tu kami panggil ikan lengat.

Masa saya kanak-kanak mak takda periuk kukus tapi mak hanya ada "periuk lengat".Periuk merupakan sebuah periuk aluminium cap buaya tu tetapi lebih lebar daripada ukuran loyang kukus.

Kalau nak kukus kuih jenis kuih talam mak akan jerang air dalam periuk tu agak agak  airnya 2 ruas jari.Kemudian mak akan letakkan "lekar" dalam periuk tu.Lekar tu dibuat daripada sejumlah dawai atau sejumlah lidi yang dilentur membentuk gegelang.Gegelang tu dibalut pula dengan daun mengkuang agar tebal.Gegelang tu lah yang dijadikan tapak dalam periuk yang airnya mendidih untuk diletakkan loyang untuk melengat kuih talam dan seangkatannya...........( boleh bayang ke tak?🀣)


Kalau nak kukus/lengat lepat pula..mak guna kreativiti lain pulak sebagai altenatif dek ketiadaan periuk kukus berlubang lubang tu.

Mak akan guna 2 buah periuk.1 periuk untuk bahagian bawah yang akan diisi air.Bahagian atas tu mak guna periuk yang sama saiz atau besar sikit dari periuk bawah.Biasanya periuk lama yang dah banyak bocor dah tak praktikal dah tiap kali memasak nak tampal tampal lubang tu dengan kapur sirih🀣🀣..Maka periuk tu mak tebuk lubanga banyak banyak guna paku besar.Tapi kena tebuk dari bahagian dalam supaya bahagian tajam kesan tebuk tu  tidak mengadap atas yang kita nak letak lepat..Periuk lubang lubang ni la mak letak bahagian atas.Tu rasionalnya periuk atas kena sama besar @ besar sikit daripada periuk bawah yg berisi air.Kalau lebih kecil alamat periuk atas jatuh/tenggelam dalam periuk bawah la....Haaaaa....boleh bayang ke tu....?🀭

Tak apa lah tak boleh bayang pun sebab tu ceritera zaman kanak kanak saya...tahun 70-an & 80-an dulu.

Ni saya masak kuih lengat pisang pun saya hanya guna kuali untuk melengat/mengukus.Alas yang lubang lubang tu pun saya beli kat eco masa harganya RM2 dah dekat 10 tahun kot rasanya.

Video masak kuih lengat pisang ni ada sya share kat youtube..Boleh layan sambil mendengar suara emas Datuk Khatijah Ibrahim dengan lagunya "Ku Kerinduan" yang dirakam pada tahun 1979 ..zaman saya kanak kanak..

πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡πŸ‘‡

https://youtube.com/shorts/Y7y6ipfzfXM?si=jdpQkcZf_iC_BgJu




3 comments:

  1. Oh, orang utara panggil lengat pisang. Zaman kanak-kanak dulu pun emak kita selalu buat kuih ini untuk sarapan pagi. Sebelum tidur emak dah siap kukus. Zaman saya kecik dulu memang kami ada periuk pengukus yang berlubang-lubang tu. Tapi saya boleh bayangkan apa yang Mama Cella terangkan cara mengukus lengat pisang tu.

    ReplyDelete
  2. Tau lekar tu... Besa tengok dulu² :D
    Arwah Mak saya pulak tebuk tin susu kot buat acuan cendol. Mak² kita dulu bijak & inovatif, semua cipta sendiri 😁
    Sy tak besa makan kot lengat pisang, mak selalu buat lepat stay lempeng kalau ada pisang

    ReplyDelete