Thursday, 28 November 2024

PUCUK MENGKUDU KAMPUNG TUMIS PEDAS

 

Tumis Pedas Pucuk Mengkudu Kampung..
Semalam punya semalam lauk dinner saya.Dinner awal la tapi sebab tak menyabar nak makan sayur pucuk mengkudu ni.

Banyak pucuk mengkudunya sebab banyak tunas baru selepas dipangkas oleh Pak Man gardener.
Pokok mengkudu kampung /mengkudu hutan atau mengkudu liar.
Pokok mengkudu ni bukan ditanam tapi sedar sedar ia tumbuh dari batang  sebesar kelingkin menjadi sebasar betis orang dewasa dah sekarang ni,.Bila tengok kat old post pasal mengkudu ni,rupanya saya dok petik pucuknya sejak 2017 lagi.


Pokok mengkudu  2017



Pokok mengkudu 2022

Pokok 2024 saya takda la pula ambil gambar pegun.

Hari Selasa nampak banyak pucuk pucuk muda selepas beberapa minggu dipangkas Pak Man..Nampak takda sapa pun yang berminat nak petik selain saya.Kadang time pangkas tu Pak Man akan petik pucuknya bagi saya.Kadang Kak Misah security yang petik dan bila nampak saya nak balik K.Misah akan tunggu kat gate hulurkan pucuk mengkudu ni Kalau dulu cleaner dua orang tu rajin petik & letakkan kat atas bonet kereta.Time nak balik ,eh akan nampakla ada bungkusan pucuk mengkudu ..kadang serai,bunga kantan,mangga muda & buah kuini juga depa letak kat atas bonet tu.Alhdulillah,saya jarang menolak
( rasanya memang tak pernah pun menolak pun🤭)

Kebiasaan ,pucuk mengkudu ni saya rebus jadikan ulam..Kadang masak lemak putih & kadang masak lemak tempoyak dan juga kerabu.Tapi kali ni saya mencuba jadikan sayur tumis pedas...Wah,sedap la pulak..macam pucuk betik kayaknya...


Memasak Tumis Pedas Pucuk Mengkudu ni ada saya rakam dan muatkan kat youtube channel Seroja Putih...video pendek tu boleh ditonton:

👇👇👇👇👇


Boleh tonton sambil layan lagu *Kelentang Kelentung* nyanyian salah seorang  penyanyi 80-an iaitu Aziz Ahmad.

10 comments:

  1. Kak tumis daun mengkudu tu dgn si mata biru ke kak? Hihi

    ReplyDelete
  2. Haaa...nostalgia betul lagu Aziz Ahmad. Teringat dia berduet dengan Zaleha Hamid.

    ReplyDelete
  3. Buah mengkudu saya tahu, pahit sangat. Tp biasa untuk obat. Krn banyak manfaat. Baru tahu kalo pucuk muda nya bisa dimakan. Pahit juga kak? Tapi sayuran pahit saya sukaa sebenarnya. Macam pare atau peria, daun pepaya, memang suka dari dulu. Makan dengan sambal belacan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau suka daun papaya..harus cuba juga daun mengkudu ni FN...ada persamaan rasa

      Delete
  4. uii..nampak sedap ni...x pernah SA makan pucuk mengkudu tumis macam ni...pucuk ubi pernah la...pucuk mengkudu ni pahit x kak macam buahnya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pahit..tapi pahit yang sedap la SA...try la...hihihi

      Delete