Rezeki pagi tadi..Pagi Jumaat barokah...
Faz & Arney berkongsi rezeki belanja Nasi Lemak Ayam Berempah..Alhamdulillah...baru jer berangan nak masak nasi lemak weekend ni..Sekali,Allah dah kirimkan melalui perkongsian rezeki rakan rakan dipagi Jumaat...
Pagi tadi juga masa parkir kereta kat belakang tangki air dah nampak pucuk putat tapi belum berapa kembang daunnya...Masih kuncul.Dalam hati dah berkira-kira..esok lusa boleh petik ni..Mmm,dah ada nasi lemak,petik jugak la 3 jambak pucuk putat.
Tapi paling teruja,bila ternampak pokok Bayam Peraksi tumbuh subur dalam pasu bunga terbiar.
Pernah dengar Bayam Peraksi?
Mungkin tempat lain panggil lain nama @ mungkin juga ada yang tak tau pin pokok kecil tu sedap dijadikan ulam..Dulu- dulu zaman kanak-kanak pokok bayam peraksi ni bersepah mat batas(permatang) sawah padi..Takda sapa nak kutip makan pun..Jadi habuan lembu kerbau ja teragut sekali bersama rumput..hihihihi
Sekarang jarang jumpa dah kat kampung pun..Ni pun mungkin tumbuh sesat benihnya datang bersama tanah hitam yang dibeli untuk tanam bunga agaknya..Sebab pernah sekali tu masa DBKL sponser tanah hitam..tiba tiba tumbuh pokok bayam kemain subur..
Untuk yamg nak tengok rupa dan pokok bayam peraksi yang saya temui dalam pasu bunga terbiar tu boleh tonton dalam youtube channel saya
๐๐๐๐๐
https://youtube.com/shorts/TSLZnq9OL_k?si=nzMmG0FUOLz9bNfO
Selamat berehat semua...
No comments:
Post a Comment