Ada yang kenal bunga ini?
Bukan bunga yang biasa ditanam hiasa di laman rumah.
Sebaliknya biasa ditanam di tepi tepi jalan sebagai teduhan,hiasan,ubatan dan juga kayunya.Kayunya jenis kayu yang sangat keras dan tahan dijadikan pagar dan tidak mudah tumbang .
Kalau dulu-dulu di kampung,pokok tembusu sering dijadikan tiang dan rangka rumah kampung kerana ketahanannya..
Di bandar saya dapati pokok tembusu banyak ditanam di tepi jalan,kawasan perumahan dan taman rekreasi.Mungkin kerana pohonnya bukan jenis merendang sebaliknya kanopi pohonnya berbentuk tirus ke atas...tidak memakan banyak ruang.
Selain teduhan,pokok tembusu juga mengeluarkan bunga putih berjambak dan mempunya bau wangi yang menyegarkan terutama waktu pagi.Namun bau wanginya tidaklah selembut ros atau cempaka tetapi sedikit keras seakan bau bunga tanjung.Ada yang suka baunya ,tidak kurang juga yang tidak gemarkan bau bunga ini. Yang pasti setiap pagi menjadi kesukaan kumbang dan lebah menghisap madu...
Kebelakangan ini saya sedikit rajin untuk briskwalk sebelum memulakan kerja..Sejak bulan lepas,saya cuba dengan datang 1 jam awal ke tempat kerja. Mencuri masa briskwalk di belakang bangunan berhampiran surau dan parking belakang..kadang berlari anak...kadang berjalan laju.
Tapi beberapa minggu ni saya berkaki ayam.Semuanya bila bersembang dengan Azz.Katanya,sebelum ni dia menghadapi enxiety agak serius..Namun setelah menjalani terapi grounding iaitu dengan berjalan kaki ayam atas rumput,sangat membantunya merawat enxiety tersebut.
Kebetulan ketika itu saya juga rasa tertekan kerana gagal menguruskan stress.
Saya terinspire dari ceritanya dan sejak itu saya briswalk secara kaki ayam..
Alhamdulillah...saya rasai perubahan Walaupun menghabiskan masa 30-45 minit berjalan/lari anak sambil pijak rumput,kesannya saya tidak merasa penat,sebaliknya lebih semangat dan ceria untuk memulakan kerja setiap pagi..
Patutlah kalau kita lihat orang yang rajin berkebun,bertani,mereka lebih ceria dan cool kesan berdamping dengan alam.Hebatnya kuasa Allah...
Waalahua'lam
Untuk lihat rupa pokok tembusu ni ada saya muatkan dalam youtube channel Seroja Putih
Boleh klick sini:
Kalau MC ambil gambar pokoknya mgkn Sy boleh kenal. Tengok bunga & daun tak kenal 😁
ReplyDeleteBagus MC, semoga kekal sihat selalu
Penasaran jdinya ingin mencium wangi bunga ini. Terkadang saya mungkin pernah lihat bunganya, tapi tak ingat nama 😅.
ReplyDeleteGrounding ini saya pernah baca memang bagus. Untuk anak2 juga disarankan grounding sedari kecil. Tapi tuhlah, Krn di tempat saya susah nak cari lapangan berumput, JD tak mungkin jalan di aspal.