Sudah agak lama tidak mendonat.Tetiba tekak rasa teringin pulak nak makan donat.Kebetulansaya tidak ke mana-mana.Naik rumah balik kerja oetang hari Jumaat hingga petang hari Ahad masih belum pijak bumi.Kadang naik kayangan hari Jumaat..Isnin pagi la baru kembali ke bumi
Buat donat klasik atau kita sebut donat gula..
Seperti biasa saya lebih suka guna gula caster berbanding gula icing atau gula yang dikisar/blend.Kalau gula icing/gula kisar bila sadur nampak berbedak cantik bersalju tapi gulanya mudah cairdan melekit pada kuih.Kalau guna gula caster,biji biji gulanyang halus berkristal nampak cantik dan tahan tidak melengas..
Saya juga sadur dengan susu tepung menjadi donat susu yang pernah viral tahun lepas kalau tak silap..Kalau kat luar boleh tahan juga harga donat susu ni...
Seperkara lagi tentang donat ni...selain menggunakan susu tepung untuk sadur donat susu ni ..saya memang menggunakan susu tepung dalam resipi donat saya.Kalau semak old post memang resipi donat saya menggunakan susu tepung sebagai salah satu bahan.Kalau takda susu tepung memang saya akan tangguh buat donat sehingga ada stok susu tepung Susu tepung pula saya hanya memilih susu tepung jenama Every Day.Pada saya susu tepung ni yang paling sedap berlemak.Nak buat biskut raya ke mesti nak brand ni..Waima nak minum susu panas pun saya paling sukan susu telung brand ni.Apapun ini selera tekak saya..Lain orang mungkin lain citarasanya..
Saya share juga resipi donat yang saya buat ni.Saya copy je dari old poat tepek sini.
RESIPI DONAT
1/2 kg tepung gandum
1/2 pkt mauripan
sikit garam
2 sudu gula
2 sudu margerine
2 sudu susu tepung
1 cawan air suam
Hiasan:
Gula caster/ gula icing
1. Campur semua bahan untuk dough iaitu tepung,mauripan,susu,gula,garam,margerine & gaul rata.
2. Tuang air sedikit demi sedikit sambil diuli.Air kena ikut sesuai..Jika dah cukup lembut tak perlu habiskan.Jika x cukup lembut,tambah sedikit lagi air
3. Canai & terapkan dengan acuan.Jika tiada acuan boleh guna mulut gelas & lubangkan tengahnya dengan jari telunjuk.
4. Tabur tepung dalam dulang baru letakkan donut yang dah dibentuk.
5. Biar lebih kurang 1/2 jam hingga dough kembang.
6. Panaskan minyak yang banyak dengan api perlaan & goreng donut hingga garing.
7.Golekkan dalam gula caster @ kalau guna gula icing ayakkan atas donut.
8. Untuk donat susu..sadurkan dengan susu tepung yang dicampur sedikit gula icing..

Donat yang siap diterap..Saya terap guna mulut gelas sahaja untuk dapatkan bentuk bulat yang sama saiz.Lubang tengahnya just tekan dengan jari telunjuk....hihihi
Bukan takda acuan donut tapi nak jiga guna mulut gelas tu...hihihi
Saya gelek dan suaun dough donat ni atas kertas nasi lemak.Kertas nasi lemak ni memang saya ada stok kat rumah.Buat bungkus makanan...buat alas makanan macam ni pun senang..tak payah nak guna dulang bagai...hibihi
Walaupun dah buat donat ..rasa manis berlemak susu bagai...tekak ni mengada nak makanan yang savoury pulak...Buat la nasi goreng bodo,...rencahkan dengan baki sambal bilis petai semalamnya tu....
Buat sdiri puas mkn.. Gebooo
ReplyDelete